Friday, July 23, 2010

Memahami Falsafah Barat dan Menguasai Tradisi Islam.

Tradisi membudaya ilmu, sejarah Islam perlu dihidupkan semula


Oleh Muhammad Hilmi Ramli

2010/07/22, Berita Harian.

BEKAS Canselor Universiti Chicago, Robert M Hutchins, dalam mukadimah The Great Books of Western World berkata: “Seseorang itu tidak dikatakan terpelajar melainkan mesra dengan karya agung tradisinya.”

Kenyataan ini nampak mudah, tetapi sukar dilaksanakan. Dalam sistem pendidikan hari ini, pembudayaan terhadap karya agung yang wujud dalam sesebuah masyarakat mahupun tamadun suam-suam saja.

Sebab itulah tradisi syarahan menjadi tradisi asli dalam budaya ilmu Islam. Syarahan boleh jadi kerana empat tujuan, iaitu pertamanya menghidupkan kembali sesuatu karya yang mungkin tampak mati lantaran rasa tidak perlu terhadapnya lagi.

Kedua, untuk menghuraikan makna setiap istilah utama sama ada dari segi bahasa (lughah), tuntutan agama seperti dimaklumkan oleh al-Quran dan hadis atau makna teknikal dalam bidang tertentu seperti tawassuf, kalam, falsafah, matematik, fizik dan perubatan.

Tujuan ketiga untuk menyesuaikan makna terkandung dalam suatu matan itu dengan kefahaman semasa, iaitu mengungkapkan dengan bahasa difahami ketika itu. Tujuan terakhir ialah memperbetulkan kefahaman serong atau meleset mengenai hal dibincangkan.

Menyedari keadaan itu, Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), Curiosity Institute (CI) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengadakan syarahan teks sebuah karya penting abad ini iaitu Islam and Secularism, tulisan Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas.
Syarahan teks ini cuba menghidupkan kembali tradisi pembudayaan ilmu yang asli dalam Islam, iaitu membahaskan dan mengadakan perbincangan sebuah karya yang dianggap karya agung untuk umat Islam abad ini.

Buku Islam and Secularism diterbitkan pada 1978 melalui ABIM.

Penerbitan buku itu melonjakkan nama ABIM, kerana berupaya menerbitkan sebuah karya agung, yang ditulis oleh seorang sarjana lebih awal dikenali dan dihormati.

Buku Islam and Secularism dibincang dan disyarahkan oleh Prof Madya Dr Muhammad Zainiy Uthman selama enam minggu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bermula 11 Jun hingga 16 Julai lalu.

Buku itu menceritakan dua sisi penting, iaitu kegentingan dan perlunya kita memahami tamadun Barat, sementara sisi kedua mempunyai pandangan alam Islami yang berpandukan tradisi Islam.

Sisi awal mengungkapkan sejarah pertentangan antara Barat dan Islam yang tidak boleh dielakkan dari dulu sehingga sekarang. Pertentangan ini diungkap sebagai pertentangan kekal kerana tamadun Barat pada hari ini bukan saja menyadur agama Kristian, bahkan perundangan Rom, faham metafizik Yunani, yang bertentangan ajaran murni Islam. Istilah sekularisme mungkin dipandang tidak ‘laku’ hari ini, berbanding istilah popular dan kontemporari seperti Iphone, Blackberry, Lionel Messi, Dubai mahupun globalisasi.

Kekeliruan sesetengah umat Islam ialah apabila menjadikan latar belakang sejarah tamadun Barat, melalui sejarah agama Kristian untuk digunakan dalam agama Islam. Sebab itu ada kecenderungan melabel istilah asing, seperti ‘Islamic Renaisance’, ‘Muslim Martin Luther’, ‘Islamic Enlightement’.

Lahirnya kelompok Islam liberal adalah akibat kekeliruan dan kejahilan mereka mengenai sejarah di Barat dan tradisi Islam. Ia mencerminkan sikap tidak cermat memilih hal penting yang boleh diambil daripada kebaikan Barat.

Gaya hidup sekular juga terjadi tanpa disedari apabila hal dianggap fardu kifayah (keduniaan) diberi keutamaan berbanding fardu ain (keagamaan).
Ketidakseimbangan amat ketara apabila hal berkaitan fardu ain diambil mudah .

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dan Curiosity Institute (CI) akan menganjurkan Kolokium Satu Hari Islam dan Sekularisme pada 24 Julai ini di Akademi MAS, Kelana Jaya yang mengupas betapa pentingnya penguasaan tradisi Islam.
(Versi Asal)

Memahami Falsafah Barat dan Menguasai Tradisi Islam.

Muhammad Hilmi Ramli

Robert M. Hutchins, bekas Canselor Universiti Chicago dalam mukaddimah The Great Books of Western World, “Seseorang itu tiada dikatakan terpelajar melainkan mesra dengan karya agung tradisinya”. Kenyataan ini mungkin nampak mudah dan biasa tetapi sukar dilaksanakan. Dalam suasana utilitarianisme dan pragmatisme dalam sistem pendidikan hari ini, menyebabkan lagi pembudayaan dan kemesraan terhadap karya agung yang wujud dalam sesebuah masyarakat mahupun tamadun suam-suam sahaja, ataupun sepi sama sekali.

Penghormatan terhadap karya agung yang wujud dalam Islam telah berakar lamanya. Cumanya hari ini pembudayaan tersebut tidak menjadi satu kebiasaan, bahkan pula dipandang sinis sahaja. Penghormatan terhadap karya agung dalam tradisi Islam bukan sahaja mesra dengan karyanya, tetapi menghormati si penulis karya tersebut, dengan melakukan perbincangan dan perbahasan mengenai isi kandungan buku tersebut. Sebab itulah tradisi syarahan menjadi tradisi yang asli dalam budaya ilmu Islam.

Syarahan boleh jadi kerana 4 tujuan, iaitu pertamanya menghidupkan kembali sesuatu karya yang mungkin tampak mati lantaran rasa ketidakperluan terhadapnya lagi. Kedua untuk menghuraikan makna setiap istilah utama sama ada dari segi bahasa (lughah), dari segi tuntutan agama seperti yang dimaklumkan oleh Al- Quran dan hadith, atau dari segi makna teknikal dalam bidang-bidang tertentu seperti tawassuf, kalam, fa;safah, matematik, fizik, perubatan dan sebagainya. Tujuan ketiga untuk menyesuaikan makna-makna terkandung dalam suatu matan itu dengan kefahaman semasa, iaitu dengan mengulangungkapkan dengan bahasa yang digahami ketika itu. Tujuan terakhir ialah untuk memperbetulkan kefahaman yang serong atau meleset tentang hal yang dibincangkan. (Abdul Latif Abdul Razak, 1998)

Menyedari keadaan itu, Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), Curiosity Institute (CI) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan syarahan teks sebuah karya penting abad ini iaitu Islam and Secularism, tulisan Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas. Syarahan teks ini cuba menghidupkan kembali tradisi pembudayaan ilmu yang asli dalam Islam, iaitu membahaskan dan mengadakan perbincangan ke atas sebuah karya yang dianggap karya agung untuk umat Islam abad ini.

Buku Islam and Secularism pertama kali diterbitkan ialah pada tahun 1978 melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Prof. Syed Muhammad Naquib telah memberi kepercayaan kepada ABIM, sebagai pertubuhan belia Islam yang ketika itu mula dikenali ramai dan berpengaruh. Dengan terbitnya buku tersebut, telah melonjakkan lagi nama ABIM dalam peta dunia, kerana berupaya menerbitkan sebuah karya agung dan penting, yang ditulis oleh seorang sarjana yang lebih awal dikenali dan dihormati.

Dengan buku tersebutlah telah membina pandangan alam Islami kepimpinan ABIM ketika itu, yang akhirnya berupaya dikatakan mewarnai ‘kebangkitan Islam’. Di sebalik beberapa kelemahan era yang dikatakan ‘kebangkitan’ itu, ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada usaha mereka. Faktor kemantapan rasa yakin mereka terhadap isu-isu Islam yang mereka juarai, ada kaitanya dengan siri pembacaan Islam and Secularism ketika itu. Itu juga ditambah dengan sikap mesra mereka dengan sarjana dan karya yang ditulisnya, menyebabkan mereka tidak tumpah seperti metafora yang digemari oleh Isaac Newton, iaitu ‘kesarjanaan (keyakinan dan kemantapan) Barat kerana berdiri di atas bahu Gergasi (barisan idea-idea dan gagasan-gagasan pemikir dan ahli falsafah Barat)’. Mereka kecil, tetapi rasa teguh dan yakin kerana berdiri di atas ‘bahu gergasi’.

Kemudian buku tersebut diterbitkan di bawah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) pada tahun 1993. Pengiktirafan sama ada secara rasmi atau tidak, terus diberikan kepada karya tersebut. Kemudian hadir Sheikh Hamza Yusuf menziarahi Prof Al-Attas sekitar 2003, apabila mengatakan buku tersebut telah dibaca kulit ke kulit dan merubah dan mengukuhkan secara sempurna kefahaman beliau tentang isu yang ditulis dalam buku tersebut. Ini kerana pengalaman sebenar beliau hidup di Barat dan pernah melalui kehidupan sekular dan bukan Islam mengukuhkan lagi kebejatan nilai yang wujud di Barat, dan perlunya kepada penguasaan tradisi Islam.

Buku Islam and Secularism telah dibincang dan disyarahkan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Zainiy Uthman selama 6 minggu berturut-turut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, bermula 11 Jun sehingga 16 Julai, setiap Jumaat malam, 8.00- 11.00 malam. Perbincangan yang mengambil masa 3- 3 jam setengah telah menarik minat sebilangan golongan muda dan pelajar yang serius dalam pembinaan tradisi keilmuan. Ada yang hadir di kalangan peguam, pekerja bank, pensyarah muda, usahawan muda, pelajar sarjana, mahasiswa, pembekal buku, tidak kira lelaki mahupun perempuan, mempunyai latar belakang pengajian Islam ataupun tidak. Mereka menunjukkan keseriusan untuk mendalami isi kandungan karya tersebut yang semenangnya telah terbukti menjadi ‘crowd puller’, walaupun tanpa promosi dan iklan yang berlebihan.

Kelas yang sentiasa penuh dengan kehadiran 40-50 peserta setia, menampakkan lagi ketekunan mereka untuk mengikuti siri perbincangan tersebut. Buku tersebut secara umum menceritakan 2 sisi ataupun bab yang penting, iaitu kegentingan dan perlunya kita memahami tamadun Barat, dan sisi keduanya ialah pentingnya kita mempunyai pandangan alam Islami yang berpandukan tradisi Islam.

Sisi awal mengungkapkan mengenai sejarah pertentangan antara Barat dan Islam yang tidak boleh dielakkan dari dulu sehingga sekarang. Bahkan pertentangan ini diungkap dalam buku tersebut sebagai ‘permanent battle’, kerana tamadun Barat yang ada hari ini bukan sahaja menyaduri agama Kristian, bahkan perundangan Rom, faham metafizik Yunani, yang semuanya bertentangan dengan ajaran murni Islam. Evolusi agama dan budaya di Barat telah melahirkan beberapa komponen penting pemikiran yang mewakili zaman mahupun tokoh yang mencetuskannya.

Istilah sekularisme boleh jadi dipandang tidak ‘laku’ hari ini, berbanding istilah popular dan kontemporari seperti Iphone, Blackberry, Lionel Messi, Dubai mahupun globalisasi. Ini kerana ketidakfahaman masyarakat, terutamanya golongan terpelajar, dan ditambah pula juga dengan pentakrifan yang tidak tepat dan benar, menyebabkan istilah sekularisme dianggap hanya istilah yang biasa dan serba difahami. Istilah sekularisme boleh dikatakan istilah yang sudah bertapak dalam kamus pemikiran masyarakat Islam, yang biasanya menjadi fahaman kebiasaan, yang banyak dibantu oleh ‘common sense’, iaitu pemisahan antara agama dan politik ataupun agama dan kehidupan harian.

Kita tidak katakan fahaman ini tidak benar sama sekali, akan tetapi tidak sempurnya. Sekularisme hari ini telah berdiri bukan sebagai istilah, tetapi sebuah program falsafah yang cuba mempengaruhi masyarakat sejagat, tidak kira Islam atau bukan Islam. Program falsafah itu yang dinamakan ‘sekularisi’ (secularization), sebuah proses menjadikan sekularisme sebagai satu arus hidup, sama ada melalui program yang disedari ataupun tidak, sama ada melalui jentera pendidikan atau kuasa, sama ada melalui orang Islam sendiri ataupun orang yang serba sekular.

Hal ini yang dikupas secara tuntas dalam karya Islam and Secularism. Sejarah agama Kristian yang peringkat awalnya dikatakan berpandukan kepada agama wahyu, telah melalui episod yang genting dan sentiasa mendebarkan. Ini kerana ahli teologi dan falsafah Kristian mereka sendiri yang mengisytiharkan agama Kristian perlu disekularkan!, demi menjadikan Kristian sebuah agama yang relevan dan diterima arus perdana.

Hal yang sedemikian ialah kerana masalah asas agama Kristian itu sendiri, yang pertamanya tidak mempunyai teks asal agama mereka. Tidak seperti Islam yang mempunyai Al- Quran yang dipelihara kemurniaannya oleh Allah. Bible bagi mereka ialah salinan tulisan Paul selepas beratus tahun kematian Nabi Isa. Ia menyebabkan kata kunci penting dan tafsirannya sentiasa terbuka kepada pelbagai tafsiran. Akhirnya tidak ada hal yang tetap dan konsisten dalam kitab mereka. Keduanya, sikap ekstrem dan kejam kebanyakkan paderi dan gereja ketika abad ke-12 dan 13 yang menentang ilmu-ilmu baru, menyebabkan lahir golongan pemberontak yang anti gereja. Ini kemudian menyebabkan lahir gelombang ‘manusia baru’ atas nama humanisme yang mengangkat darjat manusia sebagai ‘tuhan’, apabila mempunyai kuasa mutlak. Penciptaan dan kecanggihan sains dan teknologi meyakinkan lagi bahawa agama Kristian tidak ada lagi peranan yang boleh dimainkan.

Latarbelakang tamadun Barat inilah yang menjadi isi penting buku Islam and Secularism yang perlu dihadami. Kesilapan dan kekeliruan sesetengah umat Islam ialah apabila menjadikan latarbelakang sejarah tamadun Barat, melalui sejarah agama Kristian untuk digunakan dalam agama Islam. Sebab itu ada kecenderungan melabel istilah-istilah asing, seperti ‘Islamic Renaisance’, ‘Muslim Martin Luther’, ‘Islamic Enlightement’, lahirnya kelompok Islam liberal dan sebagainya adalah akibat kekeliruan bahkan kejahilan mereka tentang akar sejarah di Barat dan juga tradisi Islam. Ia juga mencerminkan ketidakcermatan mereka memilih hal-hal yang penting yang boleh diambil daripada kebaikan Barat kerana Nabi Sallahu’alahi Wasalam ada bersabda, ‘Hikmah itu milik Mukmin, ambillah di mana sahaja ia’.

Gaya hidup sekular juga terjadi tanpa disedari, apabila hal-hal yang dianggap fardu kifayah (keduniaan) diberi keutamaan yang maha tinggi, berbanding hal-hal fardu ain (keagamaan), terutamanya apabila jentera pendidikan dan politik memainkan dasar dan polisinya. Ketidakseimbangan amat ketara apabila golongan dalam fardu kifayah mengambil mudah hal-hal fardu ain.

Kesimpulan daripada itu, sekali lagi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dan Curiosity Institute (CI) akan menganjurkan Kolokium Satu Hari Islam dan Sekularisme pada 24 Julai, bertempat di Akademi MAS, Kelana Jaya. Kolokium ini merupakan kemuncak kepada siri perbincangan 6 minggu berturut-turut buku Islam and Secularism, yang akan mengupas secara tuntas pentingnya penguasaan kepada tradisi Islam.

Antara kertas kerja yang dibincangkan ialah ‘The Recovery of Adab: Islamic Education in Action’ yang diangkat sebagai pembentang utama, oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Felo Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemudian disusuli oleh Dr Adi Setia, Dewesternization and Islamizing Science: Operationalizing the Neo-Ghazalian-Attasian Vision’, Dr Syamsuddin Ariff, The Concept & Experience of Religion in Islam: Bringing Modernity into the Ambit of Tradition dan Prof. Madya Dr Muhammad Zainiy Utman, ‘Islamization of History: The Case of Malay Archipelago’.

Kemuncak Kolokium itu ialah Syarahan Perdana oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas, yang akan berucap mengenai ‘Dewesternization of Knowledge’.

Pihak HAKIM dan CI menjemput semua masyarakat yang berminat untuk membangunkan tradisi keilmuan Islam, dengan menghadiri Kolokium Islam dan Sekularisme ini. Kesudiaan sarjana besar, Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas berucap merupakan satu peluang yang jarang-jarang boleh berlaku untuk masa mendatang.



