Sunday, June 07, 2009

Men 'out-performed at university'- BBC

"Female students are ahead of men in almost every measure of UK university achievement, according to a report from higher education researchers", menurut laporan BBC yang memetik laporan Higher Education Policy Institute. Kajian menunjukkan kecenderungan pelajar wanita semakin menonjol di institut pengajian tinggi di UK.

Fenonema ini berlaku juga di Malaysia. Kemasukan pelajar perempuan di IPTA meningkat setiap tahun. Apakah faktor yang 'memenangkan' ramainya pelajar perempuan sehingga berjaya masuk dan mendapat gred yang baik di universiti. Ada yang mengatakan, sistem pelajaran berorientasikan peperiksaan satu advantage kepada kelompok pelajar wanita. Barangkali ada kebenarannya. Tetapi menyalahkan punca juga tidak benar.

"However the report also shows that the greater success of women in education is a global pattern - suggesting it is more than the local circumstances of particular types of exam".

Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu dilihat secara kritis;

1) Beruntung kepada sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kerana saluran kejayaan telah terbentang luas.

2) Akan tetapi, jalan kejayaan jika dipenuhi dengan ramai yang ghairah akan kejayaan akan memaksa persaingan

3) Persaingan akan menuntut persiapan dan usaha yang bersungguh. Persaingan juga satu pelaburan dan permainan 'kalah- menang'. Ada ketika jika obses dengan persaingan, sekiranya tidak mencapai matlamat akan kecewa.

4) Ramai pelajar perempuan yang berjaya akan melahirkan kelompok wanita yang berkerjaya dan profesional kelak. Makanya, mereka ini diiktiraf sebagai kelompok pembuat dasar negara.

5) Apabila ramai wanita yang berjaya, berpangkat tinggi, kelompok lelaki pula akan merasai inferior.

6) Maka jurang perkahwinan juga mungkin lebar, kerana sikap inferior pihak lelaki. Pihak lelaki takut untuk berkahwin dengan wanita hari ini. Adakah kaum lelaki perlu salahkan pihak wanita?

7)Nampaknya ini masalah global, bukan masalah Malaysia sahaja. Mungkin pihak lelaki perlu mencari formula tersendiir untuk mengangkat kualiti kaum adam ini

1 comment:

Anonymous said...

perlu menyemak:)