Wednesday, May 07, 2008

Restoran Cheng Ho VS Restoran Cina Muslim

Malam tadi selepas membawa isteri ke Klinik Pusrawi, memandangkan isteri saya dalam situasi kritikal untuk bersalin (sebab dah masuk minggu 36@ 9 bulan), kami buat keputusan untuk mencuba makanan halal Cina. Terfikir pula rockers Amy Search baru sahaja buka Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju, kami pun ke sana.

Memang niat dari dulu mahu mencuba makanan halal Cina, Alhamdulillah bertemu juga. Restoran Cheng Ho milik Amy Search nampak elegan dan moden, dengan potret Panglima Cheng Ho, seorang 'admiral' Muslim yang terkenal, seolah menyambut mesra pengunjung. Wajah bengis tapi penuh dengan semangat keperwiraan menghidupkan lagi suasana 'jantan' dalam restoran itu, seolah kita juga ditiupkan semangat ke'Cheng Ho'an.

Tiba depan restoran, kelihatan ada dua ahli parlimen, Yb Salahuddin Ayub dan Yb Mahfuz Omar ada dalam restoran. Paling penting, terlalu padat pengunjung Restoran Cheng Ho itu! Sampaikan kami pun terpaksa menunggu dalam 'waiting list'.

Kebetulan, selang beberapa kedai, kelihatan satu lagi Restoran Cina Muslim, yang juga menyediakan makanan Cina halal. Saya pun berkata dalam hati, "Ah, apa kata kita makan di sana?", dengan spontan terkeluar di mulut saya.

Saya dan isteri pun mahu mencuba di Restoran satu lagi, walaupun nama sudah ditempah dalam senarai di restoran Cheng Ho. Perut sudah lapar, makan di mana pun ok daa;)

Rupanya Restoran Cina Muslim ini pun baru buka juga, kiranya menjadi pesaing Restoran Cheng Ho. Saya terfikir, ini peluang baik, baru ada persaingan sihat. Rupanya juga Restoran yang saya makan ini milik seorang pelajar China Muslim yang belajar di UIAM. Patutlah mukanya agak pernah jumpa ketika mengambil menu.

Makanan halal Cina boleh tahan dari segi keenakkannya, malah harganya pun boleh tahan;). Tetapi bagus untuk siapa yang mahu mencuba makanan halal Cina. Mungkin kalau kita sudah muak makan makanan Mamak, Melayu Siam atau Melayu, mungkin makanan halal Cina adalah alternatif. Saya ambil masa ber'chit- chat' dengan beliau.

Beliau kata kos keseluruhan restoran itu ialah RM 200, 000.00 termasuk barang- barang (meja Cina, lampu, tulisan khat Cina dan sebagainya yang semuanya diimport dari Tanah Besar China). Beliau juga sedang mengambil sarjana di UIAM, selepas gagal kali pertama sarjana di UKM, kerana masalah kewangan. Kami sembang juga pasal pesaing restoran beliau, tentang Amy Search dan pengalaman di UIAM. Beliau mesra orangnya.

Selepas makan, kami beransur pulang dan bagitahu kepada beliau dan kawannya, "Wish U succes in business". Mereka sangat gembira dan turut mengaminkan.

Bagi saya, orang Cina memang 'kaki niaga' atau 'otak bisnes'. Saya pun sebenarnya berijtihad, memandangkan ada dua premis makan, yang menjual makanan halal, maka saya dan isteri buat keputusan untuk pergi ke Restoran budak UIA ini. Kebetulan juga Restoran Cheng Ho padat dengan orang. Mengapa tidak kita menyokong Restoran satu lagi, yang jual menu yang sama pun? Biarlah kita adil mengagihkan sumber rezki mereka, tidak hanya tertumpu kepada satu kedai sahaja.

Moral cerita ialah;

1. Amy Search dan 'kawan' UIA tadi baru buka restoran makanan halal Cina, maka satu alternatif selera kita.
2. Biar kita mengagihkan rezki kepada sdr seIslam kita dengan adil, membantu ekonomi mereka. Tidak tertumpu kepada satu 'selera' sahaja.
3. Saya sedang menanti cahaya mata sulung saya;)
Insyallah tidak esok, minggu depan, atau dua minggu lagi.

8 comments:

Mohd Nadmin said...

aku pun nak cuba jgak la..

kat mana ye?

Hilmi said...

Nadmin,

Restoran ada di belakang Carefour Wangsa Maju

Usratika said...

ok x berg menu dia?tringin gak nak pegi ujung minggu ni..ko nye bakal baby laki ke pompuan?hehehe..kena amik 'berkat' dari ko ni...

malie

Anonymous said...

assalamualaikum...
boleh tanya x??
apa nama restoran tu ek??
dah 2 hari saya g sana...
berpusing2..tapi xjumpa pun restoran chinese muslim selain restoran cheng ho....
boleh bg details x??nama restoran n lokasi yg tepat...
teringin nak ke sana...please...

Anonymous said...

saya pernah baca dalam akhbar mengenai kedai cina muslim ni tapi rasanya terletak di subang jaya. pernah cari tapi tak jumpa. masih ada lagi ke restoran ni dibelakang carefour wangsa maju?

Peri PiA said...

Assalammualaikum,salam kenal

hurm ,menarik ade pilihan...
InsyAllah jika ade kesempatan saya nak cube mskan cina halal ni.Thanks for the info

Anonymous said...

Try latest authentic chinese muslim food at Restoran hj Sharin low at jalan wangsa 5a@bukit antarabangsa and Restoran mukmin at section 19 of shah alam.

mans1001 said...

hmmm, bole cuba gak Restoran Adam Lee. Masakan Warisan Cina Islam.Yg best nye semua masakan mee nya adalah dari buatan mee sendiri tanpa campuran bahan kimia atau bahan perasa... korang tengok la sendiri dia buat mee kat kedai dia..siap dema lagi..mee sup herba dia mmg excellent... ada satu kat subang dan dengar khabar 16mei 2011 ni nak di buka kat bangunan selangor worldwide bisness ctr, sebelah Tesco sect 13.. korang call la tokey dia En Adam Lee 0196106778