Friday, November 30, 2007

Generasi Muda Tidak Minat Mengundi

Dalam NST 30 November, ada satu laporan oleh Merdeka Centre bahawa 1/ 3 golongan belia umur 20 hingga 35 tahun tidak mendaftar sebagai pengundi. Antara alasan mereka ialah 'satu undi tidak mampu mengubah kerajaan'. Alasan mereka ini wajar dipertimbangkan. Namun, perkara yang real dan penting diberi perhatian ialah, ini hakikatnya apa yang mereka fikirkan dan kesedaran mereka dalam pengurusan kewarganegaraan. Mereka tidak ambil peduli dengan situasi politik yang berlaku dan paling penting tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia.

Malah dalam sudut yang lain juga, mereka tidak minat memahami perkembangan politik negara apatah lagi dunia. Berikut jadual yg dipaparkan oleh Merdeka Centre mengenai kecenderungan belia hari ini.



Agenda mengkembirikan generasi muda sebenarnya sedang berlaku. Hiburan melampau dilambakkan kepada mereka tanpa kawalan, mahasiswa digertak dan dilayan seperti budak sekolah. Secara majoriti, perkembangan generasi muda sangat membimbangkan.

Sebab itu ada tokoh mengatakan, "Orang Melayu ini hanya memikirkan kesenangan hidup (makan, minum, projek, saham dll) sahaja, tidak fikir tentang hak Melayu, demokrasi, isu kemiskinan, pemimpin yang korup dll.". Telahan beliau ini sangat keras dan pukul rata. Tidak dinafikan ada juga yang telah berfikiran jauh, tetapi hanya minoriti sahaja.

Kita juga harus mengakui, kesedaran berpolitik dan memahamai hak asasi umat Melayu sebenarnya masih tidak kuat. Kita selesa dengan hidup yang kita ada ini selagi makan minum kita tidak terputus, walaupun gejala sosial semakin meningkat, pemimpin yang korup dibiarkan sahaja, institusi kehakiman dicemari dengan rasuah dll.

3 comments:

sunnah_forever said...

sedikit respons..mungkin masyarakat hari ini mengatakan kita hanya sibuk berbicara hal2 furu',akan tetapi hakikatnya tahap pemikiran kita masih rendah dan lemah serta tidak mampu untuk menghabiskan bacaan walau sebuah buku,apatah lagi untuk mengubah sebuah kerajaan pemerintah...wallhu'alam

Sukatikaulah said...

Golongan muda tidak mempunyai masa untuk mengundi kerana mereka terlalu sibuk untuk mengundi malaysian idol,akademi fantasia dan banyak lagi pogram2 yang menyediakan undian secara pesanan ringkas.

Anonymous said...

Betul. Generasi muda suka mengundi realiti program, sampaikan ada mak bapak yang bagi sokongan. Mak bapak mcm ni tak berguna, merosakkan anak. aku setuju