Wednesday, August 01, 2007

Protes Gwen Stefani!


Kenyataan rasmi dari PKPIM mengenai konsert Gwen Stefani, bakal berlansung pada 21 Ogos nanti menimbulkan kemarahan sesetengah pihak. Setakat ini, pihak tersebut masih menggunakan nama samaran, dan mengecam secara radikal akan protes PKPIM itu. Kami mencadangkan agar dibatalkan konsert Stefani, artis dari US, bekas penyanyi kumpulan No Doubt, yang akan dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Kita berpendirian, bahawa penganjur (Hotlink) juga patut berhenti, kerana menanam saham menganjurkan konsert ini. Apakah rasionalnya penganjur menjemput artis yang sedemikian rupa, yang pasti tidak langsung membantu mendidik dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada generasi muda. Prinsip kita jelas, iaitu, "Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar".

Syarikat pra- bayar itu telah banyak menganjurkan konsert, yang maraton sifatnya. Paling mendukacitakan ialah, mengapa artis yang dijemput sudah jelas melanggar adab etika budaya masyarakat ini? Sebagai contoh kumpulan Pussycat Dolls, pada 2006. (boleh lihat koleksi gambar sepanjang konsert tersebut dalam www.hotlink.com.my). Jelas, sangat menjijikkan dan kurang ajar sekali mereka it, kerana seolah- olah negara kita ini tiada undang- undang dan adat budaya. Apakah mereka ingat negara kita ini 'hutan', yang mempunyai aktor 'tarzan', yang dedah sana, dedah sini?

Kurang ajar mereka sudah pasti suatu yang mereka sengaja lakukan. Mustahil mereka tidak tahu Malaysia merupakan majoriti beragama Islam, dan masih mempunyai nilai ketimuran yang terpelihara. Harus sahaja mereka diharamkan terus daripada menjejekakkan kaki di Malaysia!

Paling penting, kita kompromi dengan hiburan dan konsert. Namun demikian, artis yang ditaja membawa latarbelakang hegemoni Barat, yang bertujuan neo- kolonialisasi minda dan budaya orang kita. Proses Amerikanisasi dengan tujuan menguniformkan budaya kuning mereka kepada budaya kita perlu dihantar dengan mesej kita protes konsert itu!


(Sedutan kenyataan dalam web Reuters)

Malaysian group urges ban on Gwen Stefani concert
Tue Jul 31, 2007 4:59AM EDT

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia should pull the plug on the Kuala Lumpur leg of U.S. singer Gwen Stefani's upcoming Asian tour because of her indecent dressing and obscenity, a Muslim students' group said on Tuesday.

The 10,000-strong National Union of Malaysian Muslim Students said Stefani's August 21 concert, which is part of her 'Sweet Escape' tour, would clash with local Asian and Islamic values.

"Her video clips promoting the event are too obscene," Mohamad Hilmi Ramli, the group's president, told Reuters. "We want the organizers to cancel the concert, failing which we will ask the authorities to intervene."

Ethnic Malays, who are by definition Muslims, make up just over half of Malaysia's 26 million people. Ethnic Chinese and Indians, who are mostly Buddhists, Christians or Hindus, form sizeable minorities.

Hilmi also criticized Malaysian mobile phone firm Maxis Communications for promoting the concert.

"Maxis has been staging a series of foreign acts ... to make a profit and to expose our young generation to things such as moral decay," he said.

Maxis officials could not be immediately reached for comment.



© Reuters 2007. All rights reserved.

5 comments:

Mohd Nadmin said...

tahniah kepada PKPIM dan saudara presiden, Berg.. saya amat menyokong kenyataan yang anda keluarkan.."amar makruf..nahi mungkar"...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhammad Bukhori Bin Alias said...

saudara anonymous,

Daripada cara ko memberikan komentar terserlah ternyata kau bukanlah seorang yang meletakan penghargaan kepada akal,budi,adab dan hikmah di tempat tertinggi. Sikap orang-orang yang menjunjung tinggi nilai2 post modernisme dalam konteks mengikut desire di dalam memberi komen terdapat pada diriko dan kwn2 ko yang lain... kenapa ko minta nadmin balik rumah untuk berzina dgn mak dia? adakah perkara itu sudah sebati menjadi amalan percakapan ko hari2 atau pun ko pernah melakukan perkara sedemikian.. ko dan kwn2 ko anggap korang menjunjung tinggi nilai2 kebebasan, peradaban dan lain-lain.. tapi hipocracy sikap ko jelas dengan sikap tidak langsung hormat dan biadap pada seorang ibu, dan tidak menghormati agama dan kitab suci Al-quran... ternyata pengisian hidup ko sebagai seorang manusia yang sepatutnya menghargai peranan akal dan adab di dalam memberikan pandangan adalah lemah. komen ko pun didasarkan pada emosi... ni emosi sgt ni kenapa, kalo berani display kan nama ko eh... kita bicara cara rasional, bukan dgn cara bertuhankan emosi.

Anonymous said...

to bukhori:

apa citer ni? tak paham la.cuba perjelaskan lagi...apasal cakap tak senonoh macam tu?hormati la pandangan semua

-Jihan- said...

21/Ogos/2007..Tarikh di mana sebahagian umat Islam di Malaysia ini sedang berseronok,terkinja-kinja, melompat-lompat dan bergembira bersama-sama Gwen Stefani sedangkan pada tarikh tersebut, kita sepatutnya memperingati peristiwa paling menyedihkan bilamana Masjid Al-Aqsa dibakar oleh seorang warga Australia, Dennis Michael Rohan pada tahun 1969..

Tragedi yang mencatat sejarah paling menyedihkan bagi umat Islam kerana ia merupakan Kiblat umat Islam yang pertama tetapi apa yang sebahagian drpd kita lakukan pada hari tersebut (21-Ogos)??

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yg banyak berkorban jiwa, harta dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanah air, kesucian dan maruah umatnya.. Anda pula bagaimana??

Sama-samalah kita renungkannya... Wallahu'alam.