Sepanjang minggu ini, ada diadakan Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) 2008. KLIFF merupakan antara program mega bagi industri perbankan Islam. Setiap tahun diadakan, dan saban tahun meriah dengan kehadiran ilmuwan kewangan Islam, 'jentera' perbankan Islam dan takaful, termasuk peguam, mufti, pensyarah dan individu yang berminat dengan perbankan Islam. Hari ini diadakan Forum Shariah KLIFF.
Seperti biasa, dalam kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk berjumpa dan bergambar dengan antara tokoh ilmuwan yang saya minati, iaitu Sheikh Nizam Yakubi dan Dr Daud Bakar. Saya rasa ini peluang terbaik untuk berjumpa dan memperkenalkan diri kepada ilmuwan, dan saya tidak akan 'melepas' dalam setiap majlis ilmu seperti ini.
Sheikh Nizam Yakubi merupakan pakar kewangan Islam dari Bahrain. Berkelulusan Universiti Mc Gill Kanada, dalam jurusan ekonomi dan perbandingan agama. Beliau mengajar ilmu tafsir di Bahrain sejak 1976, dan menjadi panel penasihat Shariah di kebanyakan bank di Timur Tengah. Sheikh Nizam merupakan pakar rujuk berauthoriti dalam dunia perbankan Islam. Yang menarik tentang Sheikh Nizam ialah latarbelakang pendidikan beliau. Pernah belajar di Universiti Mc Gill Kanada, merupakan sarang 'pekat' orientalis. Prof Naquib juga pernah belajar di situ, dan menyebabkan golongan orientalis pula yang berbelit lidah menjawab hujah Prof Naquib.
Universiti Mc Gill setara dengan Universiti Leiden, Belanda, Universiti Sorbone, Perancis dan Universiti Chicago, Amerika yang semua ini adalah lubuk 'pekat' golongan orientalis. Barangsiapa yang tidak kuat Iman dan akal, boleh terpengaruh dengan idea orientalis, lalu menjadi ejen mereka.
Sheikh Nizam menguasai dua bidang yang berbeza, iaitu ekonomi dan turath, pada masa yang sama ada nilai integrasi ilmu di situ. Bukan calang orang yang ada kemampuan sedemikian. Ini kali kedua berjumpa secara langsung, selepas kali pertama di UIA 2007.
Kemudian, Dr Daud Bakar, seorang lagi pakar rujuk Melayu yang disegani kawan (perbankan Islam) dan lawan (perbankan konvensional). Beliau masih mengenali saya, kerana beliau merupakan mantan Timbalan Rektor UIAM, yang 'in charge' pilihnraya kampus 2005 ketika saya bertanding. Beliau seorang yang rapat dengan pelajar, dan pada masa yang sama menonjol dari segi kepimpinan dan keilmuan. Dalam industri perbankan Islam, beliau menjadi generasi awal yang menerokai perjalanan sebuah industri yang berpotensi besar. Tulisan beliau sangat tajam, padat dengan nas dan dalil, dan mempunyai hikmah yang tersendiri dalam penyampaian.
Gembira dapat berjumpa mereka, kendatipun dikhabarkan dalam tentatif awal, Sheikh Yusuf Qaradawi, Sheikh Muhyiddin 'Ali Qaradaghi, Sheikh Wahbah Zuhaily dan Sheikh Abu Sattar Ghuddah, semua ulama merangkap penasihat Shariah perbankan Islam yang akan hadir. Namun, mungkin ada halangan tersendiri, mereka tidak dapat hadir.
Seperti kata Imam Syafi'e, "Aku bukan di kalangan orang yang soleh, tetapi aku bergaul dengan mereka, mudahan aku tergolong dalam kelompok mereka". Itu sebenarnya niat kita. Paling penting ialah apa yang ingin ditonjolkan sosok ilmuwan seperti mereka ialah kemampuan menguasai ilmu turath dan menjawab isu ekonomi semasa dengan kefahaman yang baik.
Dalam program ini, Sheikh Nizam ada bercakap bahawa perbankan Islam tidak seharusnya bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan per- se, akan tetapi bekerjasama sebagai sebuah entiti yang mengangkat martabat ummah dalam aspek ekonomi. Memang, banyak perkongsian maklumat, pengalaman dan ilmu antara perbankan Islam diperlukan demi kekuatan bersama.
Memang ramai yang skeptikal (sangsi) dengan perbankan Islam, dengan alasan tersendiri. Saya pun masih ada 'little reservation' dengan beberapa perkara dalam perbankan Islam, seperti terlalu banyak 'meniru' produk perbankan konvensional, belum ada kerangka ekonomi Islam yang tulen, produk Bai Inah berleluasa dan sebagainya. Namun, ia tidak menghalang untuk saya menyumbang secara langsung dalam industri ini, kerana ada potensi besar yang berguna untuk ummat.
Ada yang mengatakan perbankan Islam telah 'hijack' disiplin ekonomi Islam, kerana subjek ekonomi Islam telah lama bertapak dalam wacana ilmiah ummat Islam. Kali pertama 'Ekonomi Islam' disebut oleh Sheikh Abu 'Ala Maududi pada tahun 1970-an, dan terus menjadi subjek wacana di kalangan ilmuwan dan pelajar di universiti dan merebak sehingga hari ini. Ekonomi Islam ialah ilmu asas yang menghurai aspek pengurusan ekonomi berdasarkan pandangan Islam.
Islam menekankan bagaimana pengurusan lebihan (surplus), zakat, hibah, waqaf, pengagihan yang adil dan pelbagai lagi. Ia adalah ilmu yang luas dan latar belakang utama dalam sebuah 'puzzle' wacana pemikiran Islam. Manakala, perbankan Islam adalah sebahagian kecil sahaja, atapun serpihan 'puzzle' daripada 'puzzle' yang besar. Walaupun kecil, tetapi 'populariti' dan 'obsession' (keghairahan) manusia terhadap perbankan Islam membuak.
Antara faktor mendorong ialah, pertama, perbankan Islam mampu menjana harta atau duit jutaan ringgit melalui Murabaha, Sukuk dan lain- lain, tetapi subjek ekonomi Islam sekadar teori kefalsafahan sahaja. Keduanya, ramai pemilik harta atau penyimpan deposit (capital depositor) adalah orang kaya di Timur Tengah. Setelah peristiwa 911 dan terbaru American Recession, maka mereka tidak yakin lagi dengan perbankan konvensional di Barat. Semestinya perbankan Islam alternatif mereka. Bagaimana faktor kesedaran agama? Memang kesedaran agama antara faktor dominan yang mendorong supaya ditubuhkan institusi perbankan berasaskan Shariah.
Kesimpulannya, perbankan Islam menuntut satu stamina ilmiah yang tinggi, kerana memerlukan integrasi pelbagai disiplin ilmu yang pelbagai. Sebelum ini mungkin golongan kelulusan akauntan dan ekonomi sahaja yang bekerja di sektor perbankan. Kemudian hari ini, apabila perbankan Islam wujud, tiga golongan mengambil peranan, iaitu golongan asal ekonomi dan akauntan, termasuk golongan kanun dan agama. Masing- masing perlu belajar dan memahami disiplin ilmu yang berbeza, iaitu golongan ekonomi faham kanun dan Shariah, golongan kanun memahami Shariah dan ekonomi, malah golongan agama faham kanun dan ekonomi.
Untuk zaman mendatang, bukan lagi tiga wacana ilmu yang perlu dikuasai, tetapi bertambah dua iaitu falsafah dan sejarah. Mengapa? Kerana jika sekadar faham agama, ekonomi dan kanun, tetapi tidak ada asas falsafah dan sejarah, maka perbankan Islam tidak akan ke mana. Untuk melawan idea Adam Smith, Milton Friedman, Alan Grenspan, dan ramai lagi, perlu faham Ibn Khaldun, Abu Yusuf, Al Maqarizi dan pelbagai lagi. 'Jentera' perbankan Islam tidak boleh selesa dengan keadaan hari ini, apabila banyak berpandukan kerangka konvensional yang berusia hampir 700 tahun. Mahu tidak mahu, mesti melawan arus sebagai 'reformer' atau 'leader', bukan lagi 'passenger'. Anda berani?
Jika berani, baru boleh jadi Ibn Khaldun 2.0.

*Saya baru membeli The Economist 15- 21 Nov 2008, bertajuk 'Redesigning Global Finance'. Bagus untuk dibaca.
0 comments:
Post a Comment