Tuesday, September 18, 2007

DUA MADRASAH, SATU MATLAMAT...

Alhamdulillah, seminggu yang lepas baru selesai mu'tamar PKPIM Pusat. Setahun memimpin PKPIM rasanya tidak banyak yang mampu dilaksanakan. Sekali lagi, diberi kepercayaan oleh ahli2 Majlis Kebangsaan Pelajar Islam (MKPI), teman2 exco dan teman2 perwakilan untuk menyambung tenure presidency, rasanya tugasnya semakin mencabar. Boleh saya ibaratkan, setahun pertama sebagai tahun 'percubaan', trial n error, dan banyak kelemahan sudah pasti. Saya terima kritikan, komen secara terbuka. Apabila memegang amanah jawatan, apa yang pasti, ianya bukan suatu kebanggaan yang perlu kita mashurkan, bukan juga 'habuan' keduniaan setelah mungkin kita aktif dalam organisasi. Jawatan adalah amanah yang perlu disempurnakan dengan baik.


Sekarang ini sudah Ramadan (masuk hari keenam), Alhamdulillah kita dipertemukan dengan sang Ramadan, bulan yang penuh Rahmah, Maghfirah, Barakah. Kita harus memaksimumkan bulan Ramadan ini untuk berebut ganjaran pahala yang telah dijanjikan. Sebagai individu Muslim yang bercita besar, bulan Ramadan ini sepatutnya menjadi 'madrasah ruhaniah' kita untuk memperbaiki diri. Ulama ada berkata, jika sebulan Ramadan, kemudian kita masih mengulangi perangai lama (kekal dalam maksiat, lambat solat, susah buat amalan sunat dll), bermakna Ramadan yang kita lalui tiada keberkatan. Macam kita masuk sekolah atau universiti, tiga atau empat tahun, kalau ilmu dan kelakuan masih sama, seperti mana yang sebelum masuk sekolah atau universiti, maka itu tandanya kita tidak mendapat apa2 sepanjang waktu itu.


Oleh itu, kita sama2 menyeru Ramadan ini sebagai medan memperhebat amal, pembinaan ruhiah yang mantap, pereratkan ukhwah sesama Muslim, kerana sebelas bulan mendatang merupakan medan perjuangan kita yang sebenar dan penuh dengan onak duri. Ramadan ini 'madrasah' muhasabah dan mengumpul kekuatan!

No comments: