Sunday, December 03, 2006

PENGALAMAN PROGRAM WAMY DI KAHERAH, MESIR


Pengalaman Menghadiri Persidangan Antarabangsa World Assembly of Muslim Youth (WAMY), 21- 24 November 2006 di Kaherah, Mesir, mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)




Bersama Sheikh Yusuf Al- Qaradawi, selepas beliau memberi pidato khas bertajuk 'Pemuda dan Ulama Ummat'




Bersama Presiden ABIM, sdr Yusri dan Munawar, wakil Chatra Shibir, Bangladesh di Mesir.




Di hadapan Universiti Al- Azhar



Makam Imam Syafiee Radiullahu Anh

Wednesday, October 11, 2006

MEMUPUK PERPADUAN UMMAT DALAM BULAN RAMADAN

MEMUPUK PERPADUAN UMMAT DALAM BULAN RAMADAN

Oleh: Mohd Hilmi Ramli
[1]

Setiap tahun kita akan menempuh bulan Ramadan. Bulan Ramadan bukan sebarangan bulan, kerana bulan Ramadan ialah bulan yang menjanjikan seribu satu macam ganjaran. Malah Ramadan juga merupakan anugerah umat akhir zaman, kerana sekiranya kita bersungguh- sungguh menghidupkan amalan sepanjang Ramadan, segala dosa- dosa kita akan diampuni oleh Allah Ta'ala. Ini menjadikan kita seperti bayi yang baru dilahirkan, ibarat kain putih yang suci. Janji ini terkandung dalam Hadis Muhammad Sallahu'alaihi Wasalam;

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa- dosanya yang terdahulu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam kenikmatan ganjaran pahala yang dijanjikan itu, sememangnya kita boleh melihatkan kemeriahan umat Islam menghidupkan bulan Ramadan ini dengan pelbagai aktiviti Ramadan. Ada yang mula menjinak- jinakkan diri menghadiri masjid untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah, ada juga yang menganjurkan majlis berbuka puasa, ada yang menghidupkan rumah Allah dengan membaca Al- Qur'an, beriktikaf, berzikir, majlis ilmu dan sebagainya. Ada yang mengadakan kempen bersedekah dan membayar zakat. Semua aktiviti ini menghidupkan lagi bulan Ramadan yang penuh mulia ini.

Malah, ada juga yang bersikap ekstrem dalam menghidupkan Ramadan ini dengan melaksanakan aktiviti yang tidak selari dengan Syariat, apabila membeli juadah berbuka dengan membazir, mengadakan majlis kesenian kononnya atas nama kebajikan, yang akhirnya mengabaikan ibadah Ramadan yang sepatutnya menjadi keutamaan dahulu. Golongan ini tidak memahami aspirasi Ramadan itu, iaitu bulan yang meletakkan ibadah kepada Allah Ta'ala itu sebagai keutamaan, dengan meninggalkan sementara kenikmatan dan keseronokan dunia. Bagi mereka, apabila letih berpuasa seharian, mereka mesti mengisi masa- masa yang selebihnya untuk berseronok sakan.

Malah, dalam kemeriahan itu, sebenarnya juga ada golongan manusia yang tidak berminat dengan ganjaran yang telah ditawarkan oleh Allah Ta'ala kepada umat ini. Mereka seolah- olah tidak menghiraukan kemeriahan ibadah sepanjang Ramadan ini. Ini terjelma melalui aktiviti sesetengah anak muda yang masih meneruskan kegiatan tidak sihat di waktu malam, seperti kelompok mat Rempit. Mereka sibuk menghidupkan malam mereka dengan keseronokan, langsung mematikan malam Ramadan dengan aktiviti ibadah yang sememangnya menjanjikan ganjaran besar. Sesetengahnya juga berterusan melakukan maksiat, tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan ini.

Dalam meletakkan posisi sebagai insan yang mengabdikan dalam gerakan Islam, sememangnya kita perlu berbeza dengan kelompok- kelompok manusia di atas. Bagi kita, bulan Ramadan yang datang setahun sekali ini sebenarnya menjadi 'madrasah' kepada kita untuk membina kualiti diri. Memang kita digalakkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti ibadah, akan tetapi ibadah kita berbeza dengan ibadah orang awam. Keunikan kita ialah dalam memahami akan tujuan diisyariatkan bulan Ramadan itu iaitu agar kita menjadi mukmin yang bertaqwa. Ini terkandung dalam Firman Allah Ta'la;

"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa, seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu, agar kamu menjadi orang yang bertaqwa"
(Al- Baqarah: 183)

Taqwa ialah perasaan takut kepada Allah Ta'la. Menurut Saidina Umar Al- Khattab Radiallahu Anhu, taqwa diibaratkan kita berjalan dalam hutan yang penuh dengan duri. Maka sudah tentu kita akan berhati- hati agar tidak terpijak duri- duri tersebut. Manakala menurut Al- Qurtubi dalam tafsirnya, Tafsir Al- Qurtubi, taqwa merupakan satu kumpulan kebaikan (Jima' Al- Khair). Ini bermaksud ialah seseorang yang bertaqwa ini mengumpulkan segala kebaikan yang berada dalam dirinya. Kebaikan ini meliputi segala perkara, bermula dengan rasa keyakinan yang teguh kepada Allah Ta'ala sehinggalah sifat mulia untuk melakukan amalan- amalan sunat yang digalakkan.

Maka kerana itulah, kita perlu meletakkan indikator berjayanya kita dalam menghidupkan bulan Ramadan ini ialah sejauh mana kita kekal dalam kebaikan selepas bulan Ramadan. Menurut para ulama', untuk mengetahui sama ada amalan kita sepanjang Ramadan itu mendatangkan keberkatan kepada kita ialah dengan melihat sejauh mana kita mengekalkan amalan tersebut selepas Ramadan. Sebagai contoh, sekiranya kita rajin menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid ketika Ramadan, dan kita boleh konsisten menunaikan subuh secara berjemaah selepas Ramadan, maka itu tandanya kita memperolehi berkat sepanjang bulan Ramadan. Sekiranya tidak, maka nilailah balik niat dan amalan kita sepanjang Ramadan.

Ramadan sebagai 'madrasah' pembinaan kualiti diri dan umat perlu dilihatkan bukan sebagai bulan memeriahkan ibadah semata, akan tetapi dilihatkan dalam perspektif yang lebih meluas. Dalam permasalahan hari ini, kita berhadapan dengan pelbagai krisis umat. Menurut Pak Natsir, mantan Perdana Menteri Indonesia yang pertama, yang juga tokoh Parti Masyumi, umat Islam dewasa ini rata- rata sedang dilanda masalah ketiadaan inventarisasi (reka cipta), hobi bermusuhan, tidak menghargai diri dan takut pada risiko dan rakus pada dunia.

Dalam menghuraikan tentang hobi bermusuhan, Pak Natsir mengatakan bahawa umat Islam sangat senang punya lawan. Bila musuh tidak ada, mereka akan mencari musuh sesama sendiri. Dalam hal ini sememangnya perpaduan amat penting dalam membina umat yang kuat lagi berpengaruh. Umat Islam sepatutnya menjadikan ibadah bulan Ramadan sebagai satu yang mengukuhkan perpaduan di kalangan umat. Ini terbukti dalam kemeriahan melaksanakan ibadah secara jemaah, bermula dengan puasa, kemudian iftar dan kemudian terawih, sepatutnya 'rasa kebersamaan' menahan lapar dahaga, menahan ujian itu dapat dikekalkan sehingga habis Ramadan, malah sehinggalah juga bulan- bulan selepas Ramadan.

Keberkatan Ramadan ini perlu dicari dengan kita membetulkan niat kita dalam menghidupkan aktiviti sepanjang Ramadan ini. Pembinaan individu yang ikhlas dalam mencari keberkatan Ramadan ini menjadi keutamaan kita. Menurut Sheikh Yusuf Al- Qaradawi dalam bukunya Fiqh Awlawiyat; keutamaan kita mencapai kebaikan ialah dengan membina individu yang baik dan ikhlas sebelum membina masyarakat.

Oleh itu dalam mengharungi 'madrasah' Ramadan ini, kita selaku penggerak gerakan dakwah PKPIM ini mesti mengislahkan diri kita dengan membetulkan niat melakukan ibadah Ramadan ini dan bersungguh- sungguh dalam menghidupkan setiap masa Ramadan ini dengan pelbagai ibadah. Rasa kebersamaan sepanjang Ramadan ini sekiranya dikongsi bersama bukan sekadar untuk memeriahkan bulan Ramadan, akan tetapi mendapat keberkatan oleh Allah Ta'ala akhirnya nanti akan mewujudkan kasih sayang antara umat Islam, yang nantinya juga menatijahkan perpaduan sesama umat.

[1] Beliau merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bagi sesi 2006/ 2007. PKPIM merupakan persatuan pelajar Islam peringkat kebangsaan yang telah ditubuhkan sejak 1961. Maklumat lanjut boleh layari www.pkpim.net

Thursday, August 10, 2006

KONVOKESYEN 2006

Tahniah diucapkan kepada siswazah yang akan mengambil ijazah di majlis konvokesyen nanti. Bulan Ogos dan September merupakan bulan 'Konvokesyen', apabila hampir semua IPT di Malaysia mengadakan majlis konvokesyen dan pemberian ijazah.

Dalam tradisi Islam, pemberian ijazah merupakan amanah keilmuan yang berat, apabila 'sang guru' (sekarang Rektor/ NC) mengurniakan ijazah kepada para pelajar hasil pembelajaran di universiti. Kemudian ilmunya akan digunakan untuk membangunkan masyarakat yang baik.

