Monday, September 29, 2008

Eid Mubarak 1429

Esok Syawal bakal menjelma. Tiada yang paling menggembirakan selain dapat meraikan hari kebesaran ini bersama keluarga dan saudara mara. Kita mendoakan supaya Ramadan yang bakal melabuhkan tirai nanti merupakan Ramadan yang terbaik bagi kita. Dan Insyallah, kita mendoakan supaya tahun depan kita berjumpa dengan Ramadan yang mulia ini.

Situasi negara masih tidak stabil. Politik semasa masih tidak menentu. Harapan Baru yang ingin dibawa masih belum tercapai. Debaran rakyat semakin kencang. Walau apa yang melanda, sebagai individu kita harus memandang positif ke hadapan.

Apatah lagi situasi ekonomi dunia. US telah menyuntik sejumlah bail out yang besar RM700 billion untuk menyelamatkan ekonomi US. Bila diperhati secara halus, ini adalah petanda kegagalan ekonomi US yang berfalsafahkan Neo- Liberalisme. Dasar mereka yang mem'pertuhan'kan dasar ekonomi terbuka, tiada campur tangan kerajaan dan mengangkat keuntungan maksimum tanpa pertimbangan pahala dan dosa mengakibatkan ekonomi mereka ranap hampir musnah.

Hakikatnya, bail out RM 700 billion yang dikeluarkan oleh US itu hanya kertas kosong, tidak ada sandaran kekal, seperti emas. Duit berbillion itu berlegar dalam ekonomi US dan tidak lain hanya wang kosong. Akibatnya hutang semakin membelit US. Umpama saudara yang ada mesin mencetak wang kertas Dollar, kemudian mencetak berbillion- billion keping dan saudara sendiri yang memberi nilai sekeping wang kertas dengan satu dollar. Semudah itu sahaja.

Sudah lah kertas kosong, kemudian dengan kertas kosong itu boleh diniagakan. Sebagai contoh, jika saudara meminjam wang (Loan) dari Bank sebanyak RM 100, dan harus membayar balik RM 10 secara beransur- ansur selamat bebearapa bulan. Sekiranya tersangkut (default) saudara boleh didenda 10% berganda daripada pinjaman asal (capital). Maka RM 100+RM****. Bayangkan dengan RM 100 sahaja yang dipinjamkan, tetapi puak kapitalis berjaya 'membenihkan' beberapa RM atas nama denda lewat. Ini adalah Riba yang terang dan nyata diharamkan Allah Ta'ala.

Dalam konteks itu, Perbankan Islam adalah alternatif terbaik. Dalam Perbankan Islam, tidak ada mengiktitraf wang kertas sebagai komoditi yang boleh diniagakan. Wang adalah alat untuk berjual beli. Itu sahaja.

Apa- apa pun, Syawal makin menampakkan wajah. Tiada mulia yang boleh diucapkan saat menjelma Syawal ialah minal' 'aidil wal fa'izin, Kullu 'Am Wa antum Bikhair, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah Ta'ala memberkati hidup kita dan memberkati sepanjang sebulan Ramadan yang baru berlalu.

30 Ramadan 1429
30 September 2008

5.18 petang
Seri Manjung, Perak

5 comments:

firdaus khairi said...

salam..syeikh..dewan senat tak lulus kan permohono 700 bilion tu.just info

r_feev said...

Salam..

Saya adalah budak yang masih baru belajar... saya ada satu soalan, adakah di zaman Nabi dan sahabat.. sistem pasaran bebas (baca:kapitalis) juga diguna pakai dalam berniaga... dengan harta yang byk.. Uthman r.a dan Abdul Rahman Auf r.a juga bisa memyumbang lebih banyak kepada usaha dakwah Rasulullah s.a.w?

Sekadar soalan untuk dibincang-bincangkan?

www.qanunfiatdunia.blogspot.com

Anonymous said...

Zaman Nabi dan sahabt berniaga tidak sama dengan zaman kita. Konteks pasaran masih kecil, sementara zaman kita terlalu luas. Istilah kapitalisme pun berakar dari rahim peradaban barat, membawa nilai- nilai Barat. Sebab itu ketika zaman Usman, Abd Rahman Auf dan sahabat lain, mereka bebas berniaga, tetapi kerajaan juga berperanan mengawal komoditi yang ada kepentingan umum. wallahualam

Mohd Hilmi

Anonymous said...

saya tidak tahu betapa sosialisnya saudara tetapi suatu persoalan sekiranya kita memberi pinjam kepada seseorang contohnya RM1000 dan kita menetapkan supaya wang tersebut dibayar dlm tempoh sebulan. Dalam tempoh masa tersebut kita sebenarnya boleh membuat pelbagai perkara sekiranya mempunyai RM1000. namun disebabkan ketiadaan jumlah wang tersebut kita kerugiaan banyak perkara. Oleh itu adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menuntut caj ganti rugi kesan daripada ketiadaa jumlah wang tersebut dlm simpanan kita?

Anonymous said...

adakah kerana kita mengkritik amalan kapitalisme kita berfahaman sosialis? Satu kekeliruan yang nyata.

Jawapan yg mudah, jika kita pinjamkan wang kpd orang, kita berhak minta semula. Tidak ada yg rugi.

Madani