Thursday, May 01, 2008

Cuti yang Tidak Cuti

Hari ini merupakan 1 Mei, hari pekerja. Satu Malaysia cuti. Tetapi Hari Pekerja ini tidak adil, kerana bukan semua yang meraikannnya dengan saksama. Mungkin yang bekerja ke'pejabat'an sahaja yang menikmati nikmat bercuti ini.

Bagi yang 'bekerja' mencari rezeki dengan membuka restoran, berniaga sendiri, pekerja pam stesyen minyak, pemandu bas dan teksi, peniaga kecil dan besar, mereka terus bekerja pada 1 Mei.

Apatah lagi bagi pendakwah, istilah 'cuti' mungkin agak ganjil dalam kamus aktiviti dakwah. Seorang ilmuwan Muslim, Ibn Rushd, dikatakan sepanjang hidup beliau hanya bercuti dua hari sahaja, iaitu ketika malam pernikahan beliau dan ketika hari bapanya meninggal. Banyak masa beliau diluangkan mengurus tugas qadi, menulis buku dan mengajar, termasuk berfikir tentang ummat.

Saya pada 1 Mei ini mengisi slot dengan rombongan pelajar Politeknik Johor Bahru yang menziarahi sekretariat di Anjung Rahmat. Mereka yang dalam siri lawatan ke UIAM, Pusat Nuklear Negara dan lain- lain, ambil kesempatan singgah sekretariat.

Saya bercakap mengenai kepimpinan dan aktiviti pelajar, kerana mereka yang datang merupakan kepimpinan pelajar Politeknik Johor Bahru.

Kepimpinan adalah by nature or nurture. Sebagai pemimpin pelajar, prinsip amar ma'ruf nahi munkar sangat penting. Ini antara 'guiding ideas' seperti yang digagaskan oleh Malek Ben Nabi. Kalau menjadi pemimpin, kita harus ada idealisme memimpin. Respon yang mereka berikan sangat memberansangkan.

Pokoknya, cuti adalah subjektif, tidak mengenal masa dan siapa.

No comments: