Thursday, December 27, 2007

SIARAN MEDIA 27 DISEMBER 2007/ 18 ZULHIJJAH 1428 : PKPIM MENGUTUK PEMBUNUHAN BENAZIR BHUTTO

SIARAN MEDIA 27 DISEMBER 2007/ 18 ZULHIJJAH 1428 : PKPIM MENGUTUK PEMBUNUHAN BENAZIR BHUTTO


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terkejut dengan pembunuhan Benazir Bhutto, mantan Perdana Menteri Pakistan yang ditembak dan dibom oleh kumpulan pengganas ketika mencari perdamaian politik di Pakistan. Pembunuhan beliau ini mencatatkan sebuah episod yang menakutkan dalam kita mencari proses kedamaian dan kemananan di muka bumi ini.

PKPIM mengutuk cara pembunuhan yang digunakan oleh sekumpulan pengganas, yang masih tidak diketahui sesiapa yang mengebom Benazir Bhutto secara kejam. Cara pembunuhan ini sangat tidak bertamadun dan menjijikkan, kerana menghilangkan nyawa seorang umat Islam secara sengaja yang terang- terang dilaknat oleh Allah SWT.

PKPIM mendoakan agar Allah SWT menyelamatkan bumi Pakistan daripada malapetaka besar dan menyelamatkan umat Islam yang beriman di sana. Takziah diucapkan atas kematian Benazir Bhutto. Al Fatihah...


MOHD HILMI RAMLI
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
820415- 08- 6031
019- 3068241
Anjung Rahmat, Bt 6
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
http://www.pkpim.net/

12.45 mlm (waktu Malaysia)

Friday, December 21, 2007

EID MUBARAK 1428


Semoga kita semua dapat menghayati semangat pengorbanan Eid Adha ini...

Sunday, December 16, 2007

Kunjungan teman2 lama...16 Disember 2007, Ahad

Singgah di rumah sdr Ikram (editor PTS) dan isteri Nisa'.
Bersama dgn Sdr Nabil Majdi di perpustakaan peribadi.

Saya dan isteri, Nabil dan Hana, Nadmin dan Fadliana di rumah saya.

Monday, December 10, 2007

NASIB BAHASA KITA

Saya baru terperasan, sebab ada ditulis dalam sisipan Klip Dewan Bahasa dalam suratkhabar Bharian baru2 ini bahawa nama 'Palace of Justice' yang kontroversi itu telah bertukar nama. Nama baru Istana tersebut ialah 'ISTANA KEHAKIMAN'. Apa2 pun, saya rasa gembira kerana Putrajaya mulai sedar akan kepentingan memartabatkan Bahasa Melayu dalam menamakan bangunan- bangunan kerajaan yang dibina di situ. Sebelum ini pun ada kontroversinya, kerana banyak nama bangunan di Putrajaya tidak membawa imej Malaysia, seolah2 kita berada di kota London atau Amsterdam. Sebagai contoh 'Parcel', 'Presint' dan banyak lagi.


Inilah contoh sikap terburu2 sesetengah pembuat dasar dalam negara ini. Banyak perkara yang telah terlajak dibuat, kemudian apabila ditegur, baru mahu mengubahnya. Contoh lain yang berkaitan dengan isu bahasa juga ialah 'Sure Heboh', kemudian menjadi 'Jom Heboh' sekarang ini.

Dalam sebuah stesyen televisyen, isu timbul ialah memperkenalkan 'Infotainment'; istilah 'moden' katanya.

Isu yang lebih mendasar pula, ialah pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Hampir lima tahun pelaksanaannya, sekarang ini baru timbul kesedaran supaya mengkaji semula dasar sonsang itu. Banyak artikel (Cikgu Rosli, Prof Isahak, Khalid, Prof Awang Sariyan dan ramai lagi cendekiawan dan NGO yang sedar) yang telah menegur dan menasihatkan akan rosaknya jika dasar itu dilaksanakan.

Kesimpulan yang saya boleh buat ialah:

1. Masih ramai pembuat dasar negara (pemimpin politik, media, masyarakat) yang tidak memahami budaya ilmu. Jika mereka faham dan menghayati budaya ilmu, tidak akan terjadi perkara macam ni. Mereka akan merujuk pakar dan cendekiawan ketika mencari nama yang sesuai. Buat mesyuarat bersama golongan pakar dan cendekiawan (contoh DBP, sasterawan, NGO dll). Ini tidak. Buat semberono, ditegur, melatah kemudian baru tukar baru. Bukankan satu pembaziran, kedangkalan dan keangkuhan kita? Sekaligus menunjukkan sikap 'bodoh sombong' kita.

2. Pemimpin yang tidak berbudaya ilmu, maka melahirkan pemimpin yang mempunyai pemikiran yang keliru. Bagi mereka, buatlah apa sahaja, biarkan nampak 'canggih semacam Barat'. Lalu, semuanya berkiblatkan Barat. Barat menjadi tanda aras kemodenan sebuah tamadun. Semua dasar berkiblatkan Bahasa Inggeris, gaya hidup Barat, corak berfikir Barat dan sebagainya. Pemimpin yang keliru ini juga melahirkan 'kader2' mereka yang berperangai spesis yang sama.

3. Nasib Bahasa Melayu tunggang terbalik walaupun negara mencapai 50 tahun kemerdekaan. Sepatutnya isu bahasa ini sudah selesai dan kita tumpukan kepada isu2 pembangunan negara yang lebih penting. Isu yang perlu dipandang ke hadapan ialah isu membangunkan universiti bertaraf dunia, membangunkan barisan pemimpin negara yang berjiwa besar, membina perpustakaan terbesar di rantau Asia, menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada mahasiswa dan sebagainya.

Maka, itulah kita pada hari ini.

"Kritik bukan tanda benci, kritik bukan nak jadi 'pembangkang', akan tetapi kritik kerana dikurniakan akal yang sihat untuk berfikir, berfikir kerana mahukan kebenaran dan kesempurnaan dalam hidup"- Falsafah Ahli Falsafah

Saturday, December 08, 2007

The Confession of Economic Hitman- John Perkins




Sebuah buku yang membongkar (lebih hebat dari siri Edisi Siasat dan 999) konspirasi peringkat tertinggi, melibatkan jaringan antarabangsa. John Perkins merupakan seorang agen khas yang bekerja di bawah National Security Agency US. Tugas beliau ialah membuat rundingan dengan negara2 luar US supaya mengadakan bisnes dengan US. Kebanyakkan negara yang beliau pergi ialah negara2 miskin dan merana, seperti Indonesia, Panama dan lain2.

Beliau menceritakan bagaimana Amerikanisasi mengambil tempat melalui proses rundingan bisnes itu ialah; apabila US menawarkan pinjaman kewangan atau membuka bisnes di negara miskin, akhirnya negara tersebut menanggung hutang sampai bila2. John Perkins mengakui, memang 'niat ikhlas' lagi suci dan murni US untuk memberi pinjaman wang kepada negara miskin, bertujuan meranapkan negara tersebut dengan hutang lapuk sampai kiamat yang ditanggung oleh pelbagai lapisan generasi. Akhirnya, negara yang menanggung hutang itu akan menyerahkan 'tengkuk' kepada US.

Proksi US ialah dengan World Banks, IMF, (mungkin AFTA?) dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik juga dalam buku ini ialah, pengakuan ikhlas lagi murni oleh si John Perkins ini bahawa US bersama agen rahsia mereka telah mengatur konspirasi dalam sesebuah negara. Malah lebih kurang hebat dalam buku 'Pawns in the Game' (Bidak2 di Papan Catur)

Sebagai contoh, zaman sebelum Shah Iran menaiki takhta kerajaan Iran pada 1970an. US telah merancang demonstrasi jalanan malah membiayainya menuntut Perdana Menteri Iran ketika itu meletak jawatan. Akhirnya, tekanan demi tekanan, Perdana Menteri itu jatuh, dan Shah Iran, boneka US naik jadi PM.

Ini memang terjadi dalam mana2 proses jatuh bangun sesebuah negara. US akan menaja gerakan menjatuhkan pemimpin kerajaan yang US tidak suka. John Hopkins telah 'bertaubat' dari dosanya, kerana takut dengan situasi yang berlaku hari ini. Beliau sendiri dalam buku itu ada menulis, "What Can We Do?". Beliau simpulkan, masyarakat dunia harus dicelikkan dengan konspirasi ini. Walaupun tidak mampu coup de tat White House En Bush di Washington DC dan mengambil alih kepimpinan US, ataupun berlawan secara fizikal dengan US, kita harus memotong lingkaran ganas (vicious circle) ini. Bagaimana? Sila baca buku ini.


Apa2 pun, buku ini bagus untuk mereka yang ingin mencari kebenaran daripada apa yang berlaku di sekeliling kita ini- mcm buku The Way World Works ceritakan juga..

Friday, November 30, 2007

Generasi Muda Tidak Minat Mengundi

Dalam NST 30 November, ada satu laporan oleh Merdeka Centre bahawa 1/ 3 golongan belia umur 20 hingga 35 tahun tidak mendaftar sebagai pengundi. Antara alasan mereka ialah 'satu undi tidak mampu mengubah kerajaan'. Alasan mereka ini wajar dipertimbangkan. Namun, perkara yang real dan penting diberi perhatian ialah, ini hakikatnya apa yang mereka fikirkan dan kesedaran mereka dalam pengurusan kewarganegaraan. Mereka tidak ambil peduli dengan situasi politik yang berlaku dan paling penting tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia.

Malah dalam sudut yang lain juga, mereka tidak minat memahami perkembangan politik negara apatah lagi dunia. Berikut jadual yg dipaparkan oleh Merdeka Centre mengenai kecenderungan belia hari ini.



Agenda mengkembirikan generasi muda sebenarnya sedang berlaku. Hiburan melampau dilambakkan kepada mereka tanpa kawalan, mahasiswa digertak dan dilayan seperti budak sekolah. Secara majoriti, perkembangan generasi muda sangat membimbangkan.

Sebab itu ada tokoh mengatakan, "Orang Melayu ini hanya memikirkan kesenangan hidup (makan, minum, projek, saham dll) sahaja, tidak fikir tentang hak Melayu, demokrasi, isu kemiskinan, pemimpin yang korup dll.". Telahan beliau ini sangat keras dan pukul rata. Tidak dinafikan ada juga yang telah berfikiran jauh, tetapi hanya minoriti sahaja.

Kita juga harus mengakui, kesedaran berpolitik dan memahamai hak asasi umat Melayu sebenarnya masih tidak kuat. Kita selesa dengan hidup yang kita ada ini selagi makan minum kita tidak terputus, walaupun gejala sosial semakin meningkat, pemimpin yang korup dibiarkan sahaja, institusi kehakiman dicemari dengan rasuah dll.

Saturday, November 10, 2007

10 NOVEMBER 2007, SEJARAH BARU MALAYSIA BARU BERMULA

Saya terasa kagum dan teruja dengan sikap rakyat Malaysia yang menuntut hak mereka melalui perhimpunan aman hari ini. Walaupun banyak sekatan dan ugutan yang dibuat, namun rakyat Malaysia mampu bangkit menunjukkan keberanian mereka!

Perhimpunan seperti ini jarang- jarang berlaku, yang mengumpulkan hampir 100,000 @ lebih sedikit manusia. Malaysia menjejak separuh dekad, menujukkan masih ada rakyat yang peka dan sedar tentang masa depan negara. Walaupun saya terlewat sedikit dan terperangkap jalan raya, akibat sekatan jalan raya (malah LRT turut berhenti setakat Dang Wangi sahaja).

Insyallah, satu permulaan yang baik untuk Malaysia!





Gambar2 Gelombang Kuning:

1. Malaysia- Today 1
2. Malaysia Today 2
2. Rockybru
3. Elizabeth Wong
4. Madruidd
5. Nik Nazmi

Monday, October 29, 2007

POLITIK KAMPUS DAN PEMBINAAN BUDAYA ILMU

Politik kampus dan pembinaan budaya ilmu
Utusan Malaysia, 25 Oktober 2007
Oleh MOHD. HILMI RAMLI

BAHANG pilihan raya kampus sesi 2007/2008 telah tamat. Isu demokrasi kampus yang diragut dengan ‘tangan-tangan’ rakus kuasa semakin berleluasa.

Episod penipuan, pengundi hantu, pembukaan semula pencalonan, kempen ala gerila, fitnah-memfitnah dan pelbagai lagi budaya politik luar telah menyerap politik kampus.

Memang, budaya pilihan raya yang sifatnya ‘zero-sum game’ telah membelah kepada kelompok menang dan kelompok kalah secara total. Yang menang terus menang menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Yang kalah mencari ruang untuk menyumbang, itu pun kalau mahu.

Namun demikian, kita harus sedar bahawa pilihan raya kampus merupakan sebahagian daripada episod manis, pahit, suka dan duka dalam kehidupan mahasiswa.

Rasanya dangkal jika mahasiswa tidak terlibat secara langsung atau membutakan mata dan memekakkan telinga mengenai hal ini. Politik kampus menjadi medan latihan untuk menjadi pemimpin. Namun, kita juga harus insaf, bahawa politik tidak mampu menyelesaikan segala-galanya.

Mahasiswa perlu melihat dimensi yang abadi dan kekal dalam universiti itu. Ia merupakan latihan yang datang setahun sekali. Malah sifatnya tidak kekal, akan mengalami perubahan mengikut keadaan.

Apa yang lebih penting ialah peranan mahasiswa menghidupkan budaya ilmu secara serius dalam universiti. Ini kerana, berdasarkan pengalaman sejarah, tiada langsung kitab atau buku yang merakamkan episod pemilihan perwakilan pelajar dalam sesebuah universiti!

Yang ada ialah penceritaan tentang keagungan dan kegemilangan universiti yang lalu mampu melahirkan ilmuwan, cendekiawan, intelektual dan tokoh masyarakat yang ulung. Hakikatnya ini perlu disedari jika kita benar merujuk dan menghayati budaya membaca.

Apabila mengatakan budaya ilmu, rasanya tidak terlambat untuk dikaitkan dengan Pelan Pengajian Tinggi yang dilancarkan September lalu. Ini kerana pelan ini berupaya membangkitkan semangat menghidupkan budaya ilmu secara tersusun, sekiranya aspek pembinaan manusia yang ‘kully’ atau universal dapat diwujudkan.

PKPIM menyambut baik usaha kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan Pelan Strategik ini bagi memastikan pengajian tinggi berada di landasan yang kukuh bagi menterjemah hala tuju pengajian tinggi negara. Apatah lagi KPT melalui pelan tindakan ini mahu menekankan pembangunan modal insan minda kelas pertama bagi mendukung dan menjayakan aspirasi negara untuk menjadi makmur, maju dan kompetitif.

Sebelum itu pun, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan ‘blue print’ Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010, bertujuan memperkasa pendidikan peringkat rendah.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan terus menyokong segala usaha bagi menaiktaraf kualiti pendidikan sekolah, menumpukan kepada pembangunan sekolah luar bandar dan merapatkan jurang pendidikan antara kaum. PKPIM akan terus menyatakan pendirian bersedia membantu dalam proses meletak betulkan (reposition) dan rekayasa (reengineer) sistem pendidikan kebangsaan kita supaya berkualiti dan berjaya mengikut acuan sendiri.

Dalam konteks Pelan Strategik KPT yang positif keseluruhannya, pelan ini seolah-olah mahu mengembalikan autoriti ilmu kepada pentadbiran. Pelan ini menyatakan bahawa; untuk menjadi sebuah Universiti Apex (universiti yang maju dan gemilang) - Naib Canselor dipilih seharusnya secara terbuka kepada mana-mana pihak yang layak tanpa mengira apa-apa sentimen sekalipun.

Namun, tidak terlintas langsung bahawa gerakan yang kita cintai ini cenderung kepada menghalang usaha murni kerajaan itu. Kalau ada pun seakan-akan mengkritik, itu nanti seharusnya dinilai sebagai cadangan bagi menambah nilai yang sedia ada. Anggaplah sahaja sebagai cadangan anak kepada ibu atau bapa bagi menguat dan memperkukuh keluarga besar - negara - yang kita cintai ini.

Erti dan Peranan Universiti

Terdapat beberapa kekeliruan pada masa ini tentang apakah sebenarnya fungsi sebenar sesebuah universiti. Apakah sekadar akan melahirkan manusia profesional yang hanya bersama akan membantu membangun negara? Atau hanya melahirkan graduan yang ingkar upaya untuk bersama-sama masyarakat? Atau akan melahirkan generasi yang hanya cerdik pandai tapi mungkir pada bakti? Hal ini menyebabkan ilmuwan tersohor kelahiran anak watan bersuara dalam puisinya seakan-akan membentak terhadap beberapa kekeliruan yang masih kuat mencengkam kita:

- Jika ibu-bapa hanya pintar melahirkan anak,

- Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja,

- Jika guru, pensyarah kehilangan arah, ilmu terpaku di dada ijazah,

- Jika peniaga bermain politik dan bertuhankan laba dan ahli politik memperniaga segala prinsip dan akhlak,

- Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komen,

- Adam akan menyesal dan Iblis akan ketawa besar.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud juga selain melalui puisi tersebut seringkali menyatakan bahawa bagi melahir dan menjamin kebahagiaan, kemakmuran dan kemajuan negara, kita mestilah banyak melabur dalam bidang pendidikan insan.

Pembangunan negara yang terbaik bagi sesuatu bangsa, bukan hanya banyak melahirkan graduan dari universiti, tetapi boleh terlaksana bila kualiti insan yang dilahirkan dari universiti tersebut. Tentu sahaja Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menyebut bahawa universiti adalah tempat melahirkan insan yang tinggi nilai adabnya.

Sudah jelaslah, cita-cita Universiti Apex yang diidam-idamkan itu mahu melahirkan sekurang-kurangnya 100,000 penduduk negara yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) atau kelayakan setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Secara umumnya, Universiti Apex bermaksud: “Pendekatan utama yang diperlukan untuk mencapai universiti berstatus dunia. Universiti Apex merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul”.

Apa yang menggusarkan kita ialah bukan jumlah PhDnya, tetapi nilai adab insan yang akan dilahirkan itu. Pada kita, Universiti Apex ini memang dan seharusnya bertaraf dunia tetapi tidak terikut-ikut pada takrifan Barat. Universiti yang cemerlang bukan hanya melahirkan graduan profesional tetapi juga melahirkan manusia yang mempunyai sifat insan.

Universiti di Barat yang semestinya dinilai bagus dan cemerlang di mata dunia itu belum tentu melahirkan manusia yang benar-benar beradab. Nilai-nilai adab manusiawi terkadang tidak kelihatan pada mereka.

Meninjau beberapa tafsiran falsafah membangunkan peradaban, Barat juga tidak kurang dengan idea-idea yang hebat. Mekanik contohnya, adalah berasal dari perkataan Yunani, ‘mechane’ yang bererti mesin.

Yang menariknya, ahli falsafah Perancis, La Mettrie pernah menulis buku pada abad ke 18 bertajuk L’ homme machine, yang bermakna Manusia - sebuah Mesin kerana mereka meninjau tubuh badan kita sebagai sebuah mesin yang mempunyai otot-otot.


Adab dan moral

Dari situlah nanti berasal perkataan mekanikal. Nah, seharusnya kita mampu menilai dalam melahirkan jurutera atau apa-apa bidang profesional yang lain perkara yang paling penting adalah adab dan moralnya.

Sudah tentu, adab yang dicari itu adalah dari akar-akar agama, falsafah, dan sifat kebudayaan yang tinggi nilai. Nilai inilah yang dilihat kurang dalam membangun kepentingan-kepentingan yang bersifat pragmatis seperti bidang teknikal, ekonomi, politik dan lain-lain.

Jika kepentingan-kepentingan pragmatis yang mahu dibangun itu tidak berakar dari pendidikan keagamaan atau setidak-tidaknya pendidikan kemanusiaan, maka akan berlakulah kepincangan keagamaan atau kemanusiaan terhadap graduan yang bakal lahir dari IPT.

Malangnya, aliran pendidikan masa kini sejak dua kurun yang lalu sangat tidak cenderung dengan agama. Yang ada hanya menonjolkan kejayaan pandangan alam sekular dan falsafah kebendaan. Tambah parah lagi, pada tahun 1998, Persidangan Pendidikan Tinggi Sedunia anjuran UNESCO turut mencerminkan sikap yang keliru dan mengetengahkan pendekatan bersifat sekular apabila ia sama sekali tidak mengiktiraf agama sebagai asas kepada pendidikan. Alasannya, kononnya kewujudan perbezaan-perbezaan agama telah menyebabkan pelbagai sengketa dalam sejarah manusia.

Oleh yang demikian, seharusnya universiti menjadi tempat melatih kita menjadi insan al-kulli ataupun menjadi manusia yang universal. Yang memahami tugas dan tanggungjawab. Malah, tidak kita lupakan juga bahawa, pilihan raya kampus yang dicemari dengan adegan kotor dan tidak bermaruah juga sebenarnya cerminan warga universiti dan masyarakat awam keseluruhannya yang masih tidak memahami hakikat penubuhan universiti dan peranannya.

* MOHD. HILMI RAMLI ialah presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp
y=2007&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Friday, September 21, 2007

MEMBANGUN TRADISI ILMU DI BULAN RAMADAN


MEMBANGUN TRADISI ILMU DI BULAN RAMADHAN

Ditulis oleh Adian Husaini

Suatu ketika, pada akhir bulan Sya’ban, Rasulullah saw berkhutbah di hadapan para sahabat :
‘’Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa agung dan lagi penuh keberkatan; yaitu bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan ; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’. Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu perbuatan di dalam bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu fardhu di bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, sedangkan kesabaran, pahalanya adalah surga. Ramadhan adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rizki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa yang memberi makanan berbuka di dalamnya kepada orang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari api neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikit pun berkurang.’’ (HR. Ibn Khuzaimah dari Salman r.a.; dikutip dari buku Pedoman Puasa, karya Prof. Hasbi Ash-Shiddieqy, 1986:20, dengan sedikit perubahan redaksi terjemahan).

Sebagai muslim yang meyakini hal-hal ghaib, semisal soal pahala dan dosa, maka kita perlu menyiapkan diri sebaik-baiknya dalam menyambut bulan Ramadhan. Di bulan inilah kita diberikan kesempatan untuk menabung pahala amal sebanyak-banyaknya, agar di akhirat nanti, timbangan amal baik kita lebih banyak daripada timbangan amal jahat; agar kita tidak muflis (bangkrut). Rasulullah saw menyebutkan adanya orang-orang muflis di hari kiamat. Yaitu orang-orang yang amal-amal baiknya habis dibagikan kepada orang lain. Orang seperti ini bangkrut karena semasa di dunia tidak menyelesaikan berbagai urusannya dengan orang lain, semisal masalah hutang, penyerobotan harta orang lain, penganiayaan, dan sebagainya. Karena itulah, seyogyanya kita memanfaatkan bulan Ramadhan untuk memperbanyak tabungan amal baik kita di akhirat.

Salah satu amal yang sangat tinggi nilainya di hadapan Allah adalah segala aktivitas yang berkaitan dengan urusan keilmuan, baik menuntut ilmu, mengajarkannya, atau segala aktivitas yang terkait dengan pengembangan keilmuan. Melalui ilmulah manusia dapat mengenal Allah dan memahami cara beribadah kepada-Nya dengan benar. Hanya dengan ilmu manusia dapat memahami mana yang benar dan mana yang salah, mana yang tauhid dan mana yang syirik, mana yang halal dan mana yang haram. Allah SWT menjanjikan:

”Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat.” (QS Al-Mujadilah:11)
Rasulullah saw juga bersabda:

”Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka Allah menjadikannya faqih (memahami dengan baik) dalam masalah agama (Islam) dan mengilhami petunjuk-Nya.” (Muttafaq alaihi).

”Ulama adalah pewaris para Nabi.” (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban).

”Manusia itu laksana barang tambang seperti tambang emas dan perak. Orang-orang yang terbaik di masa jahiliyah adalah orang-orang yang terbaik juga di dalam Islam, apabila mereka memahami Islam.” (Muttafaq alaihi, dari Abu Hurairah).

Umar r.a. berkata: ”Kematian seribu ’abid (ahli ibadah) yang mendirikan malam dan puasa di siang hari adalah lebih ringan daripada kematian seorang ’alim yang mengetahui apa yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah.”

Karena begitu pentingnya masalah keilmuan ini, maka Allah memerintahkan, dalam kondisi apa pun, maka masyarakat harus tetap memberikan perhatian terhadap ilmu.

Bahkan disaat perang sekali pun. ”Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu tentang agama.” (QS at-Taubah: 122). ”Maka tanyakanlah kepada orang yang mempunyai ilmu, jika kamu tidak mengetahui.” (QS an-Nahl: 43).
Rasulullah saw bersabda:

”Barangsiapa menempuh jalan yang padanya dia menuntut ilmu, maka Allah telah menuntunnya jalan ke surga.” (HR Muslim).

”Sesungguhnya malaikat itu membentangkan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang ia lakukan.” (HR Ahmad, Ibn Hibban, dan Hakim).

”Barangsiapa didatangi kematian dimana dia sedang menuntut ilmu untuk menghidupkan Islam, maka antara dia dan para Nabi di surga adalah satu tingkat derajat.” (HR Ad Darimi dan Ibn Sunni dengan sanad hasan).

Ibn Abbas r.a. berkata: ”Mendiskusikan ilmu pada sebagian malam lebih saya sukai daripada menghidupkan malam itu.”

Imam Syafii rahimahullah berkata: ”Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada shalat sunnah.” (NB. Hadits shahih dan hasan serta pendapat sahabat dikutip
dari Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Terjemahan oleh Drs. H. Moh. Zuhri, penerbit Asy-Syifa).

Para ulama yang merupakan pewaris para Nabi selama ini begitu gigih dalam mengembangkan keilmuan. Merekalah yang telah berjasa menjaga otentisitas Islam sehingga kita dapat mewarisi agama yang dibawa oleh Rasulullah saw ini. Kegigihan para ulama dalam mengembangkan keilmuan Islam begitu tingginya. Tradisi keilmuan itulah yang mampu mengantarkan kejayaan Islam dalam berbagai bidang kehidupan. Apalagi, saat misi Islam itu mendapat dukungan dari para penguasa yang baik.

Saat berkunjung ke Indonesia, Prof. Wahbah az-Zuhaili, penulis kitab al-Fiqh al-Islam wa Adillatuhu dan Tafsir al-Munir pernah ditanya, berapa jam beliau membaca dan menulis. Beliau menjawab: Tidak kurang dari 16 jam sehari. Imam Nawawi (w. 676 H), penulis Kitab Riyadhush Shalihin, al-Majmu’, dan Syarah Shahih Muslim, disebutkan bahwa beliau setiap hari belajar 8 cabang ilmu dari subuh sampai larut malam. Al-Mizzi, Ibn Katsir, Ibn al-Qayyim al-Jauziyah, Ibn Hajar, al-Suyuthi, al-Sakhawi, dan ulama besar lainnya, menyisihkan lebih dari 15 jam per hari untuk membaca dan menulis. (Kisah beberapa ulama ini dikutip dari buku Selangkah Lagi Mahasiswa UIN jadi Kiyai, karya Dr. Ahmad Lutfi Fathullah).

Karena begitu besarnya keberkahan dan pahala yang dijanjikan Allah di bulan Rmadhan, maka sayang sekali, jika bulan Ramadhan nanti tidak kita manfaatkan semaksimal mungkin untuk menuntut ilmu dan mengembangkan berbagai aktivitas keilmuan lainnya.
Disamping berbagai aktivitas ibadah lain, aktivitas keilmuan harusnya tetap menjadi aktivitas utama di bulan Ramadhan. Ada tradisi yang baik di berbagai pondok pesantren di Indonesia saat memasuki bulan Ramadhan. Biasanya, mereka mengadakan ’pasan’, berupa kajian kitab-kitab di bulan Ramadhan secara maraton. ara santri, baik yang pendatang musiman maupun santri tetap, diwajibkan mengkaji kitab-kitab mulai habis subuh sampai malam hari, dengan beberapa kali penggal istirahat.

Tradisi keilmuan yang baik ini perlu dikembangkan lebih jauh. Sudah tiba saatnya di bulan Ramadhan ini, majlis-majlis taklim dan masjid-masjid bukan hanya mengadakan acara baca Al-Quran, tetapi juga mengadakan kajian tentang aqidah dan pemikiran Islam, kajian tentang ulumul Quran, ulumul hadits, bahasa Arab, dan berbagai kajian bidang keilmuan Islam lainnya. Sebab, virus-virus perusak pemikiran dan aqidah Islam kini bergentayangan begitu bebas di tengah-tengah kita.

Beberapa tahun belakangan ini, kita menyaksikan, kaum liberal di Indonesia juga ikut-ikutan memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk menyebarkan paham mereka.
Biasanya dilakukan dengan membuat program-program tertentu di media massa atau memanfaatkan forum buka bersama yang melibatkan berbagai aktivis lintas agama. Di zaman ’serba bebas’ seperti sekarang, kita tentu tidak bisa melarang mereka.

Apalagi, mereka disokong oleh kekuatan-kekuatan media dan pendanaan global. Yang bisa kita lakukan adalah memahami dengan baik, maka ide yang benar dan mana ide yang bathil, dari mana pun datangnya. Kita hanya menyatakan, bagi kita amal kita dan bagi mereka amal mereka. Masing-masing akan bertanggung jawab di hadapan Allah nanti.

Mudan-mudahan Allah meberikan berkah kepada kita di bulan Sya’ban ini dan memberikan kesempatan kepada kita untuk memasuki bulan Ramadhan tahun ini dalam keadaan iman yang selamat dan badan yang sehat wal ’afiat. Amin. [Dpok, 1 September 2007/ www.hidayatullah.com]

Catatan Akhir Pekan [CAP] Adian Husaini merupakan kerjasama antara Radio Dakta 107 FM dan www.hidayatullah.com

Tuesday, September 18, 2007

SEPINTAS LALU...

(Ketika pertukaran belia Korea- ASEAN 2006, mewakili Malaysia. Bergambar di Gyanwone, antara lokasi drama cinta muda- mudi Winter Sonata)
(Bicara Siswa RTM, ketika Konvensyen Mahasiswa Melayu, anjuran GPMS 2006 di UIA)
(Ziarah Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, di perpustakaan peribadinya)
(Bersama Dr Mujahid Rabbani, mantan Perdana Menteri Afghanistan yang berjaya menghalau tentera Rusia di Afghan. Bersama beliau dalam satu program di Istanbul, Turki 2005.

DUA MADRASAH, SATU MATLAMAT...

Alhamdulillah, seminggu yang lepas baru selesai mu'tamar PKPIM Pusat. Setahun memimpin PKPIM rasanya tidak banyak yang mampu dilaksanakan. Sekali lagi, diberi kepercayaan oleh ahli2 Majlis Kebangsaan Pelajar Islam (MKPI), teman2 exco dan teman2 perwakilan untuk menyambung tenure presidency, rasanya tugasnya semakin mencabar. Boleh saya ibaratkan, setahun pertama sebagai tahun 'percubaan', trial n error, dan banyak kelemahan sudah pasti. Saya terima kritikan, komen secara terbuka. Apabila memegang amanah jawatan, apa yang pasti, ianya bukan suatu kebanggaan yang perlu kita mashurkan, bukan juga 'habuan' keduniaan setelah mungkin kita aktif dalam organisasi. Jawatan adalah amanah yang perlu disempurnakan dengan baik.


Sekarang ini sudah Ramadan (masuk hari keenam), Alhamdulillah kita dipertemukan dengan sang Ramadan, bulan yang penuh Rahmah, Maghfirah, Barakah. Kita harus memaksimumkan bulan Ramadan ini untuk berebut ganjaran pahala yang telah dijanjikan. Sebagai individu Muslim yang bercita besar, bulan Ramadan ini sepatutnya menjadi 'madrasah ruhaniah' kita untuk memperbaiki diri. Ulama ada berkata, jika sebulan Ramadan, kemudian kita masih mengulangi perangai lama (kekal dalam maksiat, lambat solat, susah buat amalan sunat dll), bermakna Ramadan yang kita lalui tiada keberkatan. Macam kita masuk sekolah atau universiti, tiga atau empat tahun, kalau ilmu dan kelakuan masih sama, seperti mana yang sebelum masuk sekolah atau universiti, maka itu tandanya kita tidak mendapat apa2 sepanjang waktu itu.


Oleh itu, kita sama2 menyeru Ramadan ini sebagai medan memperhebat amal, pembinaan ruhiah yang mantap, pereratkan ukhwah sesama Muslim, kerana sebelas bulan mendatang merupakan medan perjuangan kita yang sebenar dan penuh dengan onak duri. Ramadan ini 'madrasah' muhasabah dan mengumpul kekuatan!

Tuesday, September 04, 2007

IKLAN 2...


Gambar Perkahwinan Hilmi+ Ruzieta, 19 Ogos 2007, Ahad, Muar, Johor.





Saya beberapa kali diminta oleh rakan- rakan untuk melihat gambar walimah tempoh hari. Setelah beberapa kali 'terlupa', akhirnya mampu untuk download di blog ini. Gambar seterusnya akan muncul kelak. Bagi yang tidak kesempatan hadir, insyallah bulan November ini diadakan di Manjung.

Saturday, September 01, 2007

Macam- macam...

Alhamdulillah, kerja amar ma'ruf nahi mungkar yang kita buat mendapat tentangan daripada sesetengah orang yang tidak suka. Memang normal pun, kalau semua yang kita buat mendapat pujian, dihampar dengan karpet merah, dipuja dan diraikan, memang mustahil. Nak memenuhi hati semua orang juga mustahil.

Saya diprovok beberapa kali oleh 'manusia' yang tidak dikenali mengenai pendirian PKPIM dengan konsert Stefani yang sudah pun berlangsung 21 Ogos lalu. Kita pun telah bertemu dengan penganjur berbincang dari hati ke hati tentang isu ini. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana sudi berbincang dengan kami.

Isunya sudah selesai. Tiada siapa yang kalah dan tiada yang menang. Jika pun konsert itu sudah berlansung, bukan bermakna kami sudah kalah. Pendirian dan mesej kami sudah disampaikan. Itulah kemenangan hakiki apabila menyatakan sesuatu pandangan membetulkan kesilapan (amar ma'ruf dan nahi munkar).

Ada yang mengatakan, kenapa kami sibuk dengan artis sorang tu je? Walhal banyak lagi isu- isu besar yang ada. Iya, kita tidak pernah meninggalkan isu2 besar yang difikirkan sesuai untuk menyatakan pendirian kami. Cuma mungkin, kebetulan media berminat bermain dengan isu itu lalu heboh satu Malaya dan seantaro dunia. (memang bukan nak menyalahkan media silap pilih isu). Banyak kenyataan dan pendirian yang kita pernah buat. Antaranya mendesak seorang Menteri Kabinet untuk minta maaf kerana tidak sensitif dengan isu penyerahan memorandum 10 Menteri bukan Islam kepada Perdana Menteri. Isu rasuah di kalangan orang besar pun kita ada buat. Respon kita kepada kezaliman ISA, dan banyak lagi. Boleh taip PKPIM di enjin Yahoo atau Google.

Hari Khamis lepas, dua orang wartawan Asian Times datang ke pejabat kami untuk menemuramah kami tentang isu bantah konsert itu. Come on la bro..kami tidak diminta untuk mendapat liputan berpanjangan macam ini. Perbincangan kami tidak kepada isu itu sahaja, banyak isu besar yang kami bincang atas permintaan saya dan persetujuan beliau. Antaranya beliau bertanyakan Malaysia negara Islam, komen tentang Malaysia 50 Tahun, kenapa Islam larang seks sebelum kahwin, Islam di Malaysia dan pelbagai lagi. Wartawan itu (Lelaki dari United States, lupa nama) memasang kamera video bagi merekodkan perbualan kami, sebagai bahan kajian beliau,

Selepas perbincangan itu, kami berborak tentang pelbagai isu penting, antaranya berdialog tentang agama. Beliau merupakan penganut free thinker. Banyak isu kontra yang beliau bangkitkan, seperti kenapa agama perlu ada moral, bukankah macam 'penjara' yang memetakkan manusia dalam kerangka yang mencengkan, kenapa Islam potong tangan pencuri dan lain- lain. Alhamdulillah, dialog menjadi perbualan yang mesra dan menarik, kerana tidak ada yang ego, provok, prejudis dan naik suara.

Oklah. Kesimpulannya, PKPIM tidak pernah menjadikan isu bantah konsert itu sebagai sebuah matlamat besar. Cuma picisan sahaja pun. Memang banyak lagi isu besar dan penting yang boleh didahulukan. Ada orang tanya, kenapa tidak bangkitkan isu2 rasuah orang2 besar? Kenapa juga perlu PKPIM mengikut telunjuk orang 'luar' untuk membuat sesuatu? Yang penting, amar ma'ruf nahi munkar akan sentiasa berjalan sama ada dengan kuasa, mulut dan hati yang membenci. Wallahu'alam.

Wednesday, August 08, 2007

IKLAN: WALIMAH...

Assalamu'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ke hadapan teman- teman yang dikenali, sama ada jauh atau dekat, sekiranya kad jemputan tidak kesampaian sudilah saya menjemput ke walimah saya, Mohd Hilmi Ramli, dengan Ruzieta Mohd Jusak, pada 19 Ogos 2007, Ahad di Muar, Johor dan 25 November 2007, Ahad di Manjung, Perak.

Semoga kehadiran teman- teman dapat memberkati dan memeriahkan lagi majlis walimah kami.




Tuesday, August 07, 2007

Islamophobia

Islam is most misunderstood religion..inilah yang boleh diperkatakan hari ini. Boleh jadi kerana dua perkara, iaitu tidak memahami agama Islam dengan betul ataupun orang Islam sendiri yang 'memasalahkan' Islam sendiri.

Karen Amstrong semasa mengunjungi Malaysia Jun yang lepas, meluahkan rasa kasihan kepada nasib agama2 yang ada di dunia ini, kerana sepatutnya agama2 menjadi penghubung kasih sayang sesama penganut agama. Islam sudah tentu, walaupun mengiktiraf kepelbagaian agaman dan fahaman, namun tidak mengambil jalur keras dengan bersikap ekslusif dan juga jalur liberal dengan menyamakan semua agama menuju kebenaran yang sama.

Islamophobia menjadi sindrom sedunia, bahkan di Malaysia. Apabila amar ma'ruf dan nahi munkar dilihat sebagai satu ancaman, apabila da'wah dilihat sebagai satu gerakan fundamentalis, maka melahirkan persepsi yang menunjukkan Islam itu satu 'virus'. Satu visru yang boleh membunuh. Dalam konteks negara Malaysia yang majmuk sifatnya, menjadi satu cabaran untuk menganalkan Syariat Islam dan pada masa yang sama menghormati kepelbagaian agama dan fahaman. Konsep Muslim dan Kafir Zimmi atau Harbi mungkin sudah tidak sesuai hari ini.

Umat Islam perlu kepada fiqh bermasyarakat yang segar dan dinamik. Sheikh Qaradawi ada menulis buku Fiqh Minoriti, yang mengisarkan masyarakat minoriti Muslim di Eropah atau negara bukan Islam. Fiqh bermasyarakat boleh menghuraikan tentang kaedah dan prinsip yang boleh diamalkan. Fiqh ini boleh jadi dalam konteks siasah syar'iah, fiqh ibadat, fiqh pemikiran, atau fiqh dialog. Islamophobia perlu dijernihkan akhirnya.

Thursday, August 02, 2007

Blog Untuk Orang Yang Berfikir+ Beradab Sahaja


Terima kasih kepada pengunjung blog ini. Kepada yang
menyokong usaha PKPIM, terima kasih atas sokongan. Kepada
yang 'emosional, rasis dan radikalis', minta maaf, blog ini tiada
ruang untuk 'anda'.

Insyallah, selepas ini isu ini tidak akan lagi di'highlight' kan.
Kita akan melayan 'manusia' yang berfikir dan beradab sahaja.

Salam

Stefani Will Not Wear Revealing Costumes

Aug 2, 1:03 PM EDT

Stefani Concert in Malaysia Will Go On

By EILEEN NG
Associated Press Writer


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- Gwen Stefani will not wear revealing costumes during her Aug. 21 concert after Muslim students protested her sexy outfits and steamy performances.

Show organizer Maxis Communications Bhd. said the 37-year-old singer will follow the local code of ethics for foreign artists, which bans the unnecessary baring of skin.

"Gwen Stefani has confirmed that her concert will not feature any revealing costumes. She will abide by the Malaysian authorities' guidelines to ensure that her show will not be offensive to local sensitivities," the company said Thursday in a statement to The Associated Press.

Maxis, the country's biggest mobile phone company, hopes to attract some 9,000 people to the show, one of the stops on Stefani's Sweet Escape world tour.

The National Union of Malaysian Muslim Students, which has some 10,000 members, charged that Stefani's skimpy outfits and cheeky performances clashed with Islamic values.

"Her performance and her attire are not suitable for our culture. It promotes a certain degree of obscenity and will encourage youth to emulate the western lifestyle. The concert should be stopped," the union's vice president, Abdul Muntaqim, told the AP.

Ethnic Malay Muslims form about 60 percent of Malaysia's population, with ethnic Chinese and Indians of Christian, Buddhist and Hindu faiths forming most of the rest.

A senior official at the Culture, Arts and Heritage Ministry said enforcement officers would monitor the concert.

Under the official guide to performing in Malaysia, a female artist must be covered from the top of her chest to her knees. No jumping, shouting or throwing of objects onstage or at the audience is allowed. Performers cannot hug or kiss, and their clothes cannot have obscene or drug-related images or messages.



Gwen Stefani:

http://www.gwenstefani.com

Racism?Radicalism? Emotionalism? Is it Malaysia at 50?

Satu protes yang telah dibuat semata menghalang satu konsert tajaan sebuah syarikat pra- bayar, menjemput artis simbol hegemoni Amerika telah mendapat tentangan yang hebat. Banyak komen yang bersifat tidak 'hormat', 'melenting' dan rasisme agama dihamburkan.

Semua ini di'sampah'kan dalam ruangan komen dan chatting room. Kita bertanya (baca: Orang Islam), apakah kita membuat suatu yang silap? Rasanya, kita sekadar melakukan tanggungjawab 'amar ma'ruf dan nahi munkar' sahaja. Sekadar itu.

Mengapa 'melenting' sangat- sangat? entahla, mengikut hipotesis saya, ada beberapa perkara yang memungkinkan 'mereka' menjadi sebegitu:

1. Mereka penyokong fanatik artis tersebut. Lalu jika 'tersentuh, terkritik' sikit, maka jagalah!
2. Tidak hormat adat budaya dan nilai sedia ada. Sepatutnya mereka perlu faham sensitiviti nilai yang sedia ada. Komen yang ditinggalkan pun bersifat rasis dan fanatisme. Menggambarkan 'seorang' individu yang tidak hormat agama lain. Makhluk ini tidak sesuai tinggal di bumi ini.

Perlu ditegaskan, kita sangat objektif dalam hal ini. Kita toleran dengan hiburan dan konsert. Namun, kemuncaknya, inilah protes kami untuk menyampaikan mesej bahawa :
1. Penganjur perlu bersikap 'socially responsible' kepada masyarakat. Bukan melambakkan segala jenis hiburan.
2. Penyanyi jemputan perlu tertakluk kepada adat budaya masyarakat sini. Sini bukan 'hutan' yang ada 'undang- undang Rimba', yang mempunyai 'aktor Tarzan', yang dedah sana, dedah sini.

Akhirnya, kita masih hormat semua agama dan kaum di negara ini

*Minta maaf. Blog ini bukan tempat untuk men'sampah'kan komen yang macam rasisme dan radikalisme. Boleh berdialog, tetapi dengan adab.

Wednesday, August 01, 2007

Protes Atas Protes

Ini kenyataan rasmi PKPIM mengenai konsert tersebut:


SIARAN MEDIA 30 JULAI 2007/ 16 REJAB:PKPIM MEMBANTAH PENGANJURAN KONSERT GWEN STEFANI YANG DIJADUALKAN PADA 21 OGOS 2007.

Oleh: Mohd Hilmi Ramli
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa kesal di atas rancangan Syarikat Maxis Telekomunikasi Berhad menganjurkan konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos 2007 ini. Penganjuran konsert terbabit jelas menunjukkan yang ia bertentangan dengan budaya dan norma-norma kehidupan masyarakat timur. Kehadiran artis luar ini dikhuatiri akan mempersembahkan persembahan yang melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melihat kepada latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan. Tambahan pula tayangan iklan dan klip video artis tersebut dilihat tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

Tayangan iklan di televisyen berkenaan konsert sangat melucahkan, memberi kesan yang buruk kepada kanak- kanak. Berdasarkan pemerhatian PKPIM, Syarikat Maxis Telekomunikasi Berhad telah menganjurkan beberapa siri konsert artis luar negara, yang sebenarnya semacam bukan untuk mengangkat martabat industri kesenian negara, akan tetapi mengaut keuntungan dan mendedahkan generasi muda kepada kerosakan moral. PKPIM mempersoalkan sejauh mana sikap ‘corporate social responsibility’ pihak Maxis? Apakah niat sebenar Maxis menganjurkan konsert yang marathon sifatnya itu. Bukankah lebih baik Maxis menaja and membantu pendidikan pelajar miskin di kawasan pendalaman dan kampung- kampung? Kebanyakkan konsert yang dianjurkan menampilkan artis yang tidak senonoh, seperti Pussy Cat Dolls.

Mengikut kod 15.2 daripada suruhanjaya tersebut menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia adalah seperti berikut: i) pakaian hendaklah lengkap, kemas sopan dan tidak terlalu ketat ;ii)pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut iii) skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan iv) kain berbelah (slit) sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang hendaklah tidak melebih dua (2) inci di atas paras lutut.


Selain itu, kod 15.3 menyatakan bahawa Artis Lelaki dan Wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah: i) muka hendaklah tidak diconteng; ii) pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal; iii) pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberikan kesan jarang; iv) pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah; v) jenis-jenis pakaian hendaklah tidak mnembayangkan pemakainya tidak berpakaian; vi) baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional; vii) tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu; dan viii) perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran

Berdasarkan kod etika di atas, sememangnya artis yang bakal dijemput sudah melanggar kod etika tersebut. Bukan setakat kod tersebut, bahkan dari segi adab dan budaya pun sudah bertentangan. PKPIM melihat sudah ada kecenderungan di beberapa pihak seperti syarikat telekomunikasi yang berlumba-lumba mengadakan konsert di mana kebanyakan artisnya adalah artis luar negara yang jelas tidak mengetahui dan memahami kebudayaan masyarakat Malaysia. Trend ikutan budaya Barat terutama dari segi pemakaian semakin menjadi-jadi di Malaysia. Perkara ini bertambah buruk apabila ada pihak yang seakan-akan mengizinkan perkara ini berlaku.

Gejala hendonisme iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan lagi budaya yang tidak sihat ini. Sedangkan seperti yang kita maklum, budaya timur yang menghiasi masyarakat kita sejak turun temurun dari generasi ke generasi begitu kaya dengan amalan budi bahasa, sikap sopan santun, berpekerti mulia yang jelas bercanggah dengan budaya barat ini. PKPIM bertegas agar pihak pengurusan konsert terbabit, iaitu Maxis segera membatalkan persembahan artis Gwen Stefani pada 21 Ogos 2007 ini. Janganlah tunggu sehingga Maxis dicop sebagai agen perosak bangsa nanti!

MOHD HILMI RAMLI
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Berikut adalah respon 'ekstrimis' yang diterima dalam emel. 'Beliau' menghantar emel protes atas protes.:


To whom it may concern,

I took this excerpt from a source that I am not able to disclose, but I
share this person's sentiments;

"What exactly, is all the fussing about right now? Gwen Stefani coming for a
concert? Moral decay to today's local youth? Look around you, (sic) look at
Malaysia before making us look like idiots. Look at the local tabloids, look
at *Mangga, Hai, *and the likes of those magazines. Look at the half naked
muslim women baring their thighs, their cleavage, posing in the water for
every man's masturbatory fantasy? Look at FHM, when Hani was on the cover
posing in her corset and high heel shoes? Look at youtube, look at the
muslim girls in their tudungs fucking in the car, in the bushes, giving
blowjobs under their man's sarong?

How can they say Gwen Stefani, or any other actor morally decays a teenager
and they want to try so hard to stop a concert... but that artist is playing
on every tv, every radio station, on every magazine, website, table top?
Stopping a concert won't decay another youth's mind- it's 2007, we have more
then just concerts to decay our minds. There's always the internet, there's
our parents, there's the people around us.

You cannot stop moral decay by stopping one concert. You should just switch
off all the lights in Malaysia and proceed to let us live in darkness...
maybe then the *decay *would stop?"

Protes Gwen Stefani!


Kenyataan rasmi dari PKPIM mengenai konsert Gwen Stefani, bakal berlansung pada 21 Ogos nanti menimbulkan kemarahan sesetengah pihak. Setakat ini, pihak tersebut masih menggunakan nama samaran, dan mengecam secara radikal akan protes PKPIM itu. Kami mencadangkan agar dibatalkan konsert Stefani, artis dari US, bekas penyanyi kumpulan No Doubt, yang akan dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Kita berpendirian, bahawa penganjur (Hotlink) juga patut berhenti, kerana menanam saham menganjurkan konsert ini. Apakah rasionalnya penganjur menjemput artis yang sedemikian rupa, yang pasti tidak langsung membantu mendidik dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada generasi muda. Prinsip kita jelas, iaitu, "Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar".

Syarikat pra- bayar itu telah banyak menganjurkan konsert, yang maraton sifatnya. Paling mendukacitakan ialah, mengapa artis yang dijemput sudah jelas melanggar adab etika budaya masyarakat ini? Sebagai contoh kumpulan Pussycat Dolls, pada 2006. (boleh lihat koleksi gambar sepanjang konsert tersebut dalam www.hotlink.com.my). Jelas, sangat menjijikkan dan kurang ajar sekali mereka it, kerana seolah- olah negara kita ini tiada undang- undang dan adat budaya. Apakah mereka ingat negara kita ini 'hutan', yang mempunyai aktor 'tarzan', yang dedah sana, dedah sini?

Kurang ajar mereka sudah pasti suatu yang mereka sengaja lakukan. Mustahil mereka tidak tahu Malaysia merupakan majoriti beragama Islam, dan masih mempunyai nilai ketimuran yang terpelihara. Harus sahaja mereka diharamkan terus daripada menjejekakkan kaki di Malaysia!

Paling penting, kita kompromi dengan hiburan dan konsert. Namun demikian, artis yang ditaja membawa latarbelakang hegemoni Barat, yang bertujuan neo- kolonialisasi minda dan budaya orang kita. Proses Amerikanisasi dengan tujuan menguniformkan budaya kuning mereka kepada budaya kita perlu dihantar dengan mesej kita protes konsert itu!


(Sedutan kenyataan dalam web Reuters)

Malaysian group urges ban on Gwen Stefani concert
Tue Jul 31, 2007 4:59AM EDT

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia should pull the plug on the Kuala Lumpur leg of U.S. singer Gwen Stefani's upcoming Asian tour because of her indecent dressing and obscenity, a Muslim students' group said on Tuesday.

The 10,000-strong National Union of Malaysian Muslim Students said Stefani's August 21 concert, which is part of her 'Sweet Escape' tour, would clash with local Asian and Islamic values.

"Her video clips promoting the event are too obscene," Mohamad Hilmi Ramli, the group's president, told Reuters. "We want the organizers to cancel the concert, failing which we will ask the authorities to intervene."

Ethnic Malays, who are by definition Muslims, make up just over half of Malaysia's 26 million people. Ethnic Chinese and Indians, who are mostly Buddhists, Christians or Hindus, form sizeable minorities.

Hilmi also criticized Malaysian mobile phone firm Maxis Communications for promoting the concert.

"Maxis has been staging a series of foreign acts ... to make a profit and to expose our young generation to things such as moral decay," he said.

Maxis officials could not be immediately reached for comment.



© Reuters 2007. All rights reserved.

Friday, July 13, 2007

MALAYSIA 'TUMPUAN 'ILMUWAN'

Malaysia, sejak dua tiga minggu ini dikunjungi oleh ramai ulama. Bermula pada hujung minggu lepas (7- 8 Julai), Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki, yang mengadakan kuliah kilat beliau di Masjid Al Falah USJ. Minggu ini pula, 11- 12 Julai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan Konferens Hadith di Putrajaya. Seorang ulama muda, iaitu Dr Syed Taufiq Ramadan Al Buty turut hadir. Beliau merupakan anakanda kepada ulama besar Syria, Dr Syed Ramadan Al Buty. Manakala sepanjang 8- 14 Julai ini, OIC mengadakan Majma' Fiqh OIC ke 18 di Putrajaya. Ramai ulama 'hard core' yang datang seperti Sheikh Wahbah Zuhaily (pengarang kitab Fiqh Islam Wa Adillatuh), Dr 'Ali Jumaah (mufti Mesir), Sheikh Dr 'Ali Mahyuddin Qargakhi (anak murid Sheikh Yusuf Qaradawi), Taqi Usmani (bekas Hakim Besar Pakistan) dan ramai lagi.

Apakah kedatangan ramai ulama besar ini satu rahmat? Bagi saya YA. Sekurang- kurangnya memberi keberkatan dan semangat kepada dai'e- da'ie yang ikhlas di Malaysia. "Ulama warasatun anbia' " (ulama' pewaris nabi). Mudahan juga, kehadiran mereka ini meninggalkan 'benih- benih' yang akan mewarisi Nabi kelak...


(Bersama Sheikh Dr 'Ali Jumaah, Mufti Mesir dan Sheikh Dr 'Ali Mahyuddin Qarhgakhi, anak murid Sheikh Qaradawi)


(Bersama Sheikh Wahbah Zuhaily, ulama Syria dan pengarang Fiqh Islam Wa Adillatuh, sdr Yusri Mohamad, Presiden ABIM, ustaz Zaharuddin)



(Sheikh Dr Syed Taufiq ketika memberi kuliah di Sekretariat, Anjung Rahmat)

Thursday, July 05, 2007

Ziarah Bumi di Bawah Bayu,21- 26 Jun 2007 (2)


(Di hadapan masjid Negeri Sabah, mempunyai menara seperti Masjid Nabawi)


(Bersama rakan seperjuangan, Siswazah Muda ABIM Sabah)

Ziarah Bumi di Bawah Bayu,21- 26 Jun 2007

Alhamdulillah,bersama sebilangan exco PKPIM pusat dapat berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah pada 21- 26 Jun 2007. Sempena dengan ziarah ini, dapat banyak pengalaman dan kenangan manis. Antara progam sepanjang di Sabah ialah, memberi ceramah dan rakan PKPIM membantu sebagai fasilitator dalam program Kem 'Aqal Budi. Kem ini menggunakan modul pandangan Hidup Islami dan Pengalaman Kehadiran Islam di Tanah Melayu ini. Kelompok sasaran ialah pelajar tingkatan enam, seramai 100 orang.

Kemudian, sempat juga bermain badminton, aktiviti riadah yang santai. Kemudian ziarah Univ. Malaysia Sabah. Satu- satunya univ. di Malaysia yang mempunyai pantai sendiri. Pantai ini dijadikan tapak aktviti luar. Sangat cantik dan mendamaikan.

Berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Mahasiswa Islam UNITAR dan Siswazah Muda ABIM Sabah.Kemudian, diraikan dalam Makan Malam bersama ABIM Sabah dan Majlis Belia Sabah.

Kesimpulannya,sebuah perjalanan da'wah yang mengharapkan reda Allah Ta'ala...



(Kedamaian dan kejernihan laut di Sabah sangat cantik, mendamaikan minda dan jiwa..)


(Bergambar di mercu tanda Univ. Malaysia Sabah)


(Mencari damai abadi...)

Tuesday, July 03, 2007

TREND MAHASISWA DUDUK SERUMAH



SIARAN MEDIA 29 JUN 2007/ 13 JAMADIL AKHIR 1428


PKPIM BIMBANG DENGAN TREND MAHASISWA DUDUK SERUMAH


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa bimbang kerana sudah wujud trend baru di kalangan mahasiswa IPTA dan IPTS duduk serumah, walaupun bukan semuhrim. Trend baru tetapi songsang ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan mahasiswa IPT sekarang ini.

Kewujudan trend songsang ini sekali gus menunjukkan malapetaka besar kepada umat apabila golongan yang diharapkan untuk menuntut ilmu dan seterusnya berbakti kepada masyarakat terlibat dengan keruntuhan akhlak. Berdasarkan pemerhatian dan kajian daripada PKPIM, trend ini telah lama berlaku, namun sejak akhir- akhir ini sahaja ia semakin menjadi. Berdasarkan maklumat yang diterima PKPIM, trend ini banyak berlaku di kalangan segelintir pelajar di IPTS sekitar Bukit Beruang dan Gombak. Malah mungkin banyak lagi tempat yang berlaku di luar jangkauan kita.


PKPIM berpandangan bahawa trend ini sangat membimbangkan. Apabila seorang lelaki Muslim duduk serumah dengan pelajar Muslim perempuan yang bukan muhrim, tanpa ditemani oleh sesiapa, maka pelbagai andaian buruk yang boleh dijangkakan. Trend songsang ini berlaku di kalangan mahasiswa IPT, melibatkan ramai orang. Ada satu rumah didiami oleh ramai pelajar lelaki, dan pada masa yang sama juga, ada pelajar perempuan yang menyelinap masuk untuk tidur bersama teman lelakinya. Ada juga rumah yang dikongsi bersama pelajar lelaki Muslim dan perempuan Muslim yang bukan muhrim, berlagak sebagai ‘suami isteri’ Malah, ada juga sekelompok pelajar lelaki Muslim berkongsi rumah sewa dengan pelajar Muslim perempuan dalam satu rumah. Ada juga kes yang ekstrem, pelajar perempuan Islam sanggup duduk serumah dengan pelajar bukan Islam lelaki, mungkin atas dasar cinta.

PKPIM berpandangan trend ini melambangkan satu lagi episod keruntuhan akhlak yang sangat genting di kalangan cerdik pandai. Duduk serumah tanpa ditemani muhrim, bahkan merasakan ia ‘dibenarkan’ adalah suatu yang membimbangkan. Apa yang boleh kita harapkan sekiranya kelompok ini yang sepatutnya berada di pusat pengajian tinggi untuk belajar, kemudian memimpin negara, namun terlibat dengan babak keruntuhan akhlak ini? Trend ini boleh berlaku akibat beberapa sebab, antaranya ialah:

1. Tiada penguatkuasaan dan perhatian daripada pihak universiti. Kewujudan banyak pusat pengajian tinggi, sama ada universiti awam atau swasta, kolej universiti, politeknik dan sebagainya satu perkembangan yang positif. Namun demikian, apabila sudah banyak, maka akan timbul masalah dari segi pemantauan kualiti dan mengakibatkan kepada banyak implikasi susulan, antaranya ialah soal kebajikan pelajar. Gejala duduk serumah antara mahasiswa ini berlaku kerana ketidakcukupan penempatan kolej mahasiswa, mengakibatkan ada yang perlu duduk di luar. Ada sesetengah universiti tidak memantau sepenuhnya kebajikan pelajar mereka, dengan memberi kebebasan sepenuhnya untuk mereka memilih rumah sewa. Lalu mengakibatkan ada yang mengambil peluang ini untuk memuaskan nafsu mereka. Universiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepatutnya mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan pelajar dengan sebaik- baiknya. Trend ini mudah terjadi di kalangan mahasiswa IPTS sendiri, kerana ada sesetengah IPTS tidak mampu menyediakan kolej kediaman kepada para pelajarnya. Seharunya kewujudan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), yang merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawal selian, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta sepatutnya turut mengambil kira soal kebajikan pelajarnya. Ada satu kes dahulu masuk media apabila seorang pelajar perempuan Islam terpaksa duduk serumah dengan tiga orang pelajar lelaki luar negara ketika proses pendaftaran sebuah IPTS. Seharusnya IPTS mahupun semua institusi pengajian tinggi tidak terlalu memikirkan soal keuntungan lalu menepikan soal pembangunan sahsiah pelajarnya.

2. Trend ini terjadi kerana terpengaruh dengan trend pelajar bukan Islam yang duduk serumah. Memang tidak dinafikan ianya mungkin bukan satu yang ‘dibenarkan’, namun trend duduk serumah antara pelajar bukan Islam lelaki dan perempuan memang satu kebiasaan. Lalu, ianya ‘berjangkit’ kepada pelajar Islam di IPT negara ini.

3. Apabila seorang pelajar Islam sudah berani duduk serumah antara lelaki dan perempuan tanpa memikirkan halal dan haram, maka ianya petanda kepada kelemahan dan kedangkalan tentang Islam sendiri. Namun tidak dinafikan, ada juga yang sudah maklum tentang halal dan haram, tetapi masih berani melakukan dosa itu, ianya adalah kerana tiada pencegahan dilakukan.

PKPIM berpandangan, trend songsang ini perlu dibanteras dan dihapuskan. Apabila duduk serumah antara pelajar lelaki dan perempuan, sebarang kemungkinan boleh dijangkakan, yang lebih dilaknati ialah perzinaan. Zina merupakan antara dosa besar yang boleh dijatuhkan hukuman berat. Dalam Islam, amaran zina sangat jelas iaitu “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Islam menegaskan bukan setakat melakukan zina, akan tetapi terus menjauhi dan mengelakkan perbuatan zina. Seorang pemuda dan pemudi Muslim yang masih bujang, apabila didapati berzina, boleh dikenakan hukuman rejam. Apatah lagi sekiranya sudah berkahwin, boleh direjam sehingga mati. Ibn Qayyim ketika mengulas hukuman bagi penzina berkata, “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga pengkhususan iaitu,:

Pertama, hukuman mati secara hina iaitu direjam bagi penzina kemudiannya diringankan bagi yang belum nikah dengan dua jenis hukuman iaitu hukuman fizikal dengan dirotan sebanyak seratus kali. Manakala yang kedua ialah hukuman mental, dengan diasingkan selama dua tahun.

Keduanya ialah Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.

Menurut Ibn Qayyim juga dalam bukunya Jangan Dekati Zina, “Kemudian Allah juga memberitahukan bahawa amalan zina adalah seburuk-buruk jalan; karena merupakan jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia, seksaan dan azab di akhirat nanti.”

PKPIM mencadangkan beberapa pendekatan yang wajib dilakukan, iaitu,:

1. Pihak universiti secara keseluruhan bertanggungjawab memantau kebajikan kediaman seluruh pelajarnya, walau di mana mereka berada. IPT awam atau swasta yang ditadbir oleh bukan Islam sepatutnya sensitif dan tidak memikirkan keuntungan sahaja dengan membiarkan sebebas- bebasnya pelajarnya terutamanya pelajar Islam untuk memilih kediaman, apatah lagi IPT yang ditadbir oleh orang Islam.

2. Masyakat secara umunya perlu memainkan peranan amar ma’ruf dan nahi mungkar, apabila melihatkan ada kelompok pelajar universiti yang berkelakuan mencurigakan dalam satu kawasan perumahan. Masyarakat perlu mengikis sikap individualistik yang mencerminkan sikap buruk ‘Mati Rasa Jiwa Santai’ melihatkan maksiat yang berlaku.

3. Didikan agama diperkukuhkan di peringkat sekolah lagi supaya kekuatan dalaman dapat dibina sebelum mengharungi zaman universiti.

4. Pendekatan pencegahan perlu dilakukan oleh semua pihak, terutamanya pihak yang berwajib.

Sempena dengan kemasukan bakal pelajar baru sesi 2007/ 2008 nanti, PKPIM menasihatkan semua institut pengajian tinggi, masyarakat termasuk ibu bapa mengambil inisiatif untuk mencegah secara total akan trend songsang ini. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amaran Allah Ta’ala iaitu “Maka takutlah kamu sekiranya kamu meninggalkan zuriat yang lemah di belakang kamu”.



Mohd Hilmi Ramli

hilmi@pkpim.net
www.pkpim.net

Friday, June 08, 2007

IBN KHALDUN ESSAY CONTEST


Ibn Khaldoun Essay Contest offers up to USD$2000


Malaysia Think Tank London, UK, and Atlas Economic Research Foundation, USA, are offering prizes of up to USD$2000 in their 2007 Ibn Khaldoun Essay Contest (http://www.malaysia-today.net/Ibn_Khaldun_Essay_Competition_2007.pdf).

Students under the age of 30 regardless of race or religion are invited to write essays that reflect their views about the relationship between economics and freedom within the Islamic context. Entrants can write about historical or modern-day economic policy or policies in enhancing or diminishing freedom and prosperity in their country or region. They may propose policy recommendations, emphasizing the principles of property rights, free trade, globalization, etc. within the context of Islamic economic thinking. We are particularly interested in practical policy prescriptions.

The contest is named after Ibn Khaldoun to honor the scholarly work of this prominent Islamic historian, economist, and sociologist of the 14 th century. His writings continue to inspire free-market scholars to this day, promoting the necessity of responsible government to promote economic prosperity and civilized nations.

Prizes are:

1st Prize Winner: USD$ 2,000
2nd Prize Winner: USD$ 1,000
3rd Prize Winner: USD$ 500
Two Honorable Mentions: USD$ 250 (each)

The winning essays will be posted on Atlas' and Malaysia Think Tank London's website, and on Azad - Atlas's newsletter about freedom. Winners will also be given priority to attend our regional leadership workshops in different parts of the Middle East, potentially in Egypt, Jordan, Yemen, and Morocco. Additionally, Malaysia Think Tank London will also compile the top 5 essays by Malaysians into a special publication.

Closing date is November 15th, 2007

Wednesday, June 06, 2007

COGITO ERGO SUM



Semalam malam, (6 Jun 2007, Rabu), luangkan masa ziarah seorang sahabat, sdr Rashdan, yang juga merangkap setiausaha kerja pusat PKPIM. Pergi bersama sdr Naim, NPK dan adik, Suhail yang kebetulan sedang bercuti sekolah.

Sdr Rashdan sedang bercuti seminggu (dpt MC), sebab urat dalam lutut beliau terkoyak, gara- gara 'hiperaktif' ketika bermain futsal persahabatan antara PKPIM dan JKKK Wangsa Maju tiga minggu lepas. Beliau yang ketika itu terhentak lutut atas lantai, langsung lututnya bengkak, dan berjalan pun terheret- heret. Apa- apa pun, ziarah ini sekadar mahu memberi sokongan moral kepada beliau di samping menyempurnakan tuntutan agama.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah, bukan sahaja 'kerosakan' lutut sdr Rashdan itu, tetapi komuniti rumah flet yang termasuk sdr Rashdan sedang menginap hari ini. Secara umumnya, rumah flet dibina adalah untuk menampung kelompok manusia yang berpendapatan rendah. Seni binanya pun ringkas, dua bilik (sekarang dasar kerajaan mesti tiga bilik) dan terlalu sempit dan kecil. Apa yang menyedihkan ialah, memang satu cabaran membesarkan anak dan berkeluarga di kawasan rumah flet.

Maka tidak mustahil dan tidak boleh kita persalahkan kalau- kalau anak- anak keluarga rumah flet tidak melekat di rumah, lalu mencari alternatif di luar. Memang kondisi dalam rumah sangat tidak sesuai untuk pembesaran anak- anak. Kalau anak ada dua tiga tidak mengapa, kalau anak ramai macam mana? Laporan mengenai perlakuan anak- anak rumah flet memang banyak yang merisaukan. Banyak kes yang timbul ialah kerana rumah yang sepatutnya menjadi seperti rumahku, syurgaku tidak menjadi. Maka rumah dilihat sebagai 'hotel', atau lebih ektsrem ialah 'neraka dunia'. Manakan tidak, tidak ada privacy, sempit dll. Cuba bayangkan, kalau ada tiga anak perempuan, lima anak lelaki, di mana mereka mahu tidur? Berpakaian? Berehat?. Mungkin boleh disusun, semua anak lelaki tidur di ruang tamu, manakala anak perempuan tidur di bilik. Tetapi, bagaimana ianya dapat bertahan? Kalau datang pula tetamu, nak 'campak' mana?

Sebagai insan yang berperikemanusiaan (baca: mempunyai hati dan perasaan), menjadi common sense untuk sama- sama menginsafi kedaifan masyarakat rumah flet. Dalam banyak- banyak kemewahan yang kita dapat, sejauh mana rasa keinsafan timbul dalam lubuk hati kita? Bagaimana perasaan orang- orang kaya yang bermewah dengan harta? Bagaimana orang- orang politik yang sibuk mengejar kuasa? Bagaimana kita sendiri?

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa” (Riwayat Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Bukhari )

Friday, May 04, 2007

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2007



Pesta Buku Kuala Lumpur melanda kita sekali lagi. Seperti biasa, ada yang peduli, malah ada yang langsung tidak peduli. Pengalaman peribadi saya mengunjungi Pesta Buku kali ini seperti biasa, mungkin kerana sekali sahaja pergi. Tidak nampak apa- apa yang luar biasa dengan pesta buku ini. Namun, pujian dan kebangaan harus diucapkan kepada pengerak- penggerak kempen mencintai buku, melalui Pesta Buku ini.

Secara umum, boleh disimpulkan:
1. Semakin banyak penerbit- penerbit buku membuka gerai. Ini menunjukkan perkembangan yang positif apabila mereka berlumba- lumba untuk mempamerkan buku- buku yang terbaru dan terbaik. Ada 183 syarikat, tempatan 160, luar negara 23.

2. Buku- buku baru banyak dijual. Penerbit buku semakin peka dengan citarasa pembaca dan cara untuk menarik minat mereka. (Sebagai contoh: Syarikat Hidayah menerbitkan 'nota kecil' seperti kotak rokok, yang mengajar cara- cara berhenti rokok. Bentuk seolah- olah 'kotak rokok' itu menarik sekali. Buku- buku tentang Islam juga diterbitkan dalam bentuk yang segar dan bertenaga).

3. Memang budaya popular vs budaya serius masih membelenggu masyarakat kita. Gerai- gerai yang menjual buku- buku popular (novel, cinta dll) ramai yang mengunjunginya. Manakala buku- buku serius dan berat kurang pula yang datang, apatahlagi yang membelinya.

4. Ramai penulis diangkat menjadi selebriti menjadi tetamu/ datang berjumpa peminat. Satu tindakan yang positif, sekurang- kurangnya mengangkat martabat dunia penulisan dan ilmu. Malah ikon/ idola masyarakat bukan dimonopli oleh artis, ahli politik dan ahli sukan.

5. Bicara buku semakin semarak. Mungkin boleh jemput penulis- penulis terkenal luar negara tahun depan

6. Ada ruangan pameran deco; terutamanya bagi keluarga yang ingi memilki ruang membaca di rumah.

7. Pengunjung mungkin masih terpikat dengan nilai komersial sesebuah pesta buku. Tidak semestinya pesta yang banyak poster, iklan, mewah, cantik dll mampu menjanjikan pulangan yang menguntungkan. Pulangan wang mungkin, pulangan semangat membaca bagaimana? Pesta buku kali ini mengulangi tradisi yang lepas.

8. Ramai yang berkunjung; mungkin sempena dengan cuti Wesak dan Hari Pekerja. Mungkin melebihi tahun 2006 yang seramai 700, 000.

9. Dalam keghairahan untuk membeli buku, golongan pelajarlah yang terpaksa berkira untuk membeli, kerana ketidakcukupan wang untuk membeli. Mereka yang datang pasti terpikat. 'syahwat' (meminjam istilah Sdr Jaafar Rahim) dengan buku- buku, malah tenggelam dalam nikmat syurga buku yang ada (mungkin belum mencapai taraf seperti Frankfurt Book Festival), namun itulah golongan pelajar. Semoga untuk akan datang, golongan pelajar yang ghairah untuk membeli buku, namun tidak cukup wang, mereka ini dibantu oleh Pusat Zakat, ASTRO, universiti atau tokoh korporat yang lain. Duit yang ada lebih berfaedah diberi kepada golongan ini (anak muda yang ghairah membaca) daripada dilaburkan ke Konsert Akademi Fantasia, Sure Heboh dan lain- lain.

Friday, April 27, 2007

AKSI PEMAIN 'MUSLIM' DI PADANG



Beliau mengaku beliau bukan seorang Muslim yang mengamalkan Islam dengan sempurna. Apa- apa pun, setakat ini tidak ada lagi pemain Malaysia (baca: Orang Islam) yang setanding beliau...

Thursday, April 19, 2007

BICARA MUDA



Personaliti: Misi Hilmi tingkat imej remaja
Oleh Hasliza Hassan

Presiden PKPIM mahu bukti generasi muda mampu beri sumbangan


UMURNYA baru saja mencecah 25 tahun pada 15 April lalu, namun kesungguhan serta keyakinan yang ditampilkan membuktikan ukuran kematangan bukan pada usia tetapi pengalaman yang diraih sepanjang meniti kedewasaan.

Berbekalkan semangat ingin mengembangkan nilai kepemimpinan dalam diri, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli, berusaha memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan Majlis Syura PKPIM.

Baginya, nilai kepemimpinan pada diri yang dianugerah Ilahi jika tidak digilap akan menjadi satu pembaziran sedangkan sebagai insan, sudah dipertanggungjawab dengan tugas memimpin termasuk memimpin diri sendiri ke arah keredaan Allah.

Justeru, apabila Majlis Syura PKPIM sebulat suara memilih namanya, beliau terima dengan rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk mengangkat status golongan muda yang kian diancam pelbagai tohmahan.

Amanah menduduki kerusi Presiden badan induk pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan itu, walaupun dasarnya nampak berat, minat dalam pengurusan diri membolehkan tugas dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“Saya mempunyai minat kepemimpinan dalam pengurusan. Oleh itu, saya rasa perlu terjun dalam bidang kepemimpinan dan wadah terbaik buat saya mengasah bakat ialah menerusi PKPIM.

“Saya juga sedar mengenai masa depan generasi muda hari ini. Salah satu faktor menyebabkan mereka terjebak dalam gejala sosial kerana tidak ada contoh teladan yang boleh mereka ikut.

“Kita ramai idola tetapi kemarau teladan. Terlalu banyak idola dilahirkan melalui pelbagai program tetapi bolehkah mereka menjadi contoh kepada anak muda,” katanya pada pertemuan di pejabat PKPIM di Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Manjung, Perak itu berkata, matlamat PKPIM adalah jelas untuk mengembangkan bakat kepemimpinan pada diri ahlinya yang terdiri daripada pelajar sekolah, maktab, institusi pengajian tinggi melalui aktiviti berpersatuan.

PKPIM ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertujuan menggabungkan semua persatuan pelajar Islam di negara ini dan menjalankan aktiviti bagi kepentingan pelajar Islam seperti program dakwah, kempen prihatin, penguasaan dwi ilmu dan peningkatan mutu kepemimpinan.

Uniknya PKPIM, kepemimpinan pengurusan dan sukarelawannya diterajui pelajar yang minat mengembangkan bakat kepemimpinan serta ingin menimba pengetahuan melalui pembabitan aktiviti dalam program dianjurkan.

Mohd Hilmi berkata, peluang melanjutkan pengajian di universiti adalah masa terbaik bagi anak muda mempelajari ilmu kepemimpinan di samping mendalami bidang akademik yang dipilih.

Justeru katanya, pelajar perlu bijak menyusun jadual kerana pengurusan masa penting dan semua itu hanya dapat dipelajari apabila pelajar melalui sendiri pengalaman untuk menguruskan masa.

“Kita belajar pengurusan masa secara teori tetapi pelaksanaan hanya dapat dihayati apabila kita berada di situasi sebenar. Melalui aktiviti persatuan, pelajar akan tahu pentingnya bijak menguruskan masa.

“Ini semua tidak dapat dicapai jika pelajar tidak membabitkan diri dalam pengurusan kepemimpinan. Inilah yang saya belajar ketika melanjutkan pengajian dan sekarang apabila diamanahkan menerajui PKPIM,” katanya.

Beliau berkata, persekitaran kampus dan universiti memerlukan pelajar menonjolkan bakat kepemimpinan dan itulah yang dilakukan sejak berkenalan dengan PKPIM ketika melanjutkan pengajian di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, pembabitan dalam PKPIM turut membuka peluang untuknya berjumpa dengan pemimpin negara seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad, ulama terkenal Dr Yusof Al-Qardawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jika tidak berpersatuan katanya, tidak ada dimensi yang boleh diteroka sedangkan banyak perkara boleh dipelajari kerana kepemimpinan berkait dengan pengurusan, kemahiran berfikir, membuat keputusan selain memastikan matlamat organisasi tercapai.

“Saya banyak belajar dalam perkara yang dilakukan secara terpaksa. Terpaksa jadi pengerusi majlis, bercakap depan khalayak dan membuat keputusan demi kepentingan semua ahli.

“Sebagai pemimpin muda, pastinya kita ada buat kesilapan dan bagi saya kesilapan adalah guru terbaik yang akan melatih kita untuk memperbaiki diri pada masa depan,” katanya.

Katanya, untuk bersaing dengan pemimpin daripada golongan dewasa, pemimpin muda perlu berani menonjol, berkeyakinan menyuarakan pandangan dan memastikan apa yang dikemukakan bukan omong kosong selain menjaga adab.

Menjawab apakah beliau yakin dapat menerajui PKPIM dengan baik, anak muda yang bercita-cita menjadi pensyarah itu berkata, pemimpin perlu optimis menerima amanah dan kepercayaan yang diberikan.

Beliau bersyukur kerana kesemua 26 exco PKPIM banyak membantu dan itulah faktor kekuatan dalam kepemimpinan beliau menerajui badan itu bermula September tahun lalu.

Mohd Hilmi berkata, selain mengembangkan nilai kepemimpinan, pembabitan anak muda dalam persatuan dapat membantu menepis tohmahan yang mengatakan anak muda sekarang lemah.

Beliau berkata, memang ada kecenderungan akhir-akhir ini untuk meletakkan remaja dalam kandang salah setiap kali berlaku gejala sosial yang mendatangkan kebimbangan serta kerisauan pemimpin dan masyarakat.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu tidak wajar kerana perkara itu terjadi mungkin disebabkan tidak ada idola yang boleh menjadi contoh teladan untuk diikuti remaja hari ini.

Malah katanya, tiada medium untuk remaja serta golongan muda menyuarakan pandangan menyebabkan mereka terus menjadi kambing hitam yang memikul kesalahan yang ditolak kepada mereka.

Oleh itu, jika memiliki kuasa untuk mengubah keadaan, beliau ingin menyekat hiburan yang melampau hingga melalaikan generasi muda, memberi kebebasan pelajar mengembangkan nilai kepimpinan dan mengubah sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan untuk membuka peluang pelajar menggunakan kreativiti dalam pencarian ilmu pengetahuan.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Agama/20070419072808/Article/

Wednesday, April 18, 2007

SLOT KRITIK SOSIAL II

BENTUK PEMIKIRAN BUKAN HANYA MELALUI KURIKULUM



(Melahirkan pemikir sepatutnya merentas kurikulum dan silibus subjek)

Cadangan untuk mengkaji semula kurikulum pendidikan kebangsaan agar dapat melahirkan lebih ramai pemikir dalam negara ini harus disambut baik oleh semua pihak. Pengkajian dan penilaian semula tersebut dilihat sebagai penting memandangkan kurikulum yang sedia ada kurang berkesan dalam mendidik kemahiran berfikir para pelajar. Akibatnya, dalam beberapa sektor, negara kita masih terpaksa bergantung kepada kepakaran dan teknologi daripada luar untuk membantu pembangunan negara. Justeru, hasrat kepimpinan negara untuk menilai semula kurikulum pendidikan kebangsaan perlu disambut baik oleh semua pihak.

Pelajar hari ini dilabel sebagai pasif, lembab, kurang kritis, tidak kreatif, bermentaliti subsidi, sering menimbulkan gejala sosial dan pelbagai lagi tohmahan nakal yang diberikan. Seperti biasa, sudah menjadi kecenderungan masyarakat awam untuk meletakkan pelajar ke dalam ‘ kandang bersalah’, yang menyebabkan kelompok pelajar akan diadili dengan pelbagai hukuman. Walhal, pelajar yang ada pada hari ini merupakan ‘produk’ yang lahir daripada sistem yang dibuat oleh orang dewasa. Justeru, dilihatkan dalam sektor pendidikan, perlu ada usaha untuk keluar daripada kepompong status- quo demi melahirkan pelajar yang mempunyai ciri ‘pemikir’.

Walau bagaimanapun, kita perlu memahami bahawa pembentukan daya fikir seseorang pelajar itu tidak hanya bergantung kepada faktor kurikulum pendidikan semata-mata. Pemikiran seseorang pelajar itu banyak bergantung kepada suasana persekitaran dan budaya setempat yang membentuk persepsinya. Oleh sebab itu, pembentukan suasana yang kondusif demi menjana kemhiran berfikir yang baik adalah perlu. Bahkan sistem pendidikan negara yang bertujuan melahirkan manusia yang lengkap empat elemen, jasmani, emosi, rohani dan intelek sepatutnya merentasi kurikulum.

Hasrat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri ‘pemikir’ bukan tugas yang mudah. Seorang pemikir ialah seorang yang mempunyai keupayaan intelektual, menekuni isu semasa dengan akal tajam, mampu menterjemah perkara abstrak kepada perkara yang konkrit dan menjadikan budaya ilmu sebagai ‘makanan harian’. Pelajar yang hanya disogokkan dengan prestasi peperiksaan sebagai kayu ukur kepada kejayaan ilmu seseorang bukanlah satu proses yang menggalakkan kepada kelahiran ‘pemikir’. Bahkan juga, banyak gejala anti- intelektualisme yang sedang melingkari masyarakat kita hari ini.

Gejala anti- intelektualisme ini boleh dilihat melalui tauladan pemimpin yang tidak minat dengan budaya ilmu. Budaya hiburan melampau juga menyumbang kepada gejala anti- intelektualisme berleluasa. Malah, sistem konkongan dengan undang- undang drakonian seperti AUKU dan Aku Janji juga serba sedikit menyumbang kepada gejala anti- intelektualisme ini. Susulan daripada itu, undang- undang drakonian menyebabkan budaya takut muncul dan akhirnya lahirlah budaya pasif di kalangan pelajar. Pelajar tidak mahu menanggung risiko dengan cuba an berani mengkritik atau bersuara lantang kerana amaran sudah dikeluarkan.

Orientasi pendidikan kita seharusnya menuju kepada melahirkan pelajar yang multiple- intelligence (kepelbagaian kecerdasan). Teori ini diperkenalkan oleh Prof Howard Gardner, seorang profesor dari Universiti Harvard, mengemukakan paradigma baru dalam membangunkan potensi manusia dengan penekanan kepada pelbagai kecerdasan. Multiple- Intelligence yang dimaksudkan ialah kecerdasan bahasa, interpersonal, intrapersonal, muzikal, logik- matematik, ruang (spatial), semula jadi dan kinestetik.



(Lukisan dan seni salah satu ciri kepelbagaian kecerdasan)

Teori ini mampu membongkar potensi setiap pelajar melalui keunikan dan kelebihan kecerdasan seseorang. Pelajar yang berciri ‘pemikir’ sudah tentu mempunyai salah satu daripada kecerdasan- kecerdasan ini. Dengan tumpuan dan pelaburan yang besar diberikan kepada perkara utama ini, PKPIM yakin usaha melahirkan pelajar yang mempunyai ciri ‘pemikir’ dapat dijelmakan. Orientasi yang berbentuk merentasi kurikulum inilah sepatutnya menjadi pilihan dalam sistem pendidikan kita hari ini.

Seandainya semua pihak benar-benar ikhlas dalam memainkan peranan mereka masing-masing, daya fikir para pelajar di negara ini pasti dapat diperkasa dan seterusnya melahirkan modal insan yang lebih berkualiti dan dapat menyumbang secara proaktif ke arah pembangunan negara.

MOHD HILMI RAMLI

Wednesday, April 11, 2007

SLOT KRITIK SOSIAL

TV PERLU MENJADI AGEN PEMERKASAAN BANGSA



Media massa memang memainkan peranan yang penting dalam mencorak pemikiran masyarakat, terutamanya televisyen. Walaupun revolusi media dan maklumat telah mencipta internet sebagai satu wahana penyampaian malumat, akan tetapi fungsi internet masih ada kekurangan jika dibandingkan dengan televisyen terutamanya dari sudut kecapaiannya (accessibility). Televisyen mampu dimiliki oleh segenap keluarga, bahkan boleh dikatakan setiap rumah pasti ada televisyen. Kemudahan internet hanya boleh diakses di kawasan- kawasan bandar, malah masih ada kawasan pedalaman yang sukar untuk ada kemudahan akses internet.

Kehadiran televisyen suatu ketika dahulu telah membawa perubahan dalam sistem media dan maklumat dalam masyarakat. Televisyen berjaya mengganti fungsi radio dengan berkesan sekali. Televsiyen yang menyediakan khidmat ‘suara dan gambar’ menjadikannya lebih berkesan berbanding radio dan suratkhabar. Televisyen sememangnya berfungsi untuk mendidik masyarakat dalam apa jua perkara. Itulah pun fungsi asasi setiap media massa dalam masyarakat yang bukan sekadar mengejar keuntungan. Media massa menjadi wahana rakyat yang menyuarakan isi hati rakyat, menyajikan maklumat semasa yang mendidik sifatnya. Malah media massa juga boleh menyajikan hiburan dan kesenian kepada masyarakat.


Namun demikian, fungsi sebuah televisyen yang ideal sukar dikecapi hari ini. Stesyen televisyen lebih pragmatik dalam mengurus fungsi televisyen. Yang lebih ekstrem ialah apabila syarikat televisyen menjadikan mengejar keuntungan yang maksimum tanpa berfikir untuk mendidik masyarakat telah men’daging’ dalam sistem televisyen hari ini. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi rakyat dengan mengadakan pelbagai program yang akhirnya mengikis wang dan memberi keuntungan kepada sesebuah syarikat televisyen.



(TV menjadi 'ahli keluarga' baru yang sangat disayangi...)


Fungsi televisyen yang sangat ekstem ialah apabila televisyen telah menjadi salah seorang ‘ahli keluarga’ yang baru dalam sesebuah keluarga. Ini terbukti apabila ‘kata- kata’ sesebuah televsiyen lebih didengar daripada kata- kata ibu dan bapa. Malah televisyen juga berjaya menjadikan semua ahli keluarga supaya mendengar ‘nasihatnya’ dan melekat terus tanpa mempedulikan urusan yang lebih penting, terutamanya ketika Hari Raya atau majlis keraian. Kehadiran televisyen sebagai ‘ahli keluarga’ yang baru menjadikannya ‘ahli’ yang paling disayangi. Seorang penonton TV yang tegar akan bertanya ‘mana TV’ sekiranya TV itu rosak. Dia tidak akan bertanya bagaimana keadaan ayah atau bonda dia, atau berbual- bual mesra dengan ahli keluarga yang lain.

TV juga mampu menjadikan sesorang itu individualistik sifatnya, apabila terlampau menumpukan sangat kepada program- program televsiyen maka dia akan tidak minat untuk bersosial. Akhirnya nanti, fungsi ideal sesebuah televisyen dinodai dengan sistem yang sama sekali tidak mendidik masyarakat. Kerangka sistem televisyen hari ini memang seolah- olah tidak berminat dalam proses membangunkan sesebuah bangsa. Tidak keterlaluan dikatakan punca kepada gejala sosial, masalah akhlak dan jenayah yang berleluasa adalah kerana televisyen tidak memainkan peranannya yang sebenar.

Menurut Dr Halim Shafie, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam kertas kerjanya bertajuk “Televsiyen Antara Meningkatkan Pengetahuan, Hiburan dan Keuntungan: Mana yang Lebih Penting?’ dalam program anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merumuskan televisyen lebih terkenal sebagai media hiburan berbanding pengetahuan. Menurut beliau, didapati kandungan hiburan di setiap stesyen televisyen melebihi 50%, sebagai contoh RTM 1 (50%), RTM 2 (70%), TV3 (61%), NTV 7 (68%), 8 TV (89%) dan TV 9 (85%). Berdasarkan kajian ini, sememangnya hiburan menjadi agenda utama setiap stesyen televisyen.

Jika diukur pada stesyen berbayar sepert ASTRO, hampir 95 % menyajikan program berbentuk hiburan. ASTRO memang tidak serius dalam proses pembinaan agenda pemerkasaan minda apabila banyak menyajikan program berbentuk hiburan yang melalaikan. Walaupn ASTRO ada menyajikan siaran talk show atau siri dokumentari, akan tetapi semuanya bersifat ringan- ringan sahaja, seolah sekadar melepaskan batuk di tangga atau tempel- tempelan sahaja. Program berbentuk hiburan, mistik dan game lebih banyak mengisi agenda ASTRO.

Fungsi televisyen yang sebenar perlu dikaji dengan kritis. Menurut Prof. Dato’ Dr Sulaiman Yassin, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, pada umumnya, media tidak banyak bertanggungjawab ke atas pendidikan penonton dari aspek apa yang harus dipilih untuk memenuhi citarasa penonton atau pembaca. Syarikat televisyen tidak memainkan peranan mendidik masyarakat dengan menyajikan program- program membina nilai yang murni. Sifat televisyen telah merampas budaya membaca dalam sesebuah keluarga kerana magnetic influence yang dimiliki oleh televisyen. Program televsiyen menjadikan keluarga lebih mementingkan pengisian hiburan dan bersuka ria daripada menghidupkan budaya membaca dalam sesebuah rumah. Menurut beliau juga, antara faktor sesebuah keluarga yang berbudaya ilmu adalah kerana tidak memiliki televsiyen di rumah.

Syarikat televsiyen juga tidak menjadi wahana untuk mendaulatkan penggunaan Bahasa Melayu dengan baik. Laporan akhbar Utusan Malaysia (11 April 2007) bahawa stesyen televsiyen gagal patuhi garis panduan siar 60 % program bahasa Melayu memerlukan perhatian segera dan tegas. Ada syarikat televsiyen yang sifar dalam menggunakan Bahasa Melayu dalam siarannya. Ini memang bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaaan yang dicetuskan pada tahun 1971 yang bertujuan memelihara kerangka kebudayaan kebangsaan yang berteraskan nilai murni dan bangsa negara ini

Ini berpunca daripada kepimpinan peringkat tertinggi sesebuah syarikat televisyen yang tiada idealisme membangun agenda bangsa. Menurut Dr Fuziah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), “Memang media di negara kita ini, terutama TV, tidak langsung menunjukkan keprihatinan terhadap agenda Melayu-Muslim, justeru mereka terkapai-kapai dan tidak keruan dalam programming masing-masing. Sebenarnya kepimpinan media di Malaysia ini terbawa-bawa dengan cita-cita kapitalis dan meletakkan ratings, keuntungan daripada advertising billings, dan kini kutipan SMS sebagai bottomline mereka”.

Tidak keterlaluan dikatakan, rancangan televsiyen yang ada hari ini sudah lari daripada garis panduan yang sepatutnya. Dalam Garis Panduan Penyiaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bab IV tentang Ciri- ciri Hiburan yang Digalakkan adalah 1) Lagu-lagu yang sesuai dengan citarasa majoriti masyarakat Malaysia dan mencerminkan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni; dan 2) Muzik, nyanyian, senilakon dan senitari yang membina watak dan peribadi manusia yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju.

Banyak program yang berani keluar daripada garis panduan yang ditetapkan. Dalam siaran ASTRO misalnya, banyak klip video yang menonjolkan kelakuan yang berahi dan percampuran sosial yang keterlaluan. Malah ada juga rancangan televsiyen berbentuk telenovela yang dibawa dari luar negara yang tidak sesuai ditonjolkan di Malaysia. Apa relevannya siaran yang tidak membina minda ini? Malah sudah timbul kecenderungan siaran televsiyen memaparkan cerita tahyul dan khayal yang boleh mengikis fahaman akidah sebagai seoarng Islam. Cerita berbentuk seram dan hantu juga sudah banyak. Semua program ini langsung tidak membina citarasa masyarakat Malaysia yang tinggi. Siaran televisyen yang berselera rendah inilah yang banyak menguasai pasaran sekarang.



(TV vs Budaya Ilmu?)


Akhirnya nanti, wawasan Malaysia untuk mencapai negara yang maju tidak kecapaian, walaupun dari segi fizikal dan materialnya Malaysia berjaya. Jika diukur dalam sudut pengisian kerohanian dan ilmu, berdasarkan amalan stesyen televsiyen yang ada hari ini, sebenarnya amat mustahil Malaysia mampu menjadi negara yang berdaya saing dan maju dalam temph yang terdekat ini. Kita bukanlah pesemis untuk tidak berjaya, akan tetapi amalan yang ada ini menjadi ukuran kepada kejayaaan sesebuah negara.

Sebagai kelompok generasi muda, seharusnya mereka perlu sedar dan tidak menjadi mangsa eksploitsai ganas stesyen televsiyen yang mementingkan diri mereka sendiri. Kelompok muda mudah menjadi mangsa kerana fitrah anak muda yang gemar berhibur, berseronok, mencuba sesuatu yang baru dan masih pra- matang untuk menilai implikasi masa depan. Oleh itu, mewakili generasi muda, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa agar perubahan secara radikal dan revolusi dibuat dalam menangani isu peranan televisyen sebagai salah satu wahana media yang berkesan.

PKPIM dengan rasa sedar dan insaf memandang penting dengan segala pengisian yang dijamu dalam program televisyen. Oleh itu, semua pihak berkepentngan perlu mendengar dan bertindak segera untuk memastikan pembinaan bangsa yang menumpukan kepada pembinaan generasi muda dapat berjalan dengan lancar dan tersusun dengan program- program media yang berkualiti dan berselera tinggi. “Takutlah kamu sekiranya kamu
meninggalkan zuriat yang lemah di belakang kamu” (al- Hasyr: 9)


MOHD HILMI RAMLI
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)