Wednesday, May 21, 2008

Negara Tidak Stabil

Situasi politik negara hari ini tidak dalam keadaan stabil. Di pihak kerajaan, parti tunjang Barisan Nasional, UMNO sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman. Keputusan Tun Mahathir keluar UMNO menambah luka membara parti UMNO. 'Darah merah' kesakitan pertarungan Pilihanraya 8 Mac belum lagi sembuh, tetapi UMNO terus dirundum dengan pelbagai masalah. Isu utamanya ialah krisis keyakinan.

Ada orang bagitahu, macam mana lah anak muda mahu terlibat dalam perjuangan UMNO, kalau krisis dan konflik terus berlaku. 'Political struggle' dalam UMNO memang sengit. Mungkin pepatah 'Might is Right' menjadi sifir permainan politik dalaman UMNO. Ada orang kata juga, dalam UMNO memang akan sentiasa ada konflik. Apabila konflik ada, makanya parti itu bertambah kuat. Wallahu'alam.

Pada pihak Pakatan Rakyat pula, mereka sedang menanti isyarat 'kejatuhan' Barisan Nasional. Pentadbiran lima negeri yang baru dikuasai nampaknya berjalan dengan lancar, mungkin ada sedikit isu yang cuba dieksploitasi, akan tetapi tidak menjadi. Kes yang memalukan ialah penternakan babi moden. Pakatan Rakyat pun sedang menyusun formula pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai persediaan menjadi kerajaan yang baru kelak.

Apabila dua gajah bertelagah, rusa di tengah mati dihimpit. Mungkin itu peribahasa yang sesuai untuk dikaitkan dengan situasi politik hari ini. Fenomena ini terhasil melalui;

1. Rakyat semacam tidak yakin dengan dasar yang cuba dilaksanakan sekarang. Sebab ada kemungkinan, sama ada akan bertukar kerajaan atau tidak. Biasanya jika muncul kerajaan baru, maka dasar pun dasar yang baru. Banyak juga dasar- dasar lama dirombak, seperti AUKU dan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menunjukkan kerajaan tidak konsisten.

2. Para pelabur juga tidak yakin untuk melabur wang, kerana kerajaan tidak stabil.

3. Umat Melayu melihat kerana politik kita berpecah. Padahal politik adalah wadah perjuangan sahaja. Politik menyebabkan kita berpecah kerana ada ahli politik yang tamak, bodoh sombong, tidak faham asas perjuangan. Ramai ahli politik yang obses dengan politik sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja yang dirasa perlu dikorbankan, demi kepentingan politik mereka. "End Justifies Means" (Matlamat Menghalalkan Cara) menjadi 'Usul Politik' mereka. Ini adalah politik 'Machivellian' yang menjadi ideologi mereka. Ramai yang begitu, tetapi tidak semua ahli politik yang Machivellian.

4. Rakyat terus dihimpit dengan masalah asas, beras naik, pengangguran, jenayah meningkat, isu pendidikan dan sebagainya. Apabila suasana politik negara tidak stabil, maka ruang 'kosong' ini akan dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang opportunist. Spekulasi dan eksploitasi bahasa pasaran sekarang. Pokoknya, kerana kerajaan sedia ada tidak kuat.

5. Pelancong akan tidak seronok melancong ke negara kita, sebab seperti kita datang rumah orang, tetapi suami dan isteri sedang bergaduh dalam rumah. Ataupun si suami dan isteri bermasam muka antara satu sama lain. Makanya, baik kita balik sahaja. Begitu juga nasib pelancong luar negara.

Kesimpulannya, adakah ketidakstabilan negara ini suatu proses kematangan demokrasi negara, yang mana kita akan menuju suatu keadaan yang lebih stabil? Ataupun satu 'bencana' negara, hasil keputusan pilihanraya 8 Mac yang lalu?

Mungkin buku
Fooled by Randomness oleh Nassim Nicholas Talib boleh membantu. Selamat membaca.

2 comments:

Anuar Manshor said...

Politik UMNO ialah politik boria atau politik dikir barat. Orang belakang atau awak-awak mengikut sahaja ketua di hadapan atau tukang karut.

muhd_abduhu said...

Salam Perkenalan,

Blog yang menarik. Sarat dengan pengetahuan.