Thursday, December 27, 2007

SIARAN MEDIA 27 DISEMBER 2007/ 18 ZULHIJJAH 1428 : PKPIM MENGUTUK PEMBUNUHAN BENAZIR BHUTTO

SIARAN MEDIA 27 DISEMBER 2007/ 18 ZULHIJJAH 1428 : PKPIM MENGUTUK PEMBUNUHAN BENAZIR BHUTTO


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terkejut dengan pembunuhan Benazir Bhutto, mantan Perdana Menteri Pakistan yang ditembak dan dibom oleh kumpulan pengganas ketika mencari perdamaian politik di Pakistan. Pembunuhan beliau ini mencatatkan sebuah episod yang menakutkan dalam kita mencari proses kedamaian dan kemananan di muka bumi ini.

PKPIM mengutuk cara pembunuhan yang digunakan oleh sekumpulan pengganas, yang masih tidak diketahui sesiapa yang mengebom Benazir Bhutto secara kejam. Cara pembunuhan ini sangat tidak bertamadun dan menjijikkan, kerana menghilangkan nyawa seorang umat Islam secara sengaja yang terang- terang dilaknat oleh Allah SWT.

PKPIM mendoakan agar Allah SWT menyelamatkan bumi Pakistan daripada malapetaka besar dan menyelamatkan umat Islam yang beriman di sana. Takziah diucapkan atas kematian Benazir Bhutto. Al Fatihah...


MOHD HILMI RAMLI
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
820415- 08- 6031
019- 3068241
Anjung Rahmat, Bt 6
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
http://www.pkpim.net/

12.45 mlm (waktu Malaysia)

Friday, December 21, 2007

EID MUBARAK 1428


Semoga kita semua dapat menghayati semangat pengorbanan Eid Adha ini...

Sunday, December 16, 2007

Kunjungan teman2 lama...16 Disember 2007, Ahad

Singgah di rumah sdr Ikram (editor PTS) dan isteri Nisa'.
Bersama dgn Sdr Nabil Majdi di perpustakaan peribadi.

Saya dan isteri, Nabil dan Hana, Nadmin dan Fadliana di rumah saya.

Monday, December 10, 2007

NASIB BAHASA KITA

Saya baru terperasan, sebab ada ditulis dalam sisipan Klip Dewan Bahasa dalam suratkhabar Bharian baru2 ini bahawa nama 'Palace of Justice' yang kontroversi itu telah bertukar nama. Nama baru Istana tersebut ialah 'ISTANA KEHAKIMAN'. Apa2 pun, saya rasa gembira kerana Putrajaya mulai sedar akan kepentingan memartabatkan Bahasa Melayu dalam menamakan bangunan- bangunan kerajaan yang dibina di situ. Sebelum ini pun ada kontroversinya, kerana banyak nama bangunan di Putrajaya tidak membawa imej Malaysia, seolah2 kita berada di kota London atau Amsterdam. Sebagai contoh 'Parcel', 'Presint' dan banyak lagi.


Inilah contoh sikap terburu2 sesetengah pembuat dasar dalam negara ini. Banyak perkara yang telah terlajak dibuat, kemudian apabila ditegur, baru mahu mengubahnya. Contoh lain yang berkaitan dengan isu bahasa juga ialah 'Sure Heboh', kemudian menjadi 'Jom Heboh' sekarang ini.

Dalam sebuah stesyen televisyen, isu timbul ialah memperkenalkan 'Infotainment'; istilah 'moden' katanya.

Isu yang lebih mendasar pula, ialah pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Hampir lima tahun pelaksanaannya, sekarang ini baru timbul kesedaran supaya mengkaji semula dasar sonsang itu. Banyak artikel (Cikgu Rosli, Prof Isahak, Khalid, Prof Awang Sariyan dan ramai lagi cendekiawan dan NGO yang sedar) yang telah menegur dan menasihatkan akan rosaknya jika dasar itu dilaksanakan.

Kesimpulan yang saya boleh buat ialah:

1. Masih ramai pembuat dasar negara (pemimpin politik, media, masyarakat) yang tidak memahami budaya ilmu. Jika mereka faham dan menghayati budaya ilmu, tidak akan terjadi perkara macam ni. Mereka akan merujuk pakar dan cendekiawan ketika mencari nama yang sesuai. Buat mesyuarat bersama golongan pakar dan cendekiawan (contoh DBP, sasterawan, NGO dll). Ini tidak. Buat semberono, ditegur, melatah kemudian baru tukar baru. Bukankan satu pembaziran, kedangkalan dan keangkuhan kita? Sekaligus menunjukkan sikap 'bodoh sombong' kita.

2. Pemimpin yang tidak berbudaya ilmu, maka melahirkan pemimpin yang mempunyai pemikiran yang keliru. Bagi mereka, buatlah apa sahaja, biarkan nampak 'canggih semacam Barat'. Lalu, semuanya berkiblatkan Barat. Barat menjadi tanda aras kemodenan sebuah tamadun. Semua dasar berkiblatkan Bahasa Inggeris, gaya hidup Barat, corak berfikir Barat dan sebagainya. Pemimpin yang keliru ini juga melahirkan 'kader2' mereka yang berperangai spesis yang sama.

3. Nasib Bahasa Melayu tunggang terbalik walaupun negara mencapai 50 tahun kemerdekaan. Sepatutnya isu bahasa ini sudah selesai dan kita tumpukan kepada isu2 pembangunan negara yang lebih penting. Isu yang perlu dipandang ke hadapan ialah isu membangunkan universiti bertaraf dunia, membangunkan barisan pemimpin negara yang berjiwa besar, membina perpustakaan terbesar di rantau Asia, menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada mahasiswa dan sebagainya.

Maka, itulah kita pada hari ini.

"Kritik bukan tanda benci, kritik bukan nak jadi 'pembangkang', akan tetapi kritik kerana dikurniakan akal yang sihat untuk berfikir, berfikir kerana mahukan kebenaran dan kesempurnaan dalam hidup"- Falsafah Ahli Falsafah

Saturday, December 08, 2007

The Confession of Economic Hitman- John Perkins




Sebuah buku yang membongkar (lebih hebat dari siri Edisi Siasat dan 999) konspirasi peringkat tertinggi, melibatkan jaringan antarabangsa. John Perkins merupakan seorang agen khas yang bekerja di bawah National Security Agency US. Tugas beliau ialah membuat rundingan dengan negara2 luar US supaya mengadakan bisnes dengan US. Kebanyakkan negara yang beliau pergi ialah negara2 miskin dan merana, seperti Indonesia, Panama dan lain2.

Beliau menceritakan bagaimana Amerikanisasi mengambil tempat melalui proses rundingan bisnes itu ialah; apabila US menawarkan pinjaman kewangan atau membuka bisnes di negara miskin, akhirnya negara tersebut menanggung hutang sampai bila2. John Perkins mengakui, memang 'niat ikhlas' lagi suci dan murni US untuk memberi pinjaman wang kepada negara miskin, bertujuan meranapkan negara tersebut dengan hutang lapuk sampai kiamat yang ditanggung oleh pelbagai lapisan generasi. Akhirnya, negara yang menanggung hutang itu akan menyerahkan 'tengkuk' kepada US.

Proksi US ialah dengan World Banks, IMF, (mungkin AFTA?) dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik juga dalam buku ini ialah, pengakuan ikhlas lagi murni oleh si John Perkins ini bahawa US bersama agen rahsia mereka telah mengatur konspirasi dalam sesebuah negara. Malah lebih kurang hebat dalam buku 'Pawns in the Game' (Bidak2 di Papan Catur)

Sebagai contoh, zaman sebelum Shah Iran menaiki takhta kerajaan Iran pada 1970an. US telah merancang demonstrasi jalanan malah membiayainya menuntut Perdana Menteri Iran ketika itu meletak jawatan. Akhirnya, tekanan demi tekanan, Perdana Menteri itu jatuh, dan Shah Iran, boneka US naik jadi PM.

Ini memang terjadi dalam mana2 proses jatuh bangun sesebuah negara. US akan menaja gerakan menjatuhkan pemimpin kerajaan yang US tidak suka. John Hopkins telah 'bertaubat' dari dosanya, kerana takut dengan situasi yang berlaku hari ini. Beliau sendiri dalam buku itu ada menulis, "What Can We Do?". Beliau simpulkan, masyarakat dunia harus dicelikkan dengan konspirasi ini. Walaupun tidak mampu coup de tat White House En Bush di Washington DC dan mengambil alih kepimpinan US, ataupun berlawan secara fizikal dengan US, kita harus memotong lingkaran ganas (vicious circle) ini. Bagaimana? Sila baca buku ini.


Apa2 pun, buku ini bagus untuk mereka yang ingin mencari kebenaran daripada apa yang berlaku di sekeliling kita ini- mcm buku The Way World Works ceritakan juga..