Hari ini, ramai siswazah dihasilkan oleh pusat pengajian tinggi. Siswazah- siswazah sepatutnya menjadi 'partner of nation building', bukan menjadi liabiliti negara.

Libatkan diri dalam proses pembinaan negara. Masa depan negara terletak pada 50,000 siswazah yang baru mendapat ijazah ini!

Saturday, July 08, 2006

PIALA DUNIA






Ia datang empat tahun sekali. Lebih hebat dari penangan sukan Olimpik, ataupun Komanwel. Piala Dunia sememangnya menjadi kegilaan orang ramai. Tanyalah sesiapa pun yang ada kat muka bumi ni, sudah pasti Piala Dunia merupakan satu kegilaan di tahap luar biasa. Siapa yang tidak rasa bahang Piala Dunia ini mungkin tidak normal, kerana Piala Dunia telah menyerang secara global di seluruh pelusuk dunia, dari kanak- kanak, orang tua, miskin, kaya, Mekah ke Buenos Aries, London ke pekan Ghana, terpelajar atau bukan, menteri atau rakyat marhean. Memang Piala Dunia diakui dapat menyatukan seluruh umat manusia untuk bersama- sama memikirkan tentang bola. Piala Dunia juga medan persahabatan, berkongsi minat, hiburan, sukan dan agen komersialisasi.

Amerika Syarikat suatu ketika pernah claim bahawa sukan mereka, American Football dan Baseball merupakan sukan pelbagai kaum,bangsa dan negara. Hakikatnya, sukan- sukan itu hanya berlegar di sekitar benua Amerika Utara itu sahaja. Rakyat Amerika juga sangat angkuh dengan sukan mereka, sampaikan bola sepak bukanlah permainan popular di kalangan rakyat Amerika. Sehinggalah apabila Piala Dunia 1994 diadakan di Amerika, mereka baru terbuka mata tentang sukan ini.

Kenapalah seluruh dunia demam bola Piala Dunia ini? Dalam majalah National Geography edisi Jun ada sebuah artikel bertajuk, 'Why The World Loves Soccer'. Jawapannya ialah kerana bola sepak merupakan sukan yang paling mudah dan mesra manusia. Bola sepak boleh dimainkan oleh semua peringkat manusia, sama ada kaya atau miskin. Tidak seperti golf, tinju, American Football dan ski. Bola sepak juga boleh dimainkan di mana- mana tempat, tidak kira di tepi pantai, atas jalan, padang rumput, lorong- lorong sempit dan padang lumpur. Bola sepak tidak memerlukan ongkos yang tinggi, sekadar bola yang boleh dibeli di pasar malam atau kedai eksklusif Adidas, dan orang yang akan bermain. Bola sepak juga diminati oleh lelaki dan perempuan. Bola sepak merupakan permainan yang menghiburkan dan berseni. Bola sepak boleh mengumpulkan umat dunia supaya berkumpul dan bercakapa pasal benda yang sama.

Dalam sisi hitam tentang bola sepak, sebenarnya ada juga perkara negatif berlaku sepanjang evolusi bola sepak ini berjalan. Ada pasukan bola yang mempunyai peminat ekstrem dan fanatik menggila. Sebagai contoh peminat England yang sering buat kacau dan bergaduh. Ada juga permainan bola sepak ini didasari oleh dendam keagamaan, bukan lagi semangat kesukanan, seperti pasukan dalam Liga Ireland. Pertembungan dendam di antara golongan Protestan dan Katholik.

Uniknya Piala Dunia ialah demamnya. Perlawanan akhir antara Itali dan Perancis merupakan klimaks demam Piala Dunia. Sepanjang pemerhatian umum, malam Piala Dunia tidak ubah seperti Malam Ramadan, meriah memanjang. Ada yang sanggup tidak tidur semata- mata untk tengok pasukan pilihan bertanding. Ada juga yang hilang fokus dan kurang produktiviti apabila bangun tidur lewat. Kalau ada yang bangun malam untuk tengok bola, kemudian sambil2 itu dirikan solat tahajud, hajat atau sebagainya lebih bagus.

Pengalaman di Singapura, persatuan Islam di sana dengan kerjasama surau2 atau masjid akan memasang skrin gergasi dan LCD untuk menayangkan siaran Piala Dunia. Penganjur menjemput para remaja dan anak muda untuk tonton di situ. sambil- sambil itu, pemain bola sepak kebangsaan yang beragama Islam dijemput juga. Mereka akan mengisi tazkirah ketika waktu rehat atau sebelum sepak bola bermula.

Di tempat kita, jarang nampak usaha macam ni. Nampaknya pihak masjid masih jauh ketinggalan dalam menampilkan pendekatan baru untuk para remaja hari ini. Pemikiran konservatif ini perlu ditukar. Kalau ada pun, boleh jumpa skrin gergasi dan LCD di kedai- kedai mamak. Pada satu sudut, pengusaha- pengusaha kedai mamak memang cekap dan bijak mengambil peluang keemasan empat tahun sekali ini. Setiap mala ada je yang memenuhi meja- meja dan kerus- kerusi. Kalau tidak cukup, ada yang duduk atas lantai atau lepak dalam kereta tengok dari jauh.

Tidak ada beza macam malam Ramadan, manusia sentiasa sibuk dan meriah. Bezanya, malam Piala Dunia bersifat keduniaan manakala Ramadan kerohanian. Pekedai- pekedai lain pula ada yang tidak bijak mengambil peluang seperti kedai- kedai mamak ini. Masih di takuk yang lama, TV kecil; berapa ramai yang boleh tengok, tutup awal, tiada perancangan masa depan mengenai bisnes mereka dan lain- lain.

Piala Dunia kali ini juga ada kematangannya. Penganjur mempromosi anti- racisme di kalangan pemain dan penonton, menyediakan ruang ibadat untuk pemain Islam dan melarang aktviti porno ketika Piala Dunia sedang berlangsung.

Apa2 pun, Piala Dunia tidak meriah kalau tidak ada titisan air mata, terutamanya bagi peminat pasukan yang kalah. Memang adat bertanding, sudah pasti ada yang kalah dan menang. Pasukan Jermanlah yang menanggung parut kesedihan paling dalam dan mungkin agak lama untuk disembuhkan. Beraksi di depan penonton sendiri sememangnya satu tekanan yang besar, kerana ingin memenuhi impian seluruh rakyat negara itu. Ianya boleh jadi juga 'pemain ke- 13' dalam stadium, dengan memberi sokongan padu pada negara Jerman.

Habis Piala Dunia, habislah demamnya. Kehidupan normal pasca Piala Dunia perlu diteruskan. Tunggulah empat tahun lagi, 2010 di Afrika Selatan. Sudah pasti Piala Dunia yang bakal menyajikan persembahan yang lebih menarik. Paling penting, rakyat Malaysia yang sentiasa menunjukkan keghairahan paling maksima dalam setiap aksi Piala Dunia, tertunggu- tunggu bila pasukan Malaysia akan masuk Piala Dunia. Kalau tidak 2010 ini, sekali lagi rakyat Malaysia kena menyokong pasukan negara lain, kalau tidak pun, sokonglah negara baru seperti Ghana atau Mali. Bola sepak di Malaysia masih jauh ketinggalan.

Sunday, July 02, 2006

Manusia Yang Ajaib





Zinadine Zidane, 34, arkitek kepada kejayaan Perancis menewaskan Brazil. Seorang anak imigran dari Algeria. Bakatnya dikesan ketika berumur 14 tahun, sedang bermain bola sepak jalanan. Kemudian diserapkan dalam kelab AS Cannes. Sekarang bermain untuk Real Madrid, pernah menjadi Pemain Terbaik Dunia dua kali.

Bila Malaysia boleh melahirkan pemain sehebat ini yang mungkin bernama Zainudin Zaidan?

Monday, June 19, 2006

RESPON ISLAM TERHADAP PLURALISME

RESPON ISLAM TERHADAP PLURALISME


Mohd Hilmi Ramli


Perbahasan mengenai pluarisme dan liberalisme agama yang dicetuskan oleh Dato' Seri Ustaz Harussani dalam Muzakarah Ulama di Perak minggu lepas menarik perhatian ramai. Sememangnya isu agama amat sensitif terutamanya melibatkan hubungan sosial dalam kepelbagain kaum dan agama seperti di Malaysia ini. Dan ini sememangnya membuka ruang yang luas dan mengajak ramai pakar dan ilmuwan untuk berbincang dan memberi pandangan. Sebelum melangkah jauh perlu dijelaskan apakah tujuan dan maksud pluralisme agama yang dimaksudkan oleh Dato' Seri Ustaz Harussani selaku mufti Perak yang terkenal dengan keberanian dan kelantangannya bercakap tentang kebenaran.

Pluralisme yang dimaksudkan oleh beliau adalah kewujudan satu pemikiran yang mengkitiraf bahawa semua agama adalah sama, menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama. Segala bentuk ibadat, aktiviti agama merupakan 'bentuk' yang berbeza- beza. Sebagai contoh, sekiranya Islam menunaikan ibadat dengan cara solat, menunaikan ruku', sujud, dan sebagainya, manakala penganut Budhha beribadat dengan hadir ke kuil, penganut Kristian hadir dan bertafakur di gereja setiap hari Ahad, dan pelbagai lagi bentuk ibadat yang wujud di muka bumi ini. Menurut mereka yang berpegang kepada pemahaman ini, semua bentuk ibadat itu benar dan diiktiraf, kerana menuju kepada satu 'kebenaran yang hakiki', iaitu Tuhan. Bagi umat Islam Tuhannya ialah Allah, manakala Kristian Jesus, dan pelbagai lagi yang mempunyai nama Tuhan masing- masing.

Barangkali, ada yang melihat pluralisme dari sudut sosiologi, falsafah mahupun sains sosial, yang mengatakan bahawa pluralisme merujuk kepada kewujudan kepelbagaian jenis manusia yang mempunyai berbagai kepercayaan dan pendapat dalam sesuatu masyarakat. Dalam konteks yang sebenar seperti di Malaysia, hakikatnya kita sebagai rakyat Malaysia hidup dalam kepelbagaian kaum dan agama, dan secara tidak langsung bagi yang berfikiran waras memahami hakikat pluralisme walaupun tidak secara sistematiknya dan mengikut disiplin pemikirannya.

Rakyat Malaysia yang hidup dalam pluralisme ini iaitu kewujudan penganut Islam, Hindu, Kristian dan lain- lain dan kewujudan bangsa, fahaman, pemikiran mahupun gaya hidup merupakan satu ketetapan yang perlu disokong dan dipertahankan. Sekiranya ada usaha untuk memecah belahkan status quo yang sudah ada ini, seharusnya ianya ditentang habis- habisan. Konsep keamanan dan perpaduan merupakan konsep universal yang diperjuangkan oleh semua agama mahupun pemahaman di dunia ini. Mengapa pula pemahaman yang murni ini perlu dipertikaikan?

Dalam konteks pluralisme agama yang dimaksudkan oleh Dato' Seri Ustaz Harussani merupakan konteks yang di luar pemahaman pluralisme menurut kaca mata sosial sains. Selaku mufti, mahupun ulama yang sentiasa berpegang kepada kebenaran, beliau wajib bercakap benar dan memperjuangankan kebenaran dan keadilan. Teguran seorang mufti bukan teguran yang berkepentingan, akan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah swt sekiranya tidak menjalankan tugas dengan baik. Seperti juga mana- mana profesion mahupun bidang, seorang yang pakar itu berhak dan berautoriti mengatakan sesuatu sekiranya ianya berkait rapat dengan bidang kajiannya. Sebagai contoh jika berlaku tanah runtuh, pandangan pakar geologi dikira berautoriti dan wajar dijadikan panduan. Kita tidak akan merujuk kepada tukang kebun, jurutera mahupun guru, ataupun kita bangkang bulat- bulat apa yang dikatakan oleh pakar geologi tersebut.

Seperti juga peranan seorang mufti yang dilantik oleh pemerintah. Beliau tidak akan dilantik sekiranya tidak pakar dalam bidang tersebut. Malah tugas seorang mufti juga amanah besar yang perlu disempurnakan sekiranya berlaku hal ehwal yang berkaitan dengan umat Islam. Dalam konteks inilah, penghormatan kepada autoriti seorang ulama yang pakar dalam selok belok fiqh dan hal ehwal umat Islam perlu diberi perhatian.

Sekiranya tidak ada penghormatan kepada autoriti agama seperti mufti ataupun ulama, seseorang itu secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh fahaman liberalisme agama, iaitu yang anti kepada autoriti dan berpegang kepada konsep dekonstruksi tradisi. Faham dekonstrusi ini berakar hebat di Barat apabila semua autoriti agama boleh dipertikaikan dan dipermain- mainkan. Memang dalam sudut yang berlainan, semua ulama mahupun mufti tidak maksum, hanya Nabi Muhammad sallhu'alai wasalam sahaja yang maksum. Mereka berhak ditegur dan diperbetulkan. Akan tetapi bukan terus menolak pandangan mereka itu. Sekurangnya raikan pandangan mereka selaku yang berautoriti dan perbaiki di mana kelemahannya.

Bahaya pluralisme agama yang dicetuskan oleh ustaz Harussani perlu diambil perhatian serius, kerananya melibatkan akidah umat Islam sendiri. Umat Islam tidak perlu bimbang dengan akidah umat lain, kerana bukanlah tanggungjawab wajib yang perlu diberi perhatian. Walaupun secara adabnya, kita perlu saling hormat- menghormati dan memastikan semua agama sentiasa dipelihara dengan baik. Dalam konteks pluralisme agama ini, sekiranya fenomena ke'pluralisme'an dibiarkan berterusan tanpa kawalan, akhirnya meleburkan identiti Islam itu sendiri dan meleburkan tujuan kehadiran seorang yang bergelar Muslim.

Kesan kritikal yang bakal wujud ialah apabila Islam itu sendiri sudah tidak lagi dianggap sakral mahupun satu agama wahyu yang diturunkan oleh Allah swt melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad sallahu'alaihi wasalam, dan Islam merupakan agama terakhir yang menasakhkan agama- agama wahyu sebelum ini seperti yang diturunkan melalui kitab Taurat, Zabur dan Injil. Islam diturunkan melalui kitab Al- Quran Al- Karim, merupakan mukjizat yang kekal sehingga hari kiamat. Dalam satu kisah, saidina Umar sedang membelek- belek cebisan Taurat, akan tetatpi ditegur oleh Rasulullah sallhu'alihi wasalam. Menurut Baginda, Al- Quran itulah yang perlu dijadikan panduan, bukan kitab- kitab yang terdauhulu lagi.

Justeru, sebagai umat Islam, pemahaman agama Islam yang benar perlu berpandukan autoriti yang sah dalam agama dan perpandukan sumber yang benar. Apabila kita ada keyakinan bahawa ada agama mahupun pemahaman selain Islam yang benar, maka itu tandanya kita lemah Iman dan hampir kepada syirik mahupun murtad. Kita umat Islam mengaku bahawa Islam itu adalah agama yang benar, mengakui dalam Syahadah bahawa tiada Tuhan selain Alalh dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dalam pada masa yang sama, kita mengikitiraf ada agama selain Islam, seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Budhha, Bahaei dan sebagainya. Dalam Surah Al Kafirun ayat 6 sudah menjelaskan, "Kamu pada agama kamu, dan kami pada agama kami". Inilah sempadan mutlak yang memisahkan di antara Islam dengan agama- agama yang lain.

Dalam sifat ekslusifme Islam itu, bukan bermakna umat Islam tidak boleh bergaul dengan mana- mana penganut agama selain Islam. Contoh terbaik ialah ketika Baginda Sallau'alaihi wasaalm apabila memerintah kota Madinah, Baginda mengiktiraf segolongan Yahudi yang tinggal di situ, dan mereka diberi layanan mesra dan hidup dalam aman. Soal diskriminasi, kezaliman, penindasan tidak timbul. Dalam contoh yang lain, Baginda sendiri mengarahkan sebilangan tawanan perang bukan Islam untuk mengajar anak- anak orang Islam, kerana mereka masih dalam buta huruf.

Malah, ada beberapa istilah yang perlu dikekalkan, kerana termaktub dalam kitab Al- Quran itu dan Hadis Baginda, seperti 'kafir'. Golongan ektrem pluralisme agama akan mempertikaikan istilah kafir, kerana bagi mereka semua penganut agama di dunia ini ‘beriman’. Oleh itu, sekiranya kita menerima pluralisme agama ini, maka kita tidak mengatakan orang yang bukan Islam itu kafir, akan tetapi sama- sama 'beriman' seperti kita. Maka, kita perlu mengubah istilah 'kafir' yang banyak dalam Al- Quran dan Hadis Nabi Sallahu'alaihi Wasalam. Ini secara tidak langsung mengubah isi kandungan Al- Qiuran itu. Bukankah ini dekonstruksi agama Islam?

Oleh itu, fenomena pluralisme agama yang melampau seperti diadakan Rumah Terbuka Kepelbagaian Agama ini perlu dinilai kembali. Ada adegan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kesakralan agama Islam di kalangan umat Islam apabila ada adegan seperti mengikitiraf agama bukan Islam melalui pemakaian pakaian agama lain, menghidupkan api dalam kuil atas nama pelancaran, memasang salib di baju dan sebagainya. Ini secara tidak jelas menghantar mesej bahawa kita telah meleburkan identiti agama Islam itu sendiri, walhal Islam itu agama yang Allah yang kekal sehingga kiamat.

Pandangan Dato' mufti bukan untuk menghalang kita ziarah dan mengucap selamat dalam perayaan agama lain, yang ini boleh mengekalkan dan mengeratkan hubungan erat di antara pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini. Akan tetapi apabila perayaan agama lain itu disamabariskan dengan perayaan agama Islam dan dijadikan syiar besar- besaran dalam negara yang majoritinya umat Islam. Malah apabila umat Islam leka dan hanyut dalam perayaan besar ini tanpa panduan akan menyebabkan identiti Islam mereka lebur dalam kepelbagaian perayaan agama lain.

Dalam sudut yang lain, apabila kita mengiktiraf agama lain benar, maka konsep dakwah yang ada dalam Al- Quran itu sudah tidak perlu. Dakwah boleh jadi kepada umat Islam sendiri, ataupun dakwah kepada non- Muslim. Dalam Islam, tidak ada paksaan dalam mengajak kepada Islam. Maka pluralisme mengagaskan tidak perlu kita mengajak umat lain untuk masuk kepada Islam. Sememangnya ini merupakan hak peribadi tersebut untuk masuk agama Islam ataupun tidak, akan tetapi kita tidak boleh menafikan konsep 'Hidayah dan Taufik' yang ada dalam Islam.

Malah, pluralisme juga menafikan peranan Nabi Muhammad Sallhu'alahi Wasalam yang membawa kebenaran hakiki melalui Al- Quran. Peranan Baginda telah tercatat dalam Al- Quran dan disampaikan turun menurun melalui Hadis Baginda. Sekiranya umat Islam mengiktiraf agama lain juga benar, maka setiap agama itu sudah pasti ada pembawa kebenarannya, iaitu 'Nabi' atau 'Utusan wahyu' mereka. Maka sekaligus, Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wasalam itu satu 'pangkat' dan sebaris dengan mana- mana 'utusan wahyu' tersebut. Ini bertentangan dengan keperibadian mulia Baginda itu yang maksum dan dikira 'kekasih' Allah di syurga kelak.

Sebagai orang yang beriman, soal Ketuhanan dan Kenabian merupakan perkara asas yang tidak boleh dikompromi. Ini kerana ianya berkait rapat dengan rukun Iman iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan Nabi. Seorang yang beriman perlu mempertahankan perkara fundamental ini daripada mana- mana serangan akidah yang ingin meruntuhkannya.

Oleh kerana itulah, kerisauan yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Ustaz Harussani mengenai bahaya pluralisme agama, bukan pluralisme menurut sains sosial perlu diberi perhatian. Selaku yang berautoriti dalam agama, beliau berhak mengatakan tentang kebenaran dan bahaya yang bakal menimpa umat Islam. Dalam Al- Quran sendiri ada memberi panduan kepada umat Islam supaya merujuk kepada yang 'arif atau pakar, "Rujuklah Ahl Zikr (pakar) sekiranya kamu tidak tahu" . Inilah juga tandanya seseorang itu beradab.

Isu ini perlu dibahaskan dengan baik dan adab, bukan beremosi dengan menuduh ulama atau mufti telah mengeluarkan fahaman yang sempit. Bahaslah seperti menarik rambut di tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.


Mohd Hilmi Ramli
820415-08-6031

77 Fasa 2H
Seri Manjung 32040
Sitiawan Perak
019- 3068241
05- 6884502

mhilmi_ramli@yahoo.com

Sunday, June 11, 2006

TEMURAMAH DENGAN UTUSAN MALAYSIA

Pengalaman di bumi asing mendidik Mohd. Hilmi
(Utusan Malaysia, 12 Jun 2006)

Oleh ZUARIDA MOHYIN




PELUANG menghadiri Persidangan Pertubuhan Pelajar-pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO) di Istanbul, Turki, kata anak muda kelahiran Ipoh, Perak, Mohd. Hilmi Ramli adalah pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan biarpun ia sudah setahun berlalu. Lebih-lebih lagi Mohd. Hilmi, 24, dapat mengamati tinggalan sejarah Kerajaan Uthmaniah yang benar-benar berada di depan matanya. Dia turut berpeluang menyambut perayaan sempena pembukaan kota Konstantinople pada setiap tahun pada 29 Mei selain bertukar pengalaman dengan rakan-rakan luar negara.

"Di Turki yang merupakan negara sekular ekstrem, siapa sangka rakyatnya ghairah mahukan Islam. Di samping itu, satu pengalaman baru saya alami sewaktu melawat Universiti Fateh di Istanbul, apabila saya melihat tindakan pelajar wanitanya yang terpaksa memakai rambut palsu untuk menutup rambut asal disebabkan pemakaian tudung diharamkan di sana".

"Malah, pengalaman menziarahi makam pembesar Islam dan ulama di Turki seperti Ayub Al-Ansari dan Muhammad Al-Fateh cukup menggembirakan saya. Apatah lagi kemudian bila saya berpeluang melawat makam Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat di Tanah Suci Mekah dan Madinah," bicara Setiausaha Agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman awalnya menyertai PKPIM, Mohd. Hilmi berkata, ia bermula ketika dia mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Budaya ilmu yang ditunjukkan oleh gerakan pelajar, risalah pelajar serta penganjuran program keilmuan adalah antara faktor penariknya kepada persatuan itu.

"Semuanya bermula apabila saya terbaca satu ucapan dasar presiden PKPIM yang menceritakan tentang hala tuju perjuangan gerakan pelajar Islam di Malaysia ini. Sejak itu, saya serius mengikuti perkembangan PKPIM yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pelajar Islam peringkat kebangsaan yang menaungi semua pelajar Islam di Malaysia," jelasnya.

PKPIM yang ditubuhkan pada 1961 banyak menyumbang kepada generasi muda dan negara. Antaranya mencadangkan penubuhan UIAM pada 1971, menjadi antara badan gabungan terawal Majlis Belia Malaysia (MBM), mempunyai hubungan baik dengan World Assembly of Muslim Youths (WAMY), International Islamic Federation of Students Organization (IIFSO) dan menjadi penggerak utama Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (Pepiat).

"Malah PKPIM turut menekankan aspek pemikiran, tarbiah dan kerohanian yang telah melahirkan ramai pemimpin Islam di negara kita," kata Mohd. Hilmi yang menganggap PKPIM sebagai 'madrasah kedua' bagi mahasiswa yang berhasrat mempelajari seni kepimpinan, ketrampilan diri, pengurusan manusia dan organisasi dalam bentuk yang praktikal. Ia secara tidak langsung menjadi latihan mempersiapkan diri agar berdaya saing dan berketrampilan dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang.

Bercerita tentang penglibatan seriusnya dalam PKPIM, kata Mohd. Hilmi, beliau banyak terlibat dengan program luar negara antaranya ke Laos, Medan, Istanbul, Korea dan Mekah yang bersifat persidangan antarabangsa, pertukaran pelajar dan misi kemanusiaan.

"Pengalaman paling menarik ialah dihantar oleh PKPIM dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) ke Laos pada 2004 untuk mengajar fardu ain kepada kanak-kanak Islam di sana. Walaupun jangka masanya singkat, saya dapat menghayati semangat sukarelawan". "Sebenarnya semangat ini semakin pudar kerana generasi muda masih dijajah dengan sikap individualistik dan kekurangan ini perlu diatasi," tegasnya sambil menegaskan sikap itu amat dituntut oleh Islam.

Bagi Mohd. Hilmi, menyertai persatuan merupakan satu pendedahan dan latihan yang baik kepada mahasiswa universiti. Ini kerana sistem pendidikan Islam bukan sekadar mahu melahirkan individu yang cemerlang dalam akademik tetapi bakal pemimpin yang prolifik.

"Menyertai persatuan dapat mengajar kita cara menjadi pemimpin, mengurus manusia, mengurus masalah, pergaulan dan sebagainya. Mungkin ada yang bermasalah apabila berpersatuan, ini perlu dijelaskan bahawa bukanlah persatuan itu yang mendatangkan masalah tetapi mereka sendiri yang bijak menguruskan masa".

"Saya mengutamakan pelajaran akademik dan kemudian baru persatuan. Malah yang paling penting, hubungan kita dengan Allah mestilah dijaga dengan baik. Itulah kunci kepada pengurusan masa yang baik," katanya.

[ Klik untuk Ke Arkib Utusan ]


Thursday, May 25, 2006

AKU PILIHAN TUHAN

Apakah yang terlintas di fikiran
Seribu satu persoalan

Aku mencari rentak perjalanan
Memimpin lapangan yang sentiasa di hadapan

Ujian Allah sentiasa ditimpa ke atas hambanya
Kita sekadar berdoa supaya dipermudahkannya

Siapa kita hari ini menentukan siapa kita di masa hadapan
Adakah kita masih seperti hari ini?
Adakah kita bertukar wajah?
Allah sahaja yang tahu

Hati bersih tawakal kepada Allah
Kadang kepentingan diri terpaksa dikorbankan

Apakah ini satu ketentuan Ilahi?
Apakah ini jalan pilihanku?
Aku serah sebulat suara kepada Yang Maha Esa

Hidup disulami masalah perkara biasa
Tetapi jangan biasakan timbulkan masalah

Aku pasrah kepada petunjuk Ilahi
Semoga ada hikmah di sebalik peristiwa yang terjadi

Monday, May 08, 2006

BEDAH BUKU


The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-First Century






History of the world twenty years from now, and they come to the chapter "Y2K to March 2004," what will they say was the most crucial development? The attacks on the World Trade Center on 9/11 and the Iraq war? Or the convergence of technology and events that allowed India, China, and so many other countries to become part of the global supply chain for services and manufacturing, creating an explosion of wealth in the middle classes of the world's two biggest nations, giving them a huge new stake in the success of globalization? And with this "flattening" of the globe, which requires us to run faster in order to stay in place, has the world gotten too small and too fast for human beings and their political systems to adjust in a stable manner?
In this brilliant new book, the award-winning New York Times columnist Thomas Friedman demystifies the brave new world for readers, allowing them to make sense of the often bewildering global scene unfolding before their eyes. With his inimitable ability to translate complex foreign policy and economic issues, Friedman explains how the flattening of the world happened at the dawn of the twenty-first century; what it means to countries, companies, communities, and individuals; and how governments and societies can, and must, adapt. The World Is Flat is the timely and essential update on globalization, its successes and discontents, powerfully illuminated by one of our most respected journalists.

Reviews "Before 9/11, New York Times columnist Friedman was best known as the author of The Lexus and the Olive Tree, one of the major popular accounts of globalization and its discontents. Having devoted most of the last four years of his column to the latter as embodied by the Middle East, Friedman picks up where he left off, saving al-Qaeda et al. for the close. For Friedman, cheap, ubiquitous telecommunications have finally obliterated all impediments to international competition, and the dawning 'flat world' is a jungle pitting 'lions' and 'gazelles,' where 'economic stability is not going to be a feature' and 'the weak will fall farther behind.' Rugged, adaptable entrepreneurs, by contrast, will be empowered. The service sector (telemarketing, accounting, computer programming, engineering and scientific research, etc.), will be further outsourced to the English-spoken abroad; manufacturing, meanwhile, will continue to be off-shored to China.
As anyone who reads his column knows, Friedman agrees with the transnational business executives who are his main sources that these developments are desirable and unstoppable, and that American workers should be preparing to 'create value through leadership' and 'sell personality.' This is all familiar stuff by now, but the last 100 pages on the economic and political roots of global Islamism are filled with the kind of close reporting and intimate yet accessible analysis that have been hard to come by. Add in Friedman's winning first-person interjections and masterful use of strategic wonksterisms, and this book should end up on the front seats of quite a few Lexuses and SUVs of all stripes." --Publishers Weekly (starred review)

Tuesday, May 02, 2006

PKPIM MENYAMBUT BAIK USAHA 10 KEMENTERIAN DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

SIARAN MEDIA 3 MEI 2006/ 5 RABI'UL AKHIR 1427:

PKPIM MENYAMBUT BAIK USAHA 10 KEMENTERIAN DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik usaha untuk menggerakkan 10 kementerian dalam menangani masalah disiplin pelajar. Ini bermula apabila jemaah menteri telah mencadangkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin untuk memerangani habis- habisan masalah disiplin pelajar melalui 10 kementerian. Kementerian yang dimaksudkan ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan terakhir Kementerian Penerangan.

Usaha menggerakkan jentera kerajaan secara kolektif dan besar- besaran ini dalam menangani masalah disiplin pelajar dilihatkan sebagai usaha serius dalam menangani isu disiplin pelajar yang semakin meruncing hari ini. Isu keruntuhan moral di kalangan pelajar hari ini melibatkan salah laku kecil sehinggalah kepada perbuatan jenayah berat seperti membunuh, rogol, memukul dan bergaduh yang sering berlaku. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa peratusan kes jenayah di kalangan pelajar meningkat tahun lepas iaitu 5, 543 berbanding pada tahun 2004 sebanyak 5, 140. Dalam statistik yang lain pula, mengikut Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan pelajar sedikit menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004. Peratusan ini walaupun nampak kecil, akan tetapi ianya mewakili 100, 000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa, ini kerana bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu.

Isu disiplin pelajar sampai ke tahap yang membimbangkan. Malah yang terkini ialah apabila seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Desa berumur 12 tahun memukul guru sekolahnya yang berumur 26 tahun dengan penyodok apabila beliau dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta untuk menyiapkan kerja sekolah sambil berdiri. Isu ini dikategorikan serius kerana bagaimana dalam peringkat umur yang begitu muda itu iaitu 12 tahun sudah berani melakukan tindakan ganas terhadap seorang guru. Dalam kes yang berlainan, di Kedah, seorang guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar berumur 39 tahun dibelasah sehingga mengalami kecedaraan parah di muka dan badan kerana menangkap seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan. Beliau dibelasah, ditendang dan ditumbuk bertubi- tubi oleh dua orang pelajar tingkatan lima ketika majlis perhimpunan berlangsung. Dalam kes yang sama di Kedah, seorang guru perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila guru tersebut menegur kesilapan pelajar perempuan tersebut. Akibat merasa sedih yang amat sangat apabila seorang guru diperlakukan seperti itu, guru itu membuat laporan polis.

PKPIM melihatkan juga agar sektor bukan kerajaan seperti swasta, NGO, masyarakat, sekolah dan ibu bapa sendiri memainkan peranan dalam menangani isu disiplin pelajar ini. Mereka ini boleh dilibatkan secara langsung dalam dalam Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin dengan diwakili oleh pemimpin- pemimpin sektor tersebut dan juga mereka ini mesti mendokong secara serius dan konsisten usaha ini.

PKPIM mencadangkan juga agar ada satu kayu ukur yang dipersetujui bersama dalam memastikan keberkesanan jawatankuasa induk yang telah ditubuhkan ini. PKPIM melihatkan peringkat awal dalam menangani isu disiplin pelajar ini telah terlaksana dengan menggerakkan jentera kerajaan dalam jawatankuasa induk tersebut. Malah tidak lupa juga gesaan sektor bukan kerajaan memainkan peranan dalam isu ini. Oleh itu, peringkat seterusnya perlu dilihatkan juga bagi memastikan keberkesanan usaha menangani isu disiplin pelajar ini. PKPIM mencadangkan agar diberi satu tempoh masa untuk melihat kesan daripada jawatankuasa induk ini.

Malah, PKPIM juga menggesa agar ada political will daripada semua pihak dalam menangani isu ini. Isu ini bukan sekadar dilihatkan sebagai musim- musiman yang tidak penting, atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Memang kita sentiasa berdepan dengan pelbagai isu rakyat seperti jenayah, kemiskinan, kebajikan dan sebagainya, akan tetapi PKPIM melihatkan isu ini patut diberi keutamaan juga, kerana ianya melibatkan sumber manusia yang bakal mewarisi masa depan negara. Generasi muda hari ini perlu diberi perhatian dan dibimbing supaya mereka ini rasa dihargai.

Akhirnya, PKPIM yakin dengan pendekatan rakan sebaya dalam menangani isu disiplin pelajar ini. Hari ini kita mempunyai 18 IPTA yang diwakili oleh Majlis Pemimpin Pelajar setiap satunya, tidak termasuk IPTS, kolej swasta, dan dua NGO pelajar yang diiktiraf iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Pelajar Islam Malaysia (GPMS), seluruh agensi pelajar ini perlu digerakkan bersama dan diberi peluang untuk memberi bimbingan kepada pelajar- pelajar dalam usaha membendung masalah disiplin pelajar. Mereka ini boleh diberi akses secara langsung untuk turun ke sekolah dengan menganjurkan program motivasi diri, kem ibadah, kem kecemerlangan akhlak dan akademik dan sebagainya. Malah konsep mento- mentee boleh diaplikasikan pada mereka memandangkan usia umur yang tidak jauh. Belum ada jawatankuasa kecil melibatkan NGO pelajar, Majlis Pemimpin Pelajar universiti serta kerjasama unit kaunseling sekolah dalam menangani isu ini. Oleh itu, PKPIM melihat ada keperluan dan sokongan ke arah penubuhan jawatankuasa tersebut.


MOHD HILMI BIN RAMLI
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Friday, April 28, 2006

A SPECIAL DINNER AND LECTURE WITH PROF. NAQUIB AL- ATTAS, 27 APRIL 2006, IIM






Taking picture with Prof. Naquib Al- Attas, after having dinner and lecture with him. He talked about The Role of Knowledge and Ethical- Moral Integrity in Building A Civilization.Many distinguished guest had participated in this remarkable program,such as Lim Kit Siang,Dato' Musa Hassan,other opposition party representatives,intellectual,Ambassador of United States,academicians,businessman,civil servants,university students etc.

Further about the speaker:http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas

PKPIM CADANG MELABUR DALAM PENDIDIKAN MANUSIAWI BERBANDING MEMASANG CCTV

SIARAN MEDIA 26 APRIL 2006/ 27 RABIUL AWAL 1427:

PKPIM CADANG MELABUR DALAM PENDIDIKAN MANUSIAWI BERBANDING MEMASANG CCTV

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memasang CCTV di sekolah yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet perlu dipertimbangkan dengan sedalam mungkin. PKPIM melihatkan isu pemasangan CCTV ini di sekolah atau di mana- mana institusi pendidikan sekalipun tidak akan menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan pelajar sekolah.

Isu gejala sosial di kalangan pelajar sekolah hari ini telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Setiap hari kita mendapat maklumat mengenai isu gejala sosial yang melibatkan para pelajar sekolah di dalam media. Dahulunya, isu keruntuhan moral di kalangan pelajar tidak mendapat liputan yang meluas dalam media. Liputan yang meluas ini sepatutnya memberi kesedaran dan menyentak kita bahawa isu keruntuhan moral ini perlu ditangani dengan segera.

Isu keruntuhan moral di kalangan pelajar hari ini melibatkan salah laku kecil sehinggalah kepada perbuatan jenayah berat seperti membunuh, rogol, memukul dan bergaduh yang sering berlaku. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa peratusan kes jenayah di kalangan pelajar meningkat tahun lepas iaitu 5, 543 berbanding pada tahun 2004 sebanyak 5, 140. Dalam statistik yang lain pula, mengikut Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan pelajar sedikit menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004. Peratusan ini walaupun nampak kecil, akan tetapi ianya mewakili 100, 000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa, ini kerana bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu.

Isu disiplin pelajar sampai ke tahap yang membimbangkan. Malah yang terkini ialah apabila seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Desa berumur 12 tahun memukul guru sekolahnya yang berumur 26 tahun dengan penyodok apabila beliau dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta untuk menyiapkan kerja sekolah sambil berdiri. Isu ini dikategorikan serius kerana bagaimana dalam peringkat umur yang begitu muda itu iaitu 12 tahun sudah berani melakukan tindakan ganas terhadap seorang guru. Dalam kes yang berlainan, di Kedah, seorang guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar berumur 39 tahun dibelasah sehingga mengalami kecedaraan parah di muka dan badan kerana menangkap seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan. Beliau dibelasah, ditendang dan ditumbuk bertubi- tubi oleh dua orang pelajar tingkatan lima ketika majlis perhimpunan berlangsung. Dalam kes yang sama di Kedah, seorang guru perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila guru tersebut menegur kesilapan pelajar perempuan tersebut. Akibat merasa sedih yang amat sangat apabila seorang guru diperlakukan seperti itu, guru itu membuat laporan polis.

Sebenarnya banyak lagi kes disiplin pelajar yang berlaku saban hari dan ianya semakin membimbangkan. Sekiranya ini tidak ditangani dengan sempurnya dan baik, dikhuatiri hasrat murni kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berwawasan serta berakhlak mulia tinggal harapan sahaja. Malah masa depan negara tidak akan menjaminkan kestabilan kerana generasi yang ada hari ini penuh dengan masalah dan krisis. Mana mungkin generasi yang bermasalah ini dapat memimpin dengan baik masa depan negara.

Hasrat memasang CCTV mungkin ada kewajarannya, berdasarkan kes disiplin pelajar di sekolah yang semakin meningkat. PKPIM bersetuju apa jua hasrat untuk menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Akan tetapi beberapa pertimbangan perlu difikirkan agar kita dapat menyelesaikan masalah mengikut ramuan yang sepatutnya.

PKPIM memandang, isu disiplin pelajar ini perlu ditangani bersama. Displin pelajar bukan sahaja terletak di tangan guru disiplin, sekolah ataupun polis. Ianya perlu melibatkan masyarakat yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, NGO, ibu bapa dan media. Sebagai generasi muda, golongan pelajar perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar, bukannya menghukum. Pendekatan menghukum tanpa didikan yang sepatutnya tidak relevan lagi hari ini. Pemasangan CCTV dilihatkan sebagai langkah berjaga- jaga masalah disiplin pelajar yang akhirnya sekiranya dapat ditangkap akan dihukum juga. Memasang CCTV sebagai alat kawalan pelajar bukan menyelesaikan masalah utama pelajar itu. Pelajar itu perlu dilihatkan sebagai sumber manusia yang telah dipengaruhi dengan pelbagai elemen- elemen luaran yang banyaknya tidak baik. Mereka ini perlu diberi pendekatan manusiawi sekiranya kita serius untuk memulihara dan memperbaiki akhlak mereka.

Malah, ibarat tangan yang luka, kaki yang dibalut. Pemasangan CCTV juga melibatkan kos yang tinggi. Adalah baik sekiranya kos itu dilaburkan untuk program- progam latihan untuk memperbaiki jati diri pelajar, kem kecemerlangan pelajar, pendidikan, penyelidikan dan sebagainya. PKPIM yakin, pelajar hari ini bukan sahaja tidak mahu dikongkong seperti dalam penjara apabila banyak CCTV diletakkan di sekolah- sekolah untuk mengawal aktiviti mereka, yang paling penting mereka ini mahukan pendedahan dan pengalaman yang akan membantu mereka. Pelajar hari sudah bersikap terbuka dan matang, bukan dilayan seperti budak- budak kecil lagi.

PKPIM juga menyeru agar sistem pendidikan negara dikemaskini iaitu yang melibatkan pemahaman mendidik di kalangan guru, ibu bapa dan masyarakat. Kehadiran pelajar ke sekolah bukan dilihatkan sebagai sumber keuntungan, sumber manusia bagi sekolah untuk mengejar matlamat material, akan tetapi dilihatkan sebagai aset kepimpinan negara. Ianya perlu dididik dan disemai dengan budi pekerti yang baik. Seorang guru tidak hanya memuntahkan maklumat atau ilmu yang dia ada di kelas kemudian habis. akan tetapi mempunyai sikap mendidik iaitu faham psikologi anak murid, mesra, kasihan, suka membantu dan sebagainya. Seorang guru perlu mempunyai sikap mendidik, bukan mengajar.

Dalam sudut yang lain juga, hari ini kita hidup dalam pendemokrasian hiburan dan stesyen TV, menyebabkan kebanjiran program hiburan yang datang dari pelbagai arah Barat atau Timur. Akan tetapi, yang banyak mempengaruhi pengisian hiburan ini ialah elemen- elemen negatif. Siapakah yang mempengaruhi atau meransang seorang anak murid berumur 12 tahun untuk bertindak ganas sekiranya dia tidak menonton siaran TV yang ganas, misalnya rancangan gusti WWE. Malah banyak lagi pengaruh TV dan hiburan yang menjadi peransang kepada isu disiplin pelajar hari ini.

Oleh itu PKPIM menegaskan, para pelajar perlu diberi pendekatan mendidik yang manusiawi sifatnya, bukan menggunakan pendekatan menghukum semata. Isu pemasangan CCTV tidak akan menyelesaikan masalah disiplin pelajar. CCTV dapat mengawal dan memerhatikan aktiviti pelajar, akan tetapi tidak dapat menjadikan pelajar menjadi lebih manusiawi dan baik. Malah, ada juga yang menyindir, akhirnya para pelajar menjadi 'artis' apabila banyak sangat ‘kamera diletakkan di sekolah- sekolah.



MOHD HILMI RAMLI
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Sekretariat PKPIM Pusat
Anjung Rahmat Batu 6,
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
T+603-6187 9520F
+603-6184 2570W
+www.pkpim.net
E+pkpim_spp@yahoo.com


s.k.

Perdana Menteri,
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Pelajaran,
Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein

Timbalan Menteri Pelajaran 1
Dato' Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pelajaran 2,
Dato' Noh Omar

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dato' Dr. Hj. Ahmad Sipon

Thursday, April 27, 2006

ISU MORAL PERLU DITANGANI DENGAN KEFAHAMAN YANG SEMPURNA

Isu moral di kalangan rakyat Malaysia bukanlah perkara yang baru. Setiap hari kita berhadapan dengan isu moral rakyat Malaysia yang pelbagai, dari jenayah bunuh, rogol, rasuah, rompak, penipuan dan sebagainya, sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, Melayu, Cina atau India, yang kaya atau miskin, menteri atau orang awam dan sebagainya. Ianya berulang- ulang setiap hari tanpa henti. Dalam pada itu, timbul pula aliran pemikiran yang mengatakan kegiatan yang tidak bermoral ini merupakan hak individu terbabit.

Isu ini bermula secara terbuka apabila kejadian sekumpulan remaja termasuk artis terkenal ditangkap ketika pesta arak di disko Zouk pada 2004. Setelah tangkapan yang sah dibuat melalui kelulusan dan pemantaun polis, timbul suara tidak puas hati di kalangan individu dan NGO yang melihatkan tangkapan ini melanggar hak asasi mereka. Kemudian, tekanan demi tekanan yang dibuat melalui media, forum dan lobi- melobi menyebabkan Jabatan Agama Islam (JAWI) yang bertangungjawab menangkap terpaksa tunduk kepada desakan itu. Akhirnya mereka dilepaskan tanpa hukuman yang sewajarnya.


Kemudian timbul pula isu dua pasangan Ooi Kean Thong dan Siow Ai Wei yang ditangkap dan didenda ketika bercumbu- cumbu dan berpelukan di bawah rimbunan pokok di Taman KLCC pada 2 Oktober 2003. Mereka ini didakwa di mahkamah, memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa membuat undang- undang dan peraturan menyekat perbuatan tidak sopan di khalayak ramai. Tindakan menghukum mereka ini sekali lagi mendapat tentangan hebat dari golongan liberal apabila tindakan menghukum mereka dipertikaikan. Hujah mereka ialah cium dan berpelukan adalah hak asasi mereka, tidak kira di mana- mana atau terbuka. Malah sebuah parti politik mengadakan demonstrasi bantahan dengan mengadakan ‘upacara cium- ciuman dan pelukan’ di hadapan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tindakan mereka ini dengan membawa poster menyokong hak asasi moral ini sebenarnya telah mempersenda hukuman undang- undang yang telah dikenakan kepada pasangan tersebut. Dari satu segi semacam ruang demokrasi telah mereka gunakan, dari satu segi mereka tidak hormat kepada salah satu rukun negara iaitu keluhuran perlembagaan dan sensitiviti budaya dan agama negara ini yang semestinya orang Melayu dan Islam.

Persoalan yang timbul ialah, apakah perlakuan moral kita merupakan hak asasi mutlak kita? Ini bermakna, kita mempunyai hak yang mutlak untuk melakukan apa jua perbuatan, tidak kira mendatangkan kebaikan atau keburukan tanpa ada gangguan oleh mana- mana pihak, sama ada individu atau pihak berkuasa. Jawapan ini mengundang kekeliruan yang besar. Ini memandangkan, setiap manusia mempunyai tafsiran tersendiri dalam menafsir setiap perbuatan mereka.
Soal pemahaman moral yang liberal dan longgar telah berakar kuat di Barat. Maka itu, tidak mustahil setiap perbuatan itu boleh jadi baik di suatu ketika dan tempat, dan boleh jadi tidak baik. Sebagai contoh ialah perkahwinan sesama jantina, yang dahulunya taboo dan dilarang sama sekali dari sudut agama dan undang- undang. Akan tetapi hari ini, perkahwinan sesama jantina diluluskan oleh mereka yang sepatutnya menentukan kayu ukur moral yang baik iaitu autoriti agama dan mahkamah. Gereja dan mahkamah telah sebulat suara menyokong perkahwinan sesama jantina yang dahulunya haram dan tidak boleh.

Ini bermula kerana pertamanya, agama melalui gereja di negara Barat sudah tidak berfungsi sepenuhnya dalam mendidik dan menentukan keputusan moral manusia. Ini kerana mereka tidak mempunyai teks wahyu yang tetap seperti dalam Islam iaitu Al- Quran, dan keduanya, pihak gereja tidak lagi dipandang sebagai pihak yang paling berautoriti dalam mata pandangan masyarakat Barat. Kemudian, dari satu segi, kefahaman yang liberal dan relativisme telah berakar dalam pemikiran masyarakat Barat secara keseluruhan. Mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju kehidupan masing- masing. Mereka tidak ada kriteria umum yang boleh mereka gunakan untuk mentafsirkan perlakuan moral, seperti Islam yang ada teks Al- Quran dan Hadis dan wibawa autoriti ulama Islam. Mereka yang beragama di Barat dianggap musuh terutamanya umat Islam. Fenomena yang ketara ialah apabila umat Islam banyak dilemparkan dengan tuduhan buruk seperti fundamentalis, teroris, Taliban dan sebagainya. Kehidupan mereka ini diganggu, diancam dengan bunuh, diboikot, dilarang mempamerkan simbol Islam seperti memakai tudung, dan sebagainya. Jika ada seorang Muslim yang melakukan jenayah moral, mereka ini akan dihebohkan dalam media dan menjadi bahan kutukan orang ramai. Ini sama sekali tidak berlaku jika ada bukan Islam atau anti- moral yang melakukannya.

Secara keseluruhan, fahaman liberal dalam mentafsirkan moral telah berakar dan agama tidak boleh menentukan hukuman moral kerana agama di sana bukan menjadi autoriti dan keutamaan. Akan tetapi, ini berbeza dengan negara Malaysia, yang kita fahami, menjadikan Islam sebagai agama rasmi, dibentuk melalui adat dan budaya agama yang kental, mempunyai masyarakat beragama yang banyak dan masih mempunyai prinsip dan maruah diri.

Fenomena di Barat sepatutnya mengajar kita di Malaysia. Keruntuhan moral di Barat akibat pentafsiran pelbagai adalah realiti yang berlaku. Dalam konteks negara ini, isu moral perlu dilihat dalam konteks adat dan budaya yang berakar di sini. Rakyat perlu patuh kepada undang- undang dan budaya yang berada di sini. Patuh bukan bermakna dalam konteks desakan undang- undang, akan tetapi faham dengan baik dengan adat dan budaya yang telah berakar di sini.

Malaysia, tidak dapat dinafikan, merupakan negara yang masih kaya dengan adat budaya tradisional. Mungkin dalam kaca mata Barat, apa jua unsur tradisional simbol kepada kemunduran dan kejumudan. Maka mereka menafikan simbol tradisional ini yang semestinya mampu lahir daripada kehidupan yang beragama.
Ada yang membangkitkan bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai bangsa, dan rakyat tidak boleh diimplementasikan dengan hanya satu undang- undang sahaja. Hujah mereka ialah, mungkin peluk dan bercium antara lelaki dan perempuan bukan mahram boleh dikenakan tindakan undang- undang mahkamah syariah, dan bertentangan dengan agama dan budaya Islam itu sendiri. Akan tetapi ianya tidak bagi bukan Islam seperti India, Cina dan sebagainya. Jika sekalipun bukan undang- undang syariah dikenakan kepada bukan Islam, apa jua hukuman melarang mereka meluahkan perasaan secara terbuka yang dikatakan hak asasi mereka dikatakan melanggar hak asasi mereka.

Untuk menangani isu ini, perlu pendekatan memahami sejarah pembentukan negara ini diberitahu iaitu berkaitan kontrak sosial. Soal kontrak sosial boleh dijadikan permulaan untuk meredakan segala kekusutan yang melanda. Menurut Prof. Dr Awang Sariyan (2006), kontrak sosial merupakan unsur penting dalam sejarah pembentukan bangsa dan negara ini. Menurutnya, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Tanah Melayu diidentifikasikan dengan penduduk asalnya yang teras iaitu Melayu. Menurutnya lagi, hakikat ini menjadi fakta sejarah yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa pun kerana bukan hanya merupakan dakwaan orang Melayu semata- mata, tetapi juga dirakamkan oleh sarjana dan penulis luar termasuk dari Barat.

Kemudian, penjajah datang di Tanah Melayu ini dan membawa orang Cina dan India secara pukal bekerja di sini untuk manipulasi ekonomi mereka juga dan menyebabkan situasi demogafi negara ini secara langsung berubah. Kenyataan penting juga bagaimana perjanjian kemerdekaan dicapai apabila Malaysia terpaksa menerima kaum- kaum pendatang itu sebagai warganegara yan sah apabila penjajah mendesak sekiranya ingin mencapai kemerdekaan. Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan juga, sebagai imbangan kepada pemberian taraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum- kaum lain itu setuju menerima peruntukan yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu, iaitu kedudukan Raja- Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan rasmi serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Itulah yang dinamakan kontrak sosial dalam konteks pembentukan negara ini sesudah lepas dari belenggu penjajah. Susulan daripada itu, satu dasar utama negara telah dibentuk bagi memantapkan lagi pembentukan bangsa Malaysia yang baru yang berakar pada budaya dan adat teras di Malaysia, iaitu pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Tiga asas kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu kebudayaan berteraskan kebudayaan asal rantau ini iaitu Melayu, boleh menerima kebudayaan lain asalkan ianya wajar dan sesuai dan menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan negara ini.

Dasar ini tidak bersikap monopoli, kerana meraikan juga kebudayaan- kebudayaan lain yang semestinya datang dari bangsa Cina, India dan lain- lain asalkan disifatkan wajar, iaitu tidak bertentangan dengan kebudayaan Islam dan Melayu itu sendiri.
Oleh itu, pemahaman yang sebenar seperti ini sudah cukup memberitahu kita bahawa sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, kita sebenarnya telah dibentuk oleh dasar yang baik sejak negara ini merdeka. Dasar ini dianggap sebagai dasar Nyah- Barat kerana memungkinkan melahirkan bangsa Malaysia yang bebas dari jelmaan Barat dan bangsa mempunyai identiti tersendiri. Jika dasar ini tidak dibentuk, barangkali Malaysia masih mempunyai sikap dan mentaliti Barat sepenuhnya, walaupun zahirnya telah merdeka, melalui peniruan imej penjajahnya iaitu Inggeris. Ini terjadi di banyak negara seperti Algeria, Morokko, dan sebagainya apabila masih dikongkong oleh mentaliti penjajah mereka iaitu Perancis, sehinggakan bahasa Perancis lebih dominan berbanding bahasa asal mereka iaitu bahasa Arab. Malah banyak lagi ciri- ciri penting pembentukan bangsa mereka celaru akibat tiada dasar asas seperti di negara kita ini.

Kesimpulannya, isu moral yang semakin meruncing ini perlu ditangani dengan bijaksana. Pendekatan hukuman masih relevan dikenakan sekiranya memang didapati bersalah. Dalam sudut yang lain, pendekatan hukuman semata tidak relevan dikenakan kerana menghambat minda kita untuk muhasabah dengan telus mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan. Oleh itu, pendekatan memahami dengan baik akan sesuatu isu amat penting dalam mendidik rakyat supaya lebih berkesedaran sivik. Pendekatan mendidik ini amat penting walaupun tidak popular, akan tetapi akhirnya dapat menyedarkan kita akan hakikat kewujudan kita sebagai rakyat Malaysia dan membuatkan kita menjadi manusia yang semakin baik dan rendah diri kepada Pencipta dan negara.

MOHD HILMI BIN RAMLI
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
212, Anjung Rahmat, Bt. 6. Jalan Gombak,
53100, Kuala Lumpur.

019- 3068241/ 03- 61879520
mhilmi_ramli@yahoo.com
pkpim_spp@yahoo.com
www.pkpim.net

Monday, March 13, 2006

AMAR MAKRUF SEBAGAI WATAK BANGSA

Saya tertarik dengan gagasan besar yang dilontarkan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil, ketika menyampaikan ucapan dasar pertamanya selaku Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) 11 Mac 2006. WADAH merupakan wadah atau platform bagi lepasan ABIM. Bagi sesiapa yang sudah tamat 'tarbiah' di ABIM, secara automatik mempunyai platform yang baru. Begitu juga terjadi dalam PKPIM. Apabila sudah tamat 'tarbiah' PKPIM, ABIM adalah wadah seterusnya.

Maka PKPIM- ABIM- WADAH merupkan kesinambungan tarbiah dan dakwah yang dicetuskan. Malah WADAH juga menampung ahli- ahli veteran ABIM yang masih bersemangat dalam meneruskan misi dakwah di tanah air ini. WADAH juga membuka peluang kepada golongan 'emas' yang sudah pencen. Ini kerana memang ada manusia yang umur sudah lanjut baru timbul kesedaran untuk berbakti pada agama Islam. Ketika mudanya bukan main ligat dengan profesion keduniaan sehingga meninggalkan langsung baktinya dalam agama dan dakwah. Ataupun masa muda- muda mereka takut untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Islam atau perjuangan Islam kerana takut dibuang kerja dan sebagainya. Apapun, itulah namanya manusia, yang penting kita berdoa supaya kita dimatikan dalam Husnul Khatimah. Tidak semestinya yang mula- mula giat dalam dakwah Islam berakhirnya dengan kebaikan, dan tidak juga yang lambat kenal dakwah akan berakhir dengan keburukan.

Berbalik kepada gagasan Ustaz Siddiq Fadzil, beliau menyatakan bahawa seharusnya prinsip Amar Makruf dan Nahi Munkar menjadi watak bangsa yang dikongsi oleh semua umat Melayu. Ianya bukan lagi menjadi amal- amalan pendakwah atau aktiviti kecil- kecilan. Dalam Al- Quran dan Hadis ada banyak yang menyuruh umat melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
.
Apa yang menariknya, sebagai contoh jika umat Melayu boleh sensitif dan menolak kejijikan 'babi', seharusnya umat Melayu juga boleh menjadikan rasuah, zina, rompak dan sebagainya sebagai jijik, seperti mana jijiknya 'babi' itu. Oleh itu, proses ini akan mengambil masa yang lama, maka melalui pendidikanlah kita dapat menerapkan prinsip Amar Makruf dan Nahi Munkar sebagai watak bangsa yang akan datang.

Wednesday, February 08, 2006

BAHANA NILAI LIBERAL BARAT

www.ummahonline.com

Pada 30 September 2005, suratkhabar Denmark Jyllands- Posten telah menerbitkan 12 karikatur Nabi Muhammad saw dalam rupa bentuk yang hina. Paparan ini mendapat reaksi kemarahan umat Islam dan kemudiannya kartun tersebut ditarik balik. Akan tetapi selepas itu, 12 negara Barat seperti Norway, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, dan termasuk suratkhabar Jordan, Al- Mehwar menyiarkan kartun tersebut. Malah suratkhabar tempatan, Sarawak Tribune turut mengeruhkan suasana apabila menyiarkan kembali kartun tersebut.

Episod penghinaan Nabi Muhammad Saw melalui lukisan kartun ini mendapat reaksi negatif dari seluruh pelusuk umat Islam sedunia. Dari kota Lahore, Bangladesh sehingga Jakarta, Indonesia, dari Beirut, Lubnan sehingga London, England, umat Islam menyatakan kemarahannya. Pada Jumaat 3 Februari, Sheikh Yusof Qardawi mengishtiharkan 'Hari Kemarahan bagi umat Islam. Sesungguhnya hari Jumaat tersebutlah hari kemuncak dan strategik bagi umat Islam untuk menyatakan protes. Ada juga di kalangan umat Islam yang menghantar memorandum kepada duta negara Barat yang terbabit, ada yang berdemosntrasi di hadapan kedutaan negara tersebut, membakar bendera dan paling ekstrem apabila Kedutaan Konsulat Denmark di Beirut, Lubnan dibakar. Sebelum itu lagi pun, apabila negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan dan beberapa lagi telah memanggil balik duta masing- masing di Denmark dan Norway, termasuk melancarkan boikot segala produk dari negara- negara tersebut.

Menurut editor suratkhabar tersebut, sebenarnya tujuan beliau menyiarkan karikatur tersebut adalah manifestasi kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Bagi beliau, ini adalah lumrah bagi negara Barat seperti Denmark, oleh itu jika ianya menyentuh sensiviti umat Islam, seharusnya ianya difahami bukan dalam konteks menghina agama tersebut, akan tetapi menyatakan kebebasan bersuara yang terbuka di Denmark. Seharusnya kita perlu fahami bahawa, nilai sekular dan liberal di Barat telah menyerap sejati di dalam pemikiran masyarakat Barat walaupun dikatakan agama Kristian merupakan agama dominan dan terbesar dalam negara- negara Barat.

Dalam sejarah, agama Kristian merupakan satu- satunya agama yang berpindah dari pusat asalnya iaitu Palestin ke Rom. Sejarah perpindahan agama ini telah merubah seluruh struktur dan nilai asli Kristian yang dibawa oleh pengikut Nabi Isa. Kita sebagai umat Islam perlu faham bahawa agama Kristian yang ada hari ini merupakan modifikasi tangan- tangan paderi yang hidup selepas zaman Nabi Isa. Agama yang dibawal oleh Nabi Isa dahulu sudah berubah dan sama sekali tidak sama dengan agama Kristian yang ada hari ini. Malah nama Kristian pun dinasabkan kepada Al- Masih, iaitu maksudnya Christ dan akhirya menjadi agama Kristian. Kitab Bible yang ada hari ini juga bukan ajaran Injil oleh Nabi Isa yang dahulu.

Pendek kata, agama Kristian hari ini telah diresapi oleh kebudayaan Barat Rom, yang akhirnya meluntur semangat dan nilai keagamaan yang ada pada agama Kristian itu. Hakikat ini telah dibongkarkan oleh Prof. Naquib Al- Attas dalam bukunya, Risalah Untuk Kaum Muslimin. Fenomena ketara yang boleh kita perhatikan ialah, apabila upacara penebusan dosa dan pelantikan Pope yang baru penuh dengan adat istiadat materialistik dan kemewahan, sesuatu yang tidak pernah wujud dalam kebudayaan Kristian. Malah pelbagai budaya seperti sambutan Krismas, kewujudan Santa Clause dan pelbagi lagi fenomena 'bida'h' agama Kristian yang diwujudkan mengikut kesesuaian masa.

Keduanya, peradaban Barat telah menundukkan agama Kristian dengan menafikan peranan agama tersebut. Faham sekular menyebabkan agama mereka terus tenggelam dan tiada fungsinya. Negara dan gereja merupakan dua entiti yang berbeza, negera diperintah oleh Raja, manakala gereja oleh paderi. Ini sama sekali berbeza dengan Islam.

Dalam sudut yang lain, apabila agama Kristian berpindah ke Barat, diharapkan agama tersebut dapat merubah kehidupan beragama, akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sejarah Martin Luther menentang gereja merupakan kemuncak kegagalan gereja dalam menangani isu- isu masyarakat dan kaitannya dengan agama ketika itu. Kongkongan intelektual yang terlalu menekan oleh pihak gereja menyebabkan lahirnya golongan Protestan yang membawa nilai liberal, sekular dan dekonstruksi agama yang menyerap seluruh dunia Barat ketika itu. Akhirnya, agama Kristian melalui gereja telah dimandulkan fungsinya, dan hanya berperanan setiap hari Ahad untuk upacara pengampunan dosa, itupun tidak ramai yang hadir dan menaruh kepercayaan kepada gereja.

Hari ini, nilai sekular dan liberal berakar dalam pemikiran masyarakat Barat. Oleh itu, tidak hairanlah bagi mereka apabila nilai- nilai keagamaan boleh dipersendakan. Mereka dengan sesuka hati mempersendakan watak Pope atau paderi, golongan agama mereka dengan pelbagai watak yang melucukan sama ada dalam iklan, kartun, cerita dan lagu. Malah agama Kristian juga dipersendakan, sebagai contoh dalam kumpulan Black Metal yang menterbalikkan lambang salib. Bukan setakat itu sahaja, mereka berhak menyuarakan pendapat, sama ada positif dan sensitif, kerana bagi mereka inilah kebebasan bersuara yang menunjukkan masyarakat bertamadun.

Hakikatnya mereka jahil mengenai agama Islam yang mereka sangkakan seperti agama- agama lain. Bagi kita umat Islam, memang manusia dilahirkan untuk bersuara dan berhak menyuarakan segala pandangan. Akan tetapi, kita mempunyai batasan dan ruang lingkup yang boleh kita menyatakan pandangan.

Ini kerana kita dikurniakan akal yang singkat, keduanya tidak semua isu boleh kita perkatakan, terutamanya yang melibatkan hal ehwal agama, kaum, bangsa dan sentimen lain. Islam menghormati semua fahaman dan agama di dunia ini. Dalam Al- Quran pun ada berbunyi,” Jangalah kamu mencerca agama- agama lain”. Islam memberi panduan kepada umatnya supaya menghormati semua agama yang wujud di muka bumi ini.

Barat telah menyalahgunakan konsep kebebasan bersuara, kerana mereka tiada panduan agama yang sejati, yang masih autentik sifatnya, dengan agama Kristian yang sudah hilang keasliannya. Barat berpandu kepada rasional akalnya, yang kononnya 'anugerah mutlak bagi manusia'. Revolusi akal dalam sejarah kebangkitan Barat telah menyaksikan mereka memartabatkan akal lebih daripada panduan agama mereka. Oleh itu seorang ahli falsafah Jerman, Fredrick Nietchze telah menulis dalam satu buku beliau, 'God is Dead', manifestasi kekecewaan peranan Tuhan mereka yang telah 'mandul'. Kebebasan tanpa sempadan ini menyebabkan sistem perjalanan masyarakat menjadi kelam kabut. Mereka dicorakkan oleh firasat, hawa nafsu dan kehendak semasa, yang sudah pasti tidak kekal dan sentiasa berubah. Akhirnya hari ini kita melihatkan nilai kehidupan mereka sering berubah, dan tidak ada yang kekal.

Episod menghina Nabi Muhammad SAW ini pasti akan berlaku lagi sekiranya tiada tindakan tegas daripada umat Islam mahupun kerajaan Islam. Akan tetapi, tindakan kita perlulah berasas dan berhemah. Bukan dilarang untuk berdemonstrasi dan berkempen membantah di depan kedutaan, akan tetapi jangalah kita terperangkap dengan provokasi nakal mereka. Malah sepatutnya kita perlu sedar bahawa inilah watak manusia yang tidak bertamadun apabila orang yang mulia seperti Nabi Muhammad SAW, yang diiktiraf bukan sahaja di kalangan umat Islam, malah seluruh dunia telah diperlekehkan. Dalam buku '100 Most Influential Person in The World', Michael Hart telah meletakkan Baginda SAW sebagai tokoh nombor satu yang paling berpengaruh.

Oleh itu, cara kita respon dan bertindak mestilah berhikmah, melambangkan kebijaksanaan dan keperibadian yang mulia, tidak perlu melenting tidak tentu hala kerana kita berhadapan dengan golongan yang jahil dan tidak bertamadun. Segala tindakan kita perlulah memberi mesej kepada mereka bahawa umat Islam tidak senang dengan tindakan mereka menghina Nabi Muhammad SAW dan menuntut mereka berhati- hati dalam mengeluarkan sesuatu yang sensitif dengan agama Islam.

Paling penting ialah, sepatutnya setiap umat Islam perlu mempunyai perasaan cemburu dengan agamanya. Apabila sesuatu kecaman diletakkan ke atas agama Islam, umat Islam perlu bangkit menyatakan bantahan dan ketegasan. Isu menyiarkan kartun hina Nabