Friday, May 04, 2007

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2007



Pesta Buku Kuala Lumpur melanda kita sekali lagi. Seperti biasa, ada yang peduli, malah ada yang langsung tidak peduli. Pengalaman peribadi saya mengunjungi Pesta Buku kali ini seperti biasa, mungkin kerana sekali sahaja pergi. Tidak nampak apa- apa yang luar biasa dengan pesta buku ini. Namun, pujian dan kebangaan harus diucapkan kepada pengerak- penggerak kempen mencintai buku, melalui Pesta Buku ini.

Secara umum, boleh disimpulkan:
1. Semakin banyak penerbit- penerbit buku membuka gerai. Ini menunjukkan perkembangan yang positif apabila mereka berlumba- lumba untuk mempamerkan buku- buku yang terbaru dan terbaik. Ada 183 syarikat, tempatan 160, luar negara 23.

2. Buku- buku baru banyak dijual. Penerbit buku semakin peka dengan citarasa pembaca dan cara untuk menarik minat mereka. (Sebagai contoh: Syarikat Hidayah menerbitkan 'nota kecil' seperti kotak rokok, yang mengajar cara- cara berhenti rokok. Bentuk seolah- olah 'kotak rokok' itu menarik sekali. Buku- buku tentang Islam juga diterbitkan dalam bentuk yang segar dan bertenaga).

3. Memang budaya popular vs budaya serius masih membelenggu masyarakat kita. Gerai- gerai yang menjual buku- buku popular (novel, cinta dll) ramai yang mengunjunginya. Manakala buku- buku serius dan berat kurang pula yang datang, apatahlagi yang membelinya.

4. Ramai penulis diangkat menjadi selebriti menjadi tetamu/ datang berjumpa peminat. Satu tindakan yang positif, sekurang- kurangnya mengangkat martabat dunia penulisan dan ilmu. Malah ikon/ idola masyarakat bukan dimonopli oleh artis, ahli politik dan ahli sukan.

5. Bicara buku semakin semarak. Mungkin boleh jemput penulis- penulis terkenal luar negara tahun depan

6. Ada ruangan pameran deco; terutamanya bagi keluarga yang ingi memilki ruang membaca di rumah.

7. Pengunjung mungkin masih terpikat dengan nilai komersial sesebuah pesta buku. Tidak semestinya pesta yang banyak poster, iklan, mewah, cantik dll mampu menjanjikan pulangan yang menguntungkan. Pulangan wang mungkin, pulangan semangat membaca bagaimana? Pesta buku kali ini mengulangi tradisi yang lepas.

8. Ramai yang berkunjung; mungkin sempena dengan cuti Wesak dan Hari Pekerja. Mungkin melebihi tahun 2006 yang seramai 700, 000.

9. Dalam keghairahan untuk membeli buku, golongan pelajarlah yang terpaksa berkira untuk membeli, kerana ketidakcukupan wang untuk membeli. Mereka yang datang pasti terpikat. 'syahwat' (meminjam istilah Sdr Jaafar Rahim) dengan buku- buku, malah tenggelam dalam nikmat syurga buku yang ada (mungkin belum mencapai taraf seperti Frankfurt Book Festival), namun itulah golongan pelajar. Semoga untuk akan datang, golongan pelajar yang ghairah untuk membeli buku, namun tidak cukup wang, mereka ini dibantu oleh Pusat Zakat, ASTRO, universiti atau tokoh korporat yang lain. Duit yang ada lebih berfaedah diberi kepada golongan ini (anak muda yang ghairah membaca) daripada dilaburkan ke Konsert Akademi Fantasia, Sure Heboh dan lain- lain.

No comments: