Biasanya dalam tradisi Islam, kehadiran seseorang ulama besar akan disambut dengan meriah. Barangsiapa yang mendengar berita akan kehadiran seseorang ulama besar akan berbondong- bondong untuk berjumpa, mendengar kuliah atau nasihat daripada ulama tersebut, ataupun sekurang dapat menatap wajah ulama itu. Pertemuan itu mengharapkan keberkatan di bawah rimbunan naungan seorang ulama.Semalam Sheikh Afifi Al Kitti, ulama muda yang mengajar di Univ Oxford memberi 'Public Lecture' di INCEIF. Alhamdulillah, saya diberi izin untuk maklum tentang kehadiran beliau. Ini kali kedua dapat bersua dengan beliau. Ini pun ketika sedang melawat laman sawang www.inceif.org dan ternampak makluman 'Public Talk by Sheikh Afifi Al Kitti on 4th May in INCEIF'. Moral of the story ialah rajin- rajinlah mencari kebenaran, Insyallah akan dipermudahkan petunjuknya;)
Kehadiran tidak ramai, tetapi memberangsangkan. Antara yang hadir ialah sdr Yusri Mohamad (Presiden ABIM), Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Head Researcher ISRA), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), sdr Saifullah (Peg Khas Nik Nazmi), sdr Jamizal (Petronas), pensyarah INCEIF dan perseorangan yang minat dengan ilmu.
Sheikh Afifi membawa tajuk yang nampak biasa, tetapi memerlukan kefahaman yang lebih halus dan mendasar, iaitu 'Ethics of Disagreement'. Tajuknya pun sudah boleh menangkap imaginasi kalangan kita. Sheikh Taha Jabir Al Wani juga ada menulis tentang Adab Ikhtilaf.
Beliau membawa perspektif falsafah yang mendasar dalam faham perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat suatu yang lumrah dan normal dalam tradisi Islam. Sebab itu dalam Fiqh Islam misalnya, muncul empat mazhab yang dominan. Beliau mengambil dimenasi falsafah tatkala mengupas qaul masyhur Imam Syafiee, iaitu "Pendapat aku benar, tetapi kemungkinan membawa kepada kesilapan, pandangan orang lain silap, tetapi kemungkinan membawa kepada kebenaran".
Beliau mengungkap, dalam permasalahan fiqh yang ada unsur ayat- ayat zhanni, perbezaan pendapat tidak semestinya memandu kepada sikap mengagungkan idea yang lebih superior dari idea yang lain. Semua secara minimumnya ada aspek kebenaran, cumanya bersandarkan kepada hujah yang sahih dan kuat. Sebab itu permasalahan yang telah lama selesai, seperti qunut, Yassin malam Jumaat dan sebagainya sepatutnya tidak lagi timbul yang mengakibatkan berlaku perpecahan dalam masyarakat.
Kita boleh memahami perbezaan pendapat dalam konteks Fiqh secara umumnya. Namun demikian, bagaimana kita mengurus perbezaan pendapat dalam situasi yang berbeza? Sebagai contoh dalam politik, dalam persatuan, dalam rumah tangga dan sebagainya.
Dalam politik, Alhamdulillah, ada dua pemimpin politik hadir
mengimarahkan wacana semalam. Walaupun berbeza pendirian politik, tetapi engagement dan minat mendalam akan wacana ilmiah seperti itu harus dipuji. Sekurangnya perbezaan yang berlaku di peringkat sikap politik telah transcendent/ melampaui dan pendirian mereka bersatu dengan ilmu dalam sebuah majlis ilmu. Akhirnya juga kefahaman yang benar dan ilmu faktor penting kesatuan ummat Islam.Kadang juga ada yang tidak jujur dalam perbezaan pandangan. Sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju' satu prinsip asas untuk satu persetujuan. Namun demikian, prasangka yang buruk dan dendam kesumat yang berakar menyebabkan ketidaksetujuan dijadikan asas untuk bermusuh. Ini yang menyedihkan sesetengah umat Islam, apatah yang pernah terlibat dengan dakwah menjadikan persaingan idea sebagai zero sum game.
Ada tips untuk menyuarakan pandangan dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh para ulama, antaranya;
1) Rendah diri apabila mahu mengemukakan idea/ pandangan
2) Istigfar sekiranya idea kita diterima, dan Alhamdulillah idea kita ditolak. Sebabnya, takut- takut idea kita walaupun nampak baik, mungkin banyak kemudaratannya. Wallahualam
3) Meraikan semua pandangan yang telah dilontarkan.
Kesimpulannya, kena peka dengan kehadiran mana- mana ulama, bijaksana mengurus perbezaan dan tawaduk dalam menawarkan idea/ pendapat. Barakallahu'alaik ya sheikh 'afifi
0 comments:
Post a Comment