Wednesday, August 19, 2009

Setelah Dimantankan

Setelah hampir 2 minggu dimantankan, baru diberi keizinan untuk mengemaskini blog ini. Alhamdulillah, proses transisi dan Majlis Perhimpunan Agung berjalan dengan baik. Walaupun sudah 2 minggu, namun masih terasa kenangan dan pahit getir sepanjang berada di 'madrasah' itu. Deringan telefon, balik mesyuarat hatta lewat malam, turun kampus dan negeri jumpa adik-adik, mengendalikan mesyuarat dan usrah, mengurus konflik dalaman dan negara, menulis kenyataan di media, dan banyak lagi kenangan. Sesungguhnya, jika keazaman dan niat kita memang serius untuk berbakti pada agama Islam, maka sudah tentu tindakan, program dan perancangan organisasi berteraskan niat tersebut. Oleh kerana itu, saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang mengurus organisasi yang cuba belajar-belajar serius dalam berbakti pada agama.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat setia, yang juga dimantankan seperti Naim, Anwar Sazali, Mariati, Ikhram, Rozaidi, Sakinah dan ramai lagi, yang sebelum itu berada dalam pasukan, seperti Suhail, Mikael, Firdaus, Bukhori, Harmiza, Haidir, Shamsiah, Khalidah, Munirah, Saifullah, Helmi, Azmiza dan nama-nama yang pernah berada dalam saf yang lepas. Juga gabungan negeri dan kampus kerana menjadi sahabat yang ikhlas menggerakkan jentera
organisasi. Kerjasama dan ukhwah ikhlas yang ditunjukkan bakal menjadi modal dan bekalan untuk menghadapi masa depan. Pengalaman sebagai Setiausaha Agung 2005/ 2006 dan Presiden 2006/ 2009 telah mendewasakan dan mematangkan saya.

Juga kepada sahabat-sahabat di luar kerangka organisasi, yang komited dengan idealisme perjuangan ilmu seperti Wan Rausyakfikr, Hasanul NUS, Dzulkhairi Gamis, Nik Nazmi, teman-teman PII dan HMI, Hayrat Foundation Turki dan ramai lagi. Perhubungan dengan mereka telah memperkayakan lagi dimensi idealisme yang sewajarnya kita perkembangkan.

Saya ucapkan selamat meneruskan perjuangan kepada
saudara Faisal dan saf 2009/ 2010, di atas lantikan Presiden yang baru. Semoga baton perjuangan yang baru dihulurkan disambut dengan baik dan terus ikhlas dalam perjuangan agama.

Terima kasih juga kepada semua generasi awal yang telah mewarisi sebuah wadah yang baik dan medan latihan untuk belajar tentang sebuah perjuangan dalam agama. Usia hampir 5 dasawarsa merupakan usia yang penting untuk mengiktiraf sumbangan kita dan juga perlu muhasabah untuk kebaikan mendatang.

Saya meyakini bahawa organisasi yang sedia ada merupak
an wadah untuk mendapat reda Allah Ta'ala, bukan segala-galanya. Bagi saya, ia merupakan satu permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih mencabar. Apa yang penting ialah, kita mengurus sebuah organisasi ke arah sebuah kehidupan hakiki, yang seperti Imam Al Ghazali sarankan, iaitu pembinaan potensi diri manusiawi yang seimbang rohaninya, akalnya, jasmaninya dan jiwanya.

Pesanan yang penting saya fikirkan ialah, "Jangan lupa pengkalan, walau di mana kita berada, Hidup Biar Berjasa!"