Friday, June 06, 2008

Minyak Naik

Harga minyak naik melambung menyebabkan rakyat kelam kabut untuk mengurus hidup. Kerajaan telah menekan 'butang panik' dengan tiba- tiba. Ramai yang berduyun ke stesyen minyak untuk mendapat 'syafaat' harga minyak murah. Ada yang mahu menjual kereta kerana minyak naik. Ada yang separuh gajinya digunakan untuk minyak. Ada yang terpaksa susun balik belanjawan keluarga. Ada yang tangguh sambung belajar, sebab kos hidup meningkat. Persoalan yang timbul ialah;

1. Kenapa dinaikkan secara tiba- tiba, walhal katanya mungkin Ogos nanti?
2. Kenapa dinaikkan secara mendadak, tidak dinaikkan secara berperingkat?
3. Kenapa mekanisme pemberian subsidi digantikan dengan pemberian cukai jalan secara tunai, walhal rakyat telah membayar cukai yang banyak sebelum ini?
4. Kenapa Petronas tidak mampu menanggung subsidi minyak di negara ini, walhal Malaysia adalah negara pengesport minyak?
5. Kenapa kerajaan mengambil sikap tidak popular sekarang ini, walhal kerajaan baru 'dibelasah' teruk Pilihanraya 8 Mac lalu?
6. Kenapa harga minyak perlu naik, walhal gaji dan tarafv hidup menurun?
6. Dan banyak lagi persoalan yang berungkai.

Kritis tidak bermakna bangkang. Soalan perlu ada jawapannya.

2 comments:

ain insyirah said...

kerajaan seharusnya mewarwarkan terlebih dahulu tantang kenaikan harga minyak yang mendadak ini,mungkin kerajaan ada agenda yang tersendiri dengan kenaikkan harga minyak. walhal kenaikkan ini sepatutnya mengikut apa yang dirancang bukannya menaikkan harga minyak dengan sesuka hati.saya tidaklah membangkang kerajaan,cuma meluahkan rasa tidak puas hati sahaja.

aljuhr said...

kerajaan sewajarnya meminta cadangan dari pakar-pakar ekonomi terlebih dahulu atau dari org awam. lihat sahaja apabila, keputusan menaikkan harga minyak, ramai yang membuat cadangan-cadngn yg bernas. dan seharusnya kerajaan menjemput ramai lagi pakar2 ekonomi dan akedemik di jadikan penasihat ataupun senator dalam pentadbiran kerajaan. macm zamn tun mahathr yg memanggl zaim zainuddin sbgai menteri kewangnnya