Wednesday, June 06, 2007

COGITO ERGO SUM



Semalam malam, (6 Jun 2007, Rabu), luangkan masa ziarah seorang sahabat, sdr Rashdan, yang juga merangkap setiausaha kerja pusat PKPIM. Pergi bersama sdr Naim, NPK dan adik, Suhail yang kebetulan sedang bercuti sekolah.

Sdr Rashdan sedang bercuti seminggu (dpt MC), sebab urat dalam lutut beliau terkoyak, gara- gara 'hiperaktif' ketika bermain futsal persahabatan antara PKPIM dan JKKK Wangsa Maju tiga minggu lepas. Beliau yang ketika itu terhentak lutut atas lantai, langsung lututnya bengkak, dan berjalan pun terheret- heret. Apa- apa pun, ziarah ini sekadar mahu memberi sokongan moral kepada beliau di samping menyempurnakan tuntutan agama.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah, bukan sahaja 'kerosakan' lutut sdr Rashdan itu, tetapi komuniti rumah flet yang termasuk sdr Rashdan sedang menginap hari ini. Secara umumnya, rumah flet dibina adalah untuk menampung kelompok manusia yang berpendapatan rendah. Seni binanya pun ringkas, dua bilik (sekarang dasar kerajaan mesti tiga bilik) dan terlalu sempit dan kecil. Apa yang menyedihkan ialah, memang satu cabaran membesarkan anak dan berkeluarga di kawasan rumah flet.

Maka tidak mustahil dan tidak boleh kita persalahkan kalau- kalau anak- anak keluarga rumah flet tidak melekat di rumah, lalu mencari alternatif di luar. Memang kondisi dalam rumah sangat tidak sesuai untuk pembesaran anak- anak. Kalau anak ada dua tiga tidak mengapa, kalau anak ramai macam mana? Laporan mengenai perlakuan anak- anak rumah flet memang banyak yang merisaukan. Banyak kes yang timbul ialah kerana rumah yang sepatutnya menjadi seperti rumahku, syurgaku tidak menjadi. Maka rumah dilihat sebagai 'hotel', atau lebih ektsrem ialah 'neraka dunia'. Manakan tidak, tidak ada privacy, sempit dll. Cuba bayangkan, kalau ada tiga anak perempuan, lima anak lelaki, di mana mereka mahu tidur? Berpakaian? Berehat?. Mungkin boleh disusun, semua anak lelaki tidur di ruang tamu, manakala anak perempuan tidur di bilik. Tetapi, bagaimana ianya dapat bertahan? Kalau datang pula tetamu, nak 'campak' mana?

Sebagai insan yang berperikemanusiaan (baca: mempunyai hati dan perasaan), menjadi common sense untuk sama- sama menginsafi kedaifan masyarakat rumah flet. Dalam banyak- banyak kemewahan yang kita dapat, sejauh mana rasa keinsafan timbul dalam lubuk hati kita? Bagaimana perasaan orang- orang kaya yang bermewah dengan harta? Bagaimana orang- orang politik yang sibuk mengejar kuasa? Bagaimana kita sendiri?

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa” (Riwayat Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Bukhari )

3 comments:

shamsiah said...

Assalamualaikum,
Buat pertama kali saya melihat awak menulis dalam bentuk cerita (but still ada unsur akademik). Baguslah macam tu.

Semoga kita dapat membantu rashdan

farah said...

salam...
pertama kali buka bog a. hilmi. best banyak info yang bermanfaat..
Cume nak bagi pendapat sikit tentang article yang di tulis.
Saya memang amat setuju bila dikatakan kawasan perumahan kos rendah terutama yang mempunyai hanya 2 bilik banyak mengundang masalah sosial. Saya pun tinggal di kawasan perumahan seperti itu dan memang saya sedar masalah yang melanda penduduk di situ. Gejala sumbang mahram, dadah, dan macam' lagi. Saya rasa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pemantauan anak' mereka dan penyerapan didikan agama adalah sangat penting. Kita tak boleh nak salahkan ibu bapa kerana tidak mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada anak' mereka dan saya fikir dasar kerajaan mewajibkan kawasan kos rendah mempunyai 3 bilik memang amat saya setujui.
Sekian itu, minta maaf kalau ayat yang di gunakan biasa jek, teruskan menulis article yang menarik dan semoga berjaya.

hilmi_madani said...

salam
terima kasih sudi membaca.
penempatan@tempat tinggal perlu dilihat sebagai keperluan yang wajib spt makan dan minum.maka memang tanggungjwab pihak berwajib menyediakan tempat tinggal yang paling sesuai. Kalau pusat hiburan,kompleks sukan dan pasaraya dapat dibina dengan mewah sekali,mengapa tidak pada tempat tinggal?