Tuesday, March 27, 2007

SIAPA IDOLA KITA?

Siapa Idola Generasi Muda Hari Ini?


Maulidur Rasul Sallahu'alahi Wasalam akan menjelma tidak lama lagi. Seperti biasa, orang awam tidak akan sedar akan akan peristiwa besar ini. Bagi mereka, mungkin apalah istimewanya sambutan kelahiran manusia yang bernama Muhammad ini. Muhammad mungkin tidak sepopular artis- artis yang sentiasa menghiasai majalah- majalah dan media- media hiburan, yang sentiasa dikilaui lampu- lampu kamera yang kemilau. Dunia gemilang dan popular memang seronok bagi kelompok awam ini. Muhammad juga mungkin tidak sehebat selebriti- selebriti sukan yang bijak beraksi di padang seperti Zidane atau Ronadilnho, atau sekaya pemain golf terkenal Tiger Woods. Malah Muhammad juga bukanlah orang kaya yang telah meninggalkan rumah banglo yang besar, kereta Ferrari yang terbaru, anak bini yang bermacam ragam. Semua ini memang ciri- ciri yang sangat diminati dan dikenali di kalangan orang awam hari ini. Maka tidak mustahillah Muhammad tidak dikenali, kerana tidak berada dalam kelompok tersebut.


Namun, bagi sesiapa yang menghargai nikmat Iman, maka Muhammadlah orang pertama yang dicintai dan disayanginya. Tanpa Muhammad yang Mulia ini, mereka mungkin tidak menikmati nikmat Iman ini. Gelagat manusia awam hari ini terhadap Muhammad Sallahu'alahi Wasalam sangat menakutkan. Mereka seolah- olah tidak langsung menghargani manusia agung bernama Muhammad ini.


Benarlah kata pujangga, hari ini generasi muda terutamanya "Ramai idola, akan tetapi kemarau teladan". Manakan tidak, banyak program- program realiti TV yang ingin mencari idola dan superstar, namun akhirnya apakah mereka berjaya menjadi contoh taludana yang baik kepada generasi mereka?


Mungkin ada yang baik, namun yang tidak baik pun banyak juga. Kemarau teladan inilah menyebabkan salah satu punca gejala keruntuhan moral di kalangan generasi muda, Bagi kelompok liberal, istilah 'kejatuhan moral' tidak ada dalam kamus mereka, sebab apa namanya 'moral' di dunia ini!


Bagi mereka, manusia yang homoseksual juga bermoral, kerana menuruti nafsu mereka yang sememangnya satu hak asasi seorang manusia. Malah pasangan remaja bercinta sambil memegang tangan dan memeluk juga ada moralnya, kerana itulah tanda sejati sebuah percintaan!,(baca: cinta tanpa pegang suatu yang perlu bagi mereka) (baca 2: sila rujuk filem Mukhsin).


Berbalik kepada Muhammad Sallhu'alaihi Wasalam, manusia yang mulia yang menjadi kekasih Allah Ta'ala. Siapalah kita kalau Muhammad ini tidak diutuskan. Dalam dunia hari ini, bagaimana untuk kita menyatakan kasih sayang kita kepada junjungan besar Muhammad Sallahu'alahi Wasalam ini? Sudah pasti berselawat, membaca sirah Baginda, mengikut sunnah Baginda dan meninggalkan larangan baginda merupakan antara yang mesti. Saya ingin berkongsi mengenai satu buku yang sangat mulia, iaitu Syamail Muhammadiah, merupakan koleksi Hadith oleh Imam Tirmizi yang memuatkan sebuah Hadith tentang kesempurnaan Baginda Sallahu'alahi Wasalam. Ulama ada mengatakan, barangsiapa memiliki buku ini, seolah- olah Rasul Sallahu'alahi Wasalam berada dalam rumah kita.


Buku Syamail Muhammadiah memuatkan tentang keperibadian Rasul Sallahu'alahi Wasalam yang bersifat peribadi, seperti raut wajah Baginda, rambut, badan, pergaulan, cara makan minum, wangian Baginda dan pelbagai lagi.


Oleh itu, milikilah buku yang mulia ini.....(sorry, to be continued)

No comments: