Thursday, June 19, 2008

Masa dan Berjiwa Besar

Hari ini, Khamis 19 Jun, merupakan hari yang penat, tetapi seronok.2.30 petang, ada Mesyuarat Panel Shariah, Affin Islamic Bank. Agenda mesyuarat ialah membincangkan dokumen- dokumen penting, yang ingin mendapat 'fatwa' panel Shariah Affin Islamic.

5.00 petang pula, saya mengajar bahasa Arab untuk staf Affin Islamic. Kelas Arab yang masuk minggu kedua Alhamdulillah, mendapat respon positif oleh teman- teman sepejabat. Saya ucapkan syabas kepada mereka yang bersemangat untuk mendalami bahasa Arab. Dalam Islam, memahami bahasa Arab merupakan satu kewajipan. Kenapa saya mengatakan begini, kerana Imam Syafiee sendiri mengatakan bahawa sebagai umat Islam, kita harus memahami bahasa Arab, walau seminimum mungkin. Misalnya kalimah Shahadah yang kita ucapkan. Ataupun memahami makna doa dan bacaan solat kita.

Imam Syatibi pula mengatakan, jika mahu mengukur kefahaman Islam seseorang itu, lihat kefahamannya tentang bahasa Arab. Bukan bermakna orang Arab yang boleh bercakap bahasa Arab sudah jelas Islamnya. Yang penting faham dan hayati.

Hassan Al Bana sendiri menekankan supaya kita belajar bahasa Arab, kerana ia merupakan bahasa umat Islam. Bahasa inilah yang mengikat umat Islam keseluruhannya.

Kemudian, 9 malam, saya dijemput ceramah di pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya. Alhamdulillah, dapat berjumpa pelajar- pelajar baru. Apa yang ditekankan ialah tiga perkara iaitu supaya para pelajar belajar bersungguh- sungguh, terlibat dalam organisasi atau persatuan dan akhirnya peka dengan isu semasa. Pelajar yang cerdik dan pandai harus dibimbing idealisme mereka. Kita tidak mahu pelajar kita yang pintar, tetapi menjadi mangsa 'compartmentalization' sistem pendidikan kita.

Maksudnya, pelajar pintar di universiti, mendapat CGPA tinggi, kemudian kerja dan akan 'pakar' dalam bidang khusus itu sahaja. Mereka harus dikembangkan 'kepintaran' mereka, supaya akhirnya menjadi ilmuwan Islam. Ilmuwan soleh yang dilahirkan dahulu meninggalkan jasa besar kepada ummat, dari segi ilmunya, bukunya, anak muridnya, madrasahnya dan ideanya. Mereka tidak belajar kemudian bekerja semata. Tetapi kecerdasan akal mereka digunakan untuk memanfaatkan kepada seluruh umat Islam dan alam.

Ciri kejayaan Imam Shafiee, Imam Maliki, Al Juwaini, Imam Al Ghazali dan ramai ilmuwan Islam terdahulu adalah kerana kepelbagaian penguasaan ilmu yang dimiliki. Mereka tidak menjadi mangsa pengkhususan melampau akibat sistem yang terlalu 'compartmentalization'. Ini yang dikatakan oleh Jose Ortega Gasset sebagai 'The Barbaric of Specialization'.

Kerana itu pembinaan pelajar pintar kita harus berjiwa besar dan berpandangan jauh. Jika tidak, kita akan mengulangi tragedi Sufiah, yang pakar dalam Matematik, tetapi tandus moral. Ilmuwan Islam terdahulu menguasai silang sengketa ilmu dan pada masa yang sama tawaduk, amanah dan ikhlas dalam amalan mereka.

Kesimpulannya, dalam ilmu kepimpinan, jika kita katakan kita terlalu sibuk, maknanya kita relevan dengan masa yang ada. Biasanya orang yang tidak 'sibuk' ini tidak pandai memanfaatkan masa. Malah, sebagai pemimpin, kita harus berjiwa besar dan berpandangan jauh. Dalam melahirkan ilmuwan Islam persis zaman dahulu, sistem pendidikan harus tidak terlalu 'mengkotak- kotakkan' disiplin ilmu, akhirnya nanti kita menjadi mangsa 'Barbaric of Specialization'.

Wallahualam.

2 comments:

sebol said...

Saudara Hilmi

Sorry offtopic.

Saya meminta jasa baik saudara Hilmi supaya berbincangan di kalangan PKPIM samada ingin membaca agenda "tuntutan subsidi makanan rakyat" atau dalam nama lain. supaya kerajaan membayar RM 50 setiap orang setiap bulan sebagai langkah tangungjawap kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan sebagai satu saluran pengagihan subsidi yang lebih adil.

"Penurunan Harga Minyak" sebenarnya satu kaedah pengagihan kekayaan negara dalam bentuk yang amat tidak adil.

Sila baca catatan-catatan di blog saya untuk mendapatkan hujah kenapa ianya perlu dituntut oleh rakyat Malaysia.

http://sebolku.blogspot.com/2008/06/demo-menuntut-kerajaan-membayar-rm-50.html

Hujah (kalau berdebat dengan Shahrir Samad)

http://sebolku.blogspot.com/2008/06/yb-salahudin-yang-mengecewakan.html

syahira jamel said...

harapan buat adik-adik di petaling jaya sunggunh besar.. semoga usaha melahirkan ilmuwan berjiwa besar, yang sentiasa relevan dengan masa 24 jam diperuntukkan oleh Khaliq, akan terus berkekalan. Adik-adik kita ini,harus juga diingatkan, bahawa sebagai ilmuwan berjiwa besar, tidak seharusnya terlibat dalam "jenayah akademik aktivis dakwah" seperti dalam catatan saudara saifulislam di dalam blognya. Semoga terus sukses ya akhi! Doakan kejayaan perjuangan kami jua!