Monday, June 08, 2009

Balqis Solehah Setahun

Hari ini 8 Jun 2009. Setahun yang lepas, 8 Jun 2008, isteri saya (Ruzieta Mohd Jusak) selamat melahirkan puteri perempuan yang bernama Balqis Solehah bt Mohd Hilmi. Hari ini genap beliau berumur setahun. Alhamdulilah, pengalaman ibu bapa saya yang sabar mendidik, mengasuh, memberi belanja sekolah, mengajar Al Quran akhirnya dirasai oleh saya.

Sebenarnya tidak mudah menjadi ibu bapa. Sabar, merupakan sifat yang paling utama dimiliki oleh ibu bapa. Ada kalanya, jika kita melihat anak meragam, menangis, membuat sepah, menganggu tugasan kita, sebenarnya itu yang pernah kita buat kepada ibu bapa kita. Alhamdulillah, walaupun ibu bapa kita tidaklah berpelajaran tinggi, tetapi mereka tahu sifat sabar dan berjaya mendidik kita dengan baik.

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada teman2 yang baru mendirikan rumah tangga sepanjang cuti sekolah ini. Ada yang berkata cuti sekolah biasanya 'musim mengawan';). Kepada teman2 yang lain, saya mendoakan agar terus dipertemukan dengan bakal pasangan hidup. Paling penting ialah, kita mendoakan ibu bapa kita yang telah membesarkan kita sehingga kita menjadi 'manusia' hari ini.


Semoga Balqis Solehah dapat menjadi anak yang solehah, mendoakan kedua ibu bapa dan cemerlang dunia dan akhirat.;)









4 comments:

Nor Atiqah Abd Talib said...

salam..
selamat ulangtahun balqis..
moga berkat nama, jd anak solehah, aamin..
moga btambah ramai hewi pkpim nanti..
=)

lina mursyidah hamzah said...

selamat hari lahir to balqis..
hehe...kak lina doakan balqis solehah akan menjadi muslimah yg solehah..
HEWI da tunggu balqis da ni..hehe

MARIATI ROSLAN said...

Silih bganti melihat tumbesaran anak-anak ahli jemaah, mudah-mudahan sehebat perjuangan ayahanda dan bonda.

firdaus khairi said...

Tahniah Balqis..nanti ada kawan ..hehe