Monday, January 29, 2007

Gerakan Islam vs Globalisasi

Benjamin Barber dalam bukunya, Jihad vs Mc World mengatakan, dalam dunia globalisasi ini, kita sebagai penduduk perkambungan global ini tidak boleh berkata 'No' untuk apa jua pilihan aliran yang datang. Sama ada aliran pemikiran, gaya hidup, agama dan sebagainya. Proses Amerikanisasi mengakar dalam aliran hidup kita. Kalau kita lari, bermakna kita lari dari masalah. Itu bukannya menyelesaikan masalah, akan tetapi merumitkan lagi masalah.

Oleh itu, kita harus bijak memberi pilihan yang terbaik antara pilihan yang ada. Sememangnya ia memerlukan pandangan agama yang benar. Islamic Worldview atau pandangan hidup berteraskan Islam amat penting dalam membimbing kita.Apakah Islamic Worlview?

No comments: