Friday, November 30, 2007

Generasi Muda Tidak Minat Mengundi

Dalam NST 30 November, ada satu laporan oleh Merdeka Centre bahawa 1/ 3 golongan belia umur 20 hingga 35 tahun tidak mendaftar sebagai pengundi. Antara alasan mereka ialah 'satu undi tidak mampu mengubah kerajaan'. Alasan mereka ini wajar dipertimbangkan. Namun, perkara yang real dan penting diberi perhatian ialah, ini hakikatnya apa yang mereka fikirkan dan kesedaran mereka dalam pengurusan kewarganegaraan. Mereka tidak ambil peduli dengan situasi politik yang berlaku dan paling penting tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia.

Malah dalam sudut yang lain juga, mereka tidak minat memahami perkembangan politik negara apatah lagi dunia. Berikut jadual yg dipaparkan oleh Merdeka Centre mengenai kecenderungan belia hari ini.



Agenda mengkembirikan generasi muda sebenarnya sedang berlaku. Hiburan melampau dilambakkan kepada mereka tanpa kawalan, mahasiswa digertak dan dilayan seperti budak sekolah. Secara majoriti, perkembangan generasi muda sangat membimbangkan.

Sebab itu ada tokoh mengatakan, "Orang Melayu ini hanya memikirkan kesenangan hidup (makan, minum, projek, saham dll) sahaja, tidak fikir tentang hak Melayu, demokrasi, isu kemiskinan, pemimpin yang korup dll.". Telahan beliau ini sangat keras dan pukul rata. Tidak dinafikan ada juga yang telah berfikiran jauh, tetapi hanya minoriti sahaja.

Kita juga harus mengakui, kesedaran berpolitik dan memahamai hak asasi umat Melayu sebenarnya masih tidak kuat. Kita selesa dengan hidup yang kita ada ini selagi makan minum kita tidak terputus, walaupun gejala sosial semakin meningkat, pemimpin yang korup dibiarkan sahaja, institusi kehakiman dicemari dengan rasuah dll.

Saturday, November 10, 2007

10 NOVEMBER 2007, SEJARAH BARU MALAYSIA BARU BERMULA

Saya terasa kagum dan teruja dengan sikap rakyat Malaysia yang menuntut hak mereka melalui perhimpunan aman hari ini. Walaupun banyak sekatan dan ugutan yang dibuat, namun rakyat Malaysia mampu bangkit menunjukkan keberanian mereka!

Perhimpunan seperti ini jarang- jarang berlaku, yang mengumpulkan hampir 100,000 @ lebih sedikit manusia. Malaysia menjejak separuh dekad, menujukkan masih ada rakyat yang peka dan sedar tentang masa depan negara. Walaupun saya terlewat sedikit dan terperangkap jalan raya, akibat sekatan jalan raya (malah LRT turut berhenti setakat Dang Wangi sahaja).

Insyallah, satu permulaan yang baik untuk Malaysia!





Gambar2 Gelombang Kuning:

1. Malaysia- Today 1
2. Malaysia Today 2
2. Rockybru
3. Elizabeth Wong
4. Madruidd
5. Nik Nazmi