Wednesday, November 05, 2008

Barrack Obama vs Politik Malaysia.

BBC mengatakan kemenangan Barrack Obama sebagai 'A Historic Victory'. Ucapan Obama selepas kemenangan yang meyakinkan untuk terpilih sebagai Presiden Amerika yang baru sangat memukau. Lautan manusia membanjiri padang untuk mendengar ucapan sulung Obama.

Karisma ucapan beliau menjerit memberitahu agenda besar negara beliau. Ada yang menitis air mata, ada yang melompat kegembiraan, ada yang tergamam, ada yang terharu, dan pelbagai warna perasaan lautan manusia. Slogan New Dawn for United States menangkap imaginasi rakyat Amerika. Ketika berucap, beliau mengatakan, ..."to Mc Cain... Mc Cain fought hard and long for this campaign,...and it is harder and longer for the country that he loves, he has indured sacrifice for America,..I congratulate him, and governor Palin for all they achieved, I look forward to work with them, renew this promise nation into mountain heat...". Ini kematangan politik di sana.

Di Malaysia kita sangat malang kerana mempunyai ahli politik yang tidak matang malah tidak berwawasan. Banyak kerosakan berlaku kerana kejahilan ahli politik. Dewan Parlimen menjadi 'sarkas' kerana sikap ahli politik yang takut untuk berdebat. Banyak angkara ahli politik yang menjahanamkan batu asas negara. Soal Bahasa Melayu, soal masa depan agama Islam, kuil dirobohkan, rasuah, skandal seks, sentimen bangsa yang sempit, hukum rimba ISA dan pelbagai lagi.

Tidak ada semangat kerjasama erat dan kesefahaman antara pemerintah dan pembangkang. Permainan politik mereka ialah 'zero sum game'. Wacana baru 'post- partisan' sepatutnya dibudayakan. Ungkap sdr Yusmadi ('Obama' Malaysia) dalam satu forum di sebuah universiti. Apa salahnya pemimpin Melayu berlapang dada dan menumpukan agenda memperkasa agama dan bangsa? Apa salahnya pemimpin Melayu duduk semeja membincangkan agenda ekonomi dan perpaduan bersama?

Sepatutnya politik di Malaysia lebih matang dan berwawasan, kerana majoriti kita adalah orang Islam. Malu kita kerana mempunyai pemimpin yang tidak bermaruah. Sudah terang lagi benderang, pemilihan bahagian parti penuh dengan jijik rasuah dan 'menjilat' pemimpin. Kasihan bagi individu yang baik dan berpelajaran untuk berjuang, kerana ditolak mentah- mentah oleh majoriti yang korup.

Nampaknya lingkaran pemimpin yang keliru masih berputar. Ini akibat kekeliruan ilmu dan 'loss of adab' yang diungkap oleh Prof Naquib Al Attas.

Nampaknya, masa depan negara masih kelam. Jika New Dawn dan Change! di Amerika tidak mustahil, di Malaysia bagaimana?

1 comment:

3p4h said...

Salam abg, betul la apa yg diutarakan. Jika dilihat rata2 pemimpin negara kita (pembangkang mahupun kerajaan) masing2 masih tak ada matlamat yang jelas, berlagak hero, tp zero jadinya! Apa tidaknya, parlimen serupa pasar. Emmm....

p/s: Bagaimana Najib slps ni? Dididik dgn cara pendidikan barat, apa mungkin mampu mnyelesaikn semua ini?