Friday, June 13, 2008

ISLAMISASI ILMU KONTEMPORARI

Islamisasi merupakan agenda yang mendapat tempat ketika Islamic Resurgence berkemundang tahun 70 an. Namun demikian, proses Islamisasi sebenarnya telah bermula sejak kedatangan para Rasul lagi. Misi Islah dan da'wah bertujuan mengembalikan umat manusia kepada penyembahan Allah yang Esa. Pengisian Islamisasi era kontemporari ini mengambil dua faktor yang utama, iaitu Bahasa dan Akal.

Mengapa dua perkara ini menjadi subjek Islamisasi? Ini kerana umat Islam telah mengalami episod penjajahan oleh Barat hampir 700 tahun. Dalam tempoh itu, pemikiran umat Islam telah didoktrin dan dikelirukan dengan worldview kebaratan, yang sudah tentu berakarkan pandangan alam Sekular- Kristian.

Kerana itu, umat Islam hari ini terperosok mundur kerana menganut faham kebaratan yang sudah pekat dalam pemikiran umat Islam. Peranan penjajah ketika menjajah umat Islam ialah dengan menanam faham kekeliruan melalui suntikan pemikiran berkiblatkan Barat dan secara tidak langsung memasukkan istilah istilah bahasa asing yang membawa makna kebaratan.

Barat membawa konsep- konsep Sekular- Kristian secara paksa menggunakan dua pendekatan, iaitu mengikis kefahaman Islam dan sekaligus menanam kekeliruan. Pendidikan merupakan wahana strategik mereka untuk menanam faham kekeliruan. Banyak silibus- silibus berfaham Sekular- Kristian direka dalam sistem pendidikan kita sama ada peringkat sekolah mahupun universiti. Buku- buku yang ditulis oleh merekamenjadi bahan bacaan umat Islam. Guru atau pendidik sekolah merupakan ejen 'rasmi' penjajah untuk menyebarluas faham Barat. Makanya, sudah tentu bahasa menjadi medium perantara untuk menyampaikan idea mereka.

Banyak istilah- istilah Barat diimport ke dalam bahasa umat Islam. Istilah yang dibawa ini yang lahir dari rahim Barat, makanya banyak istilah mempunyai pengaruh faham Sekular- Kristian. Kerana itu, kita apabila maki orang lebih suka mengunakan bahasa Inggeris, "What the Hell!", daripada kita terjemahkan kepada "Apa Neraka Kamu ini!". Ini kerana istilah tersebut telah meresap pekat dalam pemikiran umat Islam. Maki dengan menggunakan bahasa kasar tidak lahir dari agama Islam, yang melarang mencerca dan memaki menggunakan bahasa kasar. Paling rosak pun, orang Arab menggunakan 'Baghal (keldai) atau orang Melayu menggunakan 'Babi' jika memaki.

Pokoknya ialah pengaruh bahasa asing dalam umat Islam melengkapkan satu proses kekeliruan umat Islam. Proses menanam kekeliruan dalam pemikiran dan mengimport istilah asing dalam bahasa umat Islam adalah proses terancang menggelirukan umat Islam. Hakikatnya, ramai cerdik pandai ada dalam dunia Islam, tetapi ramai juga yang keliru. Buktinya? Mereka yang sedang menyokong idea liberal- Sekular di kalangan umat Islam

Oleh itu:

1. Islamisasi 'kontemporari' masih relevan untuk menangani kekeliruan akal umat Islam.

2. Jangan terlalu memuja 'produk' Barat secara berlebihan, terutamanya dalam demam Piala Euro 2008 ini. Ada yang fanatik kepada pasukan Belanda, Perancis, Portugal dan Jerman. Padan muka England tidak layak masuk. Kadang kita terlalu taksub kepada negara Barat, sama ada institusi atau individunya, kita terlupa 'dosa' besar mereka menjajah umat Islam. Hasil penjajahan mereka menyebabkan umat Islam miskin, mundur dan sentiasa dihina. Malek Ben Nabi ada mengatakan, bangsa yang lemah cenderung meniru bangsa yang kuat.

3. Pemimpin dan pelajar hendaklah membaca buku yang serius dan penting seperti Islam and Secularism karya Prof Naquib Al Attas yang dikira sebagai magnum opus umat Islam akhr zaman. Buku yang boleh dibeli dengan harga RM 20.00 sahaja, mampu mempertahankan identiti umat Islam secara total kelak. Lebih bermakna jika membeli buku ini berharga RM 20.00 daripada membazir Afundi Akademi Fantasia. Sheikh Hamzah Yusuf, pernah meluahkan bahawa buku Islam and Secularism telah dibaca dari kulit ke kulit sebanyak tiga kali telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwanya. Beliau semakin teguh dengan pegangan Islamnya.

4. Dalam Malaysia sendiri, apakah kita sedar bahawa ada pihak secara terbuka dan terancang anti dengan Islamisasi? Sebagai contoh ada di sini (bawah). Hakikatnya mereka takut, atau Islamohobia jika mereka di'Islam'kan, agama mereka di'Islam'an, budaya mereka di'Islam'kan, parti politik mereka di'Islam'kan dan segala macam lagi Ataupun mereka takut juga jika 'Teroris' muncul dalam kelompok mereka! Sebenarnya ketakukan mereka tidak berasas malah amat cetek. Kesimpulanya, mereka harus memahami konsep Islamisasi yang sebenar.





(Bahan kempen ketika Pilihanraya Umum 12. Calon ini dipercayai menang dan sekarang sebagai exco kerajaan negeri Perak)

3 comments:

sebol said...

Sebelum Pilihanraya PAS memang tiada pakatan dengan DAP. melainkan soal pembahagian kerusi.

Oleh sebab itu DAP jauh tersimpang daripada yang sepatutnya dia perjuangkan.

Saya yang selalu membaca blog Lim Kit Siang, selalu nampak betapa fobianya mereka terhadap Islam.

bukan setakat itu, mereka fobia dengan songkok.

Tidak dinafikan, mereka akan kurang fobia terhadap Islam selepas "ditakdirkan" berkawan dengan PAS.

Anonymous said...

Not all DAP are bad.......LGE bagus

Orang2 tua biasalah.........Lim Kit Siang.......Uncle Karpal.......dalam soal menghina Islam je saya tentang mereka

Saya harap DAP akan memahami Islam.....

Sama2 kita doakan ek

Anonymous said...

kalau dasar yang dipegangnya merupakan dasar yang menentang islam maka dengan siapa sekali pun mereka berkawan dasar mereka tetap mereka pertahankan.. jangan sampai dasar yang dipegang pas yang terikut2 dengan dasar pegangan mereka.disebabkan ingin berbaik2 dengan mereka demi menjatuhkan musuh politik sehingga mengorbankan dasar islam yg selama ini diperjuangkan.