Thursday, August 02, 2007

Racism?Radicalism? Emotionalism? Is it Malaysia at 50?

Satu protes yang telah dibuat semata menghalang satu konsert tajaan sebuah syarikat pra- bayar, menjemput artis simbol hegemoni Amerika telah mendapat tentangan yang hebat. Banyak komen yang bersifat tidak 'hormat', 'melenting' dan rasisme agama dihamburkan.

Semua ini di'sampah'kan dalam ruangan komen dan chatting room. Kita bertanya (baca: Orang Islam), apakah kita membuat suatu yang silap? Rasanya, kita sekadar melakukan tanggungjawab 'amar ma'ruf dan nahi munkar' sahaja. Sekadar itu.

Mengapa 'melenting' sangat- sangat? entahla, mengikut hipotesis saya, ada beberapa perkara yang memungkinkan 'mereka' menjadi sebegitu:

1. Mereka penyokong fanatik artis tersebut. Lalu jika 'tersentuh, terkritik' sikit, maka jagalah!
2. Tidak hormat adat budaya dan nilai sedia ada. Sepatutnya mereka perlu faham sensitiviti nilai yang sedia ada. Komen yang ditinggalkan pun bersifat rasis dan fanatisme. Menggambarkan 'seorang' individu yang tidak hormat agama lain. Makhluk ini tidak sesuai tinggal di bumi ini.

Perlu ditegaskan, kita sangat objektif dalam hal ini. Kita toleran dengan hiburan dan konsert. Namun, kemuncaknya, inilah protes kami untuk menyampaikan mesej bahawa :
1. Penganjur perlu bersikap 'socially responsible' kepada masyarakat. Bukan melambakkan segala jenis hiburan.
2. Penyanyi jemputan perlu tertakluk kepada adat budaya masyarakat sini. Sini bukan 'hutan' yang ada 'undang- undang Rimba', yang mempunyai 'aktor Tarzan', yang dedah sana, dedah sini.

Akhirnya, kita masih hormat semua agama dan kaum di negara ini

*Minta maaf. Blog ini bukan tempat untuk men'sampah'kan komen yang macam rasisme dan radikalisme. Boleh berdialog, tetapi dengan adab.

6 comments:

Anonymous said...

kalau engkau hebat sangat, buatlah protes dan menumpahkan kerajaan yang tak guna yang kebetulan diketuai dari segolongan besar melayu yang beragama islam (kononnya alim) yang mempunyai sifat sifat yand berikut:

1. malas
2. bodoh
3. makan rasuah
4. mementingkan diri sendiri
5. asyik menggunakan islam dan hak bumiputra untuk merompak dari rakyat malaysia

Is it Malaysia at 50? kamu ingat yang Gwen stefani datang sini untuk satu malam boleh mengotorkan fikiran berjuta rakyat malaysia? adakah itu sangat penting?

kalau engkau nak berjuang, juangkanlah untuk tanah air kita... tanya diri sendiri....adakah para para artis seperti Gwen yang mengakibatkan kerajaan yang terdiri dari rakyat islam melayu begitu jahil dan memakan rasuah berjuta juta ringgit sementara rakyat berderita?

kalau engkau ada masa, tumpangkan lah sedikit masa untuk berjuang untuk rakyat dan bukan semata mata mahu buat kacau aje pasal Gwen Stefani....

Pasal moral? siapakah anda untuk membuat keputusan apa itu bermoral dan apa yang tidak?

anwarshazali said...

anda menulis seolah-olah ushaa itu sudah pun anda lakukan. di mana letak maruah anda sebagai manusia? bersikap pengecut tanpa meletakkan nama menammpakkan anda seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap apa yang anda buat.

tidakkah jika dibiarkan sahaja konsert gwen yang satu ini akan seolah-olah memberikan keizinan kepada konsert-konsert yang membawa masuk artis-artis yang tidak memberikan tauladan kepada masyarakat Malaysia di masa akan datang? kerana itu, konsert gwen ini perlu dihentikan.

anda bangkitkan isu rasuah di tempat yang salah. saya cabar anda untuk buktikan dengan bangkit ke muka keadilan! saya tidak nafikan kebenaran yang anda bangkitkan tetapi anda merojakkan isu ini dengan mencampur adukkan isu gwen dengan isu lain.

Ex-pkpim said...

isu rasuah adalah isu diperjuangkan oleh PKPIM dahulu.jika laporan polis dibuat oleh PKPIM tanpa bersama partai politik, ia akan lebih dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.rakyat sudah muak dengan rasuah berlaku.kita tidak boleh berharap kepada sesetengah partai politik sahaja memperjuangkannya. PKPIM perlu memainkan peranannya sendiri. Jangan ambil kes-kes yang tak jelas. Perjuangkan kes-kes yang sudah terangan2 berlaku seperti yang dilaporkan oleh GERAK misalnya.Semoga saudara hilmi dapat mengembalikan harapan rakyat kepada mahasiswa memperjuangkan isu rakyat!

-Jihan- said...
This comment has been removed by the author.
-Jihan- said...

21/Ogos/2007..Tarikh di mana sebahagian umat Islam di Malaysia ini sedang berseronok,terkinja-kinja, melompat-lompat dan bergembira bersama-sama Gwen Stefani sedangkan pada tarikh tersebut, kita sepatutnya memperingati peristiwa paling menyedihkan bilamana Masjid Al-Aqsa dibakar oleh seorang warga Australia, Dennis Michael Rohan pada tahun 1969..

Tragedi yang mencatat sejarah paling menyedihkan bagi umat Islam kerana ia merupakan Kiblat umat Islam yang pertama tetapi apa yang sebahagian drpd kita lakukan pada hari tersebut (21-Ogos)??

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yg banyak berkorban jiwa, harta dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanah air, kesucian dan maruah umatnya.. Anda pula bagaimana??

Sama-samalah kita renungkannya... Wallahu'alam.

anti_extremist said...

oh please! do u want to remember for the rest of your god damn life about a mosque being burned? would you like to have your revenge? so much hate.....as usual......muslims. see what i mean hilmi? would u like the entire world to stop living their life because of a mosque? aren't you guys not supposed to idolize? a place of worship = idolizing.

the hate for muslims come from your own people...no one else