Saturday, December 08, 2007

The Confession of Economic Hitman- John Perkins




Sebuah buku yang membongkar (lebih hebat dari siri Edisi Siasat dan 999) konspirasi peringkat tertinggi, melibatkan jaringan antarabangsa. John Perkins merupakan seorang agen khas yang bekerja di bawah National Security Agency US. Tugas beliau ialah membuat rundingan dengan negara2 luar US supaya mengadakan bisnes dengan US. Kebanyakkan negara yang beliau pergi ialah negara2 miskin dan merana, seperti Indonesia, Panama dan lain2.

Beliau menceritakan bagaimana Amerikanisasi mengambil tempat melalui proses rundingan bisnes itu ialah; apabila US menawarkan pinjaman kewangan atau membuka bisnes di negara miskin, akhirnya negara tersebut menanggung hutang sampai bila2. John Perkins mengakui, memang 'niat ikhlas' lagi suci dan murni US untuk memberi pinjaman wang kepada negara miskin, bertujuan meranapkan negara tersebut dengan hutang lapuk sampai kiamat yang ditanggung oleh pelbagai lapisan generasi. Akhirnya, negara yang menanggung hutang itu akan menyerahkan 'tengkuk' kepada US.

Proksi US ialah dengan World Banks, IMF, (mungkin AFTA?) dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik juga dalam buku ini ialah, pengakuan ikhlas lagi murni oleh si John Perkins ini bahawa US bersama agen rahsia mereka telah mengatur konspirasi dalam sesebuah negara. Malah lebih kurang hebat dalam buku 'Pawns in the Game' (Bidak2 di Papan Catur)

Sebagai contoh, zaman sebelum Shah Iran menaiki takhta kerajaan Iran pada 1970an. US telah merancang demonstrasi jalanan malah membiayainya menuntut Perdana Menteri Iran ketika itu meletak jawatan. Akhirnya, tekanan demi tekanan, Perdana Menteri itu jatuh, dan Shah Iran, boneka US naik jadi PM.

Ini memang terjadi dalam mana2 proses jatuh bangun sesebuah negara. US akan menaja gerakan menjatuhkan pemimpin kerajaan yang US tidak suka. John Hopkins telah 'bertaubat' dari dosanya, kerana takut dengan situasi yang berlaku hari ini. Beliau sendiri dalam buku itu ada menulis, "What Can We Do?". Beliau simpulkan, masyarakat dunia harus dicelikkan dengan konspirasi ini. Walaupun tidak mampu coup de tat White House En Bush di Washington DC dan mengambil alih kepimpinan US, ataupun berlawan secara fizikal dengan US, kita harus memotong lingkaran ganas (vicious circle) ini. Bagaimana? Sila baca buku ini.


Apa2 pun, buku ini bagus untuk mereka yang ingin mencari kebenaran daripada apa yang berlaku di sekeliling kita ini- mcm buku The Way World Works ceritakan juga..

No comments: