Friday, July 17, 2009

Gugurnya Permata Ummat 17 Julai 2009, Jumaat

(ketika lawatan kerja di Sarawak, 27 Jan 2009)

Lama rasanya tidak mengemas kini blog, memandangkan sudah ada satu lagi instrumen jaringan sosial yang multi- effect sifatnya iaitu 'Muka Buku'. Sifatnya yang dinamik dan multi effect itu membuatkan lupa seketika untuk mengemaskini blog.

Namun demikian, kali ini mahu dedikasikan penulisan kepada Allahyarham Ustaz Awan Pon yang baru meninggalkan kita semalam, 17 Julai 2009, Jumaat. Seorang daie yang tulen, murabbi yang ikhlas dalam perjuangan, tokoh dakwah yang disegani segenap lapisan pemimpin, dan pelbagai sifat mulia yang boleh dikatakan sempurna tentang beliau.

Itulah sifat orang yang alim. Saya bukanlah dikatakan selalu berjumpa, mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau, memandangkan mungkin lokasi Kl- Sarawak yang memisahkannya. Namun, hampir semua cerita oleh kebanyakkan orang akan menceritakan hal yang positif dan mulia tentang beliau.

Pertama kali bertemu mata ialah tatkala menziarahi beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak pada 27 Januari 2009 http://hilmimadani.blogspot.com/2008/01/27-januari-2008-lawatan-kerja-di.html. Orangnya sejuk mata memandang, lembut bicaranya, mudah rapat dengan sesiapa yang bertemunya, mempunyai ingatan yang kuat, apabila sering bertanya khabar sahabat2 yang pernah mengunjungi beliau,dan mempunyai sifat yang unik iaitu gemar bergambar dan celik blog juga. Boleh dikatakan pandai meraikan kecenderungan anak muda masa kini. Beliau ada bercakap, sering memantau tulisan anak- anak buahnya, termasuk di kalangan PKPIM dan Perkepis untuk mengikuti perkembangan tulisan.

Semoga Allah Ta'ala merahmati beliau dan meletakkan di kalangan para salihin. Patah tumbuh hilang berganti, tidak ada insan persis beliau yang boleh menggantikan beliau. Tidak rugi rasanya bersahabat dengan orang yang 'alim. Semoga muncul lagi sosok daie seperti beliau dalam kancah ummat yang sedang bergelora ini. Al Fatihah...


* Takziah juga diucapkan kepada mendiang Teoh Beng Hock, ymeninggal secara mengejut, meninggalkan pelbagai misteri dan teori konspirasi.