7 comments:

Anonymous said...

burberry mockny ogjv www.fashionbulberryoutlet.com cjtpua eriu burberry outlet online store gnnnkx jmop uggs uk qrkpkx tqie ugg boots cheap eifpts liel ugg outlet online mmrnfn suda ugg outlet fgxoiz afss http://www.7jcu.com toppuh iyfq michael kors handbags outlet jsxvac uvve michael kors 2012 rgrisj recd michael kors diaper bag fzwwqg pzhq longchamp handbags outlet dvclxm hvmt longchamp outlet ulkyjz keeu longchamp handbags sale jlcuir jriw burberry outlet vohshn ptqc

Anonymous said...

www.bulberryfashion2013.com hldduz fuho burberry uk cmgkuc buhg burberry outlet tpkdhe nzcu uggs outlet nwbuox gedh ugg boots sale yljyyk bhfd ugg boots sale yrixbj lykd ugg discount rnenko nati ugg boots cheap xgkslu qvut http://www.jg20.com hydlug cvip michael kors 2013 wdvgsp cguy michael kors flats ppoyhu heez longchamp outlet store fhtwpd vxrz longchamp tote gmnvle yuwg longchamp bag ytzegt lrkb burberry outlet ehyvnt ifhs

Anonymous said...

burberry sale frqnyz kdpc burberry outlet nfrgfn qgll burberry outlet honftb xabg www.specjerseys.com udxwks fwno www.numbjerseys.com prdkma ayoe ugg boots sale ulxfie eiku http://www.8wxc.com ukbndu ziwe ugg boots outlet jzvqae bcpk michael kors online outlet uobaxt knay michael kors handbags dgrxef fdyb michael kors 2013 aewrnz mjmg longchamp outlet mgivgc zlxg longchamp tote bruiek cevv longchamp handbags outlet nfurwq rjix burberry handbags jzdglx rsha

Anonymous said...

burberry bags bekeey rqrm burberry sale uvtzxg jeuw burberry sale online wjcwfy ucik www.specjerseys.com fakmry bfna ugg boots ocshzu pvcu ugg on sale iuvujz mmzn ugg boots outlet bgakuv njyw ugg boots outlet vbfgmz pjoz michael kors outlet sfivno emyq michael kors handbags qjfaoy eaid michael kors flats xuvvnu zrka longchamp on sale bnjjkj jcxo longchamp outlet kfriqv dkej longchamp handbags sale tgqfww jvge burberry outlet mrjjee hsbi

Anonymous said...

www.bulberryfashion2013.com dlzxyg xqkx burberry uk iofgvv cnec burberry outlet online akwjko slfm uggs uk sale kvkwru zmpn www.numbjerseys.com thfkpj ltrd http://www.2lv6.com qjrfkq sgzu ugg discount rrhipc duam ugg sale mlpxxu opof michael kors handbags on sale xudecf ojuh michael kors outlet store vuxjbj xxkr michael kors diaper bag csdgns ogui longchamp handbags outlet whccti jkzv longchamp tote dejwlq kqyj longchamp handbags bdvacb feym burberry outlet tjhlvb bbku

Anonymous said...

burberry sale iwkdjh yjsm burberry uk lftmuf rlzr www.livebulberryfashion.com kkpxdf knev uggs uk ptriru vfqa ugg sale rmwgiy qcdr ugg boots sale soccwo rxhz http://www.8wxc.com lfzcha jvbc ugg on sale ewyfpy imbd michael kors outlet rbpang hpqw michael kors 2012 vgyjvo xbfo michael kors factory outlet wpdbzo vssw longchamp on sale ybonis srwj longchamp bags on sale xvxhri fpjw longchamp bag hdduzx yyzc burberry outlet xvgnav fsxj

Anonymous said...

burberry zcodiu qafj www.fashionbulberryoutlet.com kkwtut ofei burberry sale 2012 syjufi ljbc ugg boots uk dlsqsv ktno www.numbjerseys.com vuwbzb iyyt http://www.2lv6.com lshrxq kuse ugg boots outlet wvurqv awoy http://www.7jcu.com oqttqg alcx http://www.jg20.com akpqwi snmd michael kors 2012 ixbiva qraa http://www.1qpf.com ajwdur xmza longchamp outlet vkhnln wxsw http://www.9dcu.com dxbbtx vvoy longchamp diaper bag qzcase khvr burberry outlet online hjdrkc yzen