Saturday, September 01, 2007

Macam- macam...

Alhamdulillah, kerja amar ma'ruf nahi mungkar yang kita buat mendapat tentangan daripada sesetengah orang yang tidak suka. Memang normal pun, kalau semua yang kita buat mendapat pujian, dihampar dengan karpet merah, dipuja dan diraikan, memang mustahil. Nak memenuhi hati semua orang juga mustahil.

Saya diprovok beberapa kali oleh 'manusia' yang tidak dikenali mengenai pendirian PKPIM dengan konsert Stefani yang sudah pun berlangsung 21 Ogos lalu. Kita pun telah bertemu dengan penganjur berbincang dari hati ke hati tentang isu ini. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana sudi berbincang dengan kami.

Isunya sudah selesai. Tiada siapa yang kalah dan tiada yang menang. Jika pun konsert itu sudah berlansung, bukan bermakna kami sudah kalah. Pendirian dan mesej kami sudah disampaikan. Itulah kemenangan hakiki apabila menyatakan sesuatu pandangan membetulkan kesilapan (amar ma'ruf dan nahi munkar).

Ada yang mengatakan, kenapa kami sibuk dengan artis sorang tu je? Walhal banyak lagi isu- isu besar yang ada. Iya, kita tidak pernah meninggalkan isu2 besar yang difikirkan sesuai untuk menyatakan pendirian kami. Cuma mungkin, kebetulan media berminat bermain dengan isu itu lalu heboh satu Malaya dan seantaro dunia. (memang bukan nak menyalahkan media silap pilih isu). Banyak kenyataan dan pendirian yang kita pernah buat. Antaranya mendesak seorang Menteri Kabinet untuk minta maaf kerana tidak sensitif dengan isu penyerahan memorandum 10 Menteri bukan Islam kepada Perdana Menteri. Isu rasuah di kalangan orang besar pun kita ada buat. Respon kita kepada kezaliman ISA, dan banyak lagi. Boleh taip PKPIM di enjin Yahoo atau Google.

Hari Khamis lepas, dua orang wartawan Asian Times datang ke pejabat kami untuk menemuramah kami tentang isu bantah konsert itu. Come on la bro..kami tidak diminta untuk mendapat liputan berpanjangan macam ini. Perbincangan kami tidak kepada isu itu sahaja, banyak isu besar yang kami bincang atas permintaan saya dan persetujuan beliau. Antaranya beliau bertanyakan Malaysia negara Islam, komen tentang Malaysia 50 Tahun, kenapa Islam larang seks sebelum kahwin, Islam di Malaysia dan pelbagai lagi. Wartawan itu (Lelaki dari United States, lupa nama) memasang kamera video bagi merekodkan perbualan kami, sebagai bahan kajian beliau,

Selepas perbincangan itu, kami berborak tentang pelbagai isu penting, antaranya berdialog tentang agama. Beliau merupakan penganut free thinker. Banyak isu kontra yang beliau bangkitkan, seperti kenapa agama perlu ada moral, bukankah macam 'penjara' yang memetakkan manusia dalam kerangka yang mencengkan, kenapa Islam potong tangan pencuri dan lain- lain. Alhamdulillah, dialog menjadi perbualan yang mesra dan menarik, kerana tidak ada yang ego, provok, prejudis dan naik suara.

Oklah. Kesimpulannya, PKPIM tidak pernah menjadikan isu bantah konsert itu sebagai sebuah matlamat besar. Cuma picisan sahaja pun. Memang banyak lagi isu besar dan penting yang boleh didahulukan. Ada orang tanya, kenapa tidak bangkitkan isu2 rasuah orang2 besar? Kenapa juga perlu PKPIM mengikut telunjuk orang 'luar' untuk membuat sesuatu? Yang penting, amar ma'ruf nahi munkar akan sentiasa berjalan sama ada dengan kuasa, mulut dan hati yang membenci. Wallahu'alam.

No comments: