Thursday, June 19, 2008

Petronas Bukan Kambing Hitam

Minyak naik menyebabkan semua marah dan geram. Petronas menjadi 'kambing hitam' untuk rakyat lepas kemarahan. Sebenarnya ramai yang tersilap menghala kemarahan kita. Petronas bukan punca kenaikkan minyak mendadak ini. Perarakan Jumaat lepas dari Kg Baru menuju Petronas juga menunjukkan ketidaktajaman kita membaca isu.

1.Don't ask Petronas how profits used, ask...
2. The role of petronas: Check your facts on the oil issue.
3. Mitos Tamadun Petroleum

Pada prinsipnya, saya tidak setuju jika kita tidak tajam melihat isu. Dalam fenomena kenaikkan minyak ini, Petronas tidak perlu di'kambing hitam'kan. Isu minyak naik memang isu global, suatu yang tidak boleh dielakkan. Dalam bisnes minyak pun, deal demand- supply menyebabkan minyak naik. Biasanya apabila demand (permintaan) minyak naik, maka supply (pengeluar) pun meningkat. Biasanya pengeluar minyak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak apabila permintaan minyak terlalu banyak. Ada dua faktor saling berkait;

1. Demand minyak banyak sebab petrol menjadi bahan perusahaan dan kegunaan harian yang banyak oleh penduduk dunia. Plastik, minyak kereta dll menggunakan petrol. Peperangan Amerika di Iraq dan Afghanistan juga menyumbang kepada penggunaan petrol yang banyak. Semua menjadi faktor 'demand' minyak seluruh dunia.

2. Sesetengah negara pengeluar minyak mengambil kesempatan untuk 'reserve' simpanan minyak. Ini bertujuan supaya permintaan minyak melonjak- lonjak. Makanya harganya pun dinaikkan ke tahap yang tinggi. Ini spekulasi harga minyak yang dimainkan oleh sesetengah negara pengeluar minyak.

Isu kerajaan menaikkan harga minyak memang keputusan yang justifiable, sebab terpaksa bersaing dengan harga minyak sedunia. Semua negara menghadapi kenaikkan minyak. Yang menjadi persoalan kenapa mendadak, katanya Ogos dan 40% kali ganda? Cumanya, kita kena pisahkan dua perkara, isu global minyak naik dan governance kerajaan.


Isu minyak naik tidak boleh elak. Tetapi governance kerajaan kita boleh elak. Sebagai contoh, apabila 2006 kerajaan naikkan harga minyak, makanya sistem pengangkutan awam diperbaiki dan dipertingkatkan, rasuah tidak berleluasa, amalan kronisme tidak membarah, golongan miskin diberi perhatian. Akan tetapi semua perkara ini tidak diberi perhatian. Sekali lagi 2008 minyak naik. Makanya jika semua yang disebut di atas ditangani dengan baik, maka rakyat mungkin akan reda marahnya kerana minyak naik.

Jadi, antara cadangan yang diutarakan untuk menangani isu minyak naik ialah menjaga kebajikan rakyat. Sdr Sebol, mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi RM 50 kepada semua rakyat Malaysia, setiap bulan, termasuk yang tidak berkenderaan dan tak mampu bekerja.

Saya secara peribadi, melihat pemberian subsidi tidak banyak membantu mengurangkan kesusahan rakyat, apatah lagi dalam nilai yang kecil. Ini kerana;

1. Sepatutnya kerajaan menumpukan balik kepada asas governance; perbaiki mutu perkhidmatan awam, banteras rasuah secara perdana, amalkan pemerintahan telus bukan kronisme dan sebagainya. Mungkin jika kerajaan bersungguh dalam menangani isu governance ini, rakyat tidak terlalu marah dengan kenaikkan harga minyak ini.

2. Mekanisme pembahagian subsidi akan menghadapi masalah. Mungkin kerajaan sudah laksnakan seperti pemberian rebat tax bermula minggu lepas. Tetapi ibarat 'kita memberi pancing untuk menangkap ikan, bukan memberi ikan untuk memberi makan'.

Kesimpulannya, isu terbengkalai harus diutamakan dahulu, supaya dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah utama.

2 comments:

sebol said...

RM 50 sebulan, itu setiap orang, ianya tidaklah kecil kalau dikira mengikut keluarga.

Ada pendapat lain mencadangkan RM80.

sepasang suami Isteri yang ada 3 orang anak automatik mendapat 5x50= RM 250

Kalau dia ada tanggungan tambahan seperti mertua, dapat lagi ekstra RM 50.

Rumah anak yatim, automatik berasa lega, dengan anak yatim itu sendiri dapat RM 50 sebulan. Rumah anak yatim yang bela 20 orang, automatik dapat RM 1000.

RM 50 sebulan, amat kecil bagi golongan sederhana yang bujang. akan tetapi cukup melegakan bagi seseorang yang banyak tanggunggan.

majidee_boyz said...

pemberian subsidi berupa wang kepada rakyat bukan tindakan yang dirasakan sewajarnya.
wang diterima entah ke mana. kesempitan hidup tetap dirasa. malas bekerja akan berleluasa.
jenayah pula akan menggila.

semoga PKPIM yang dipimpin saudara akan terus bergiat aktif dalam memperjuangkan kebenaran dan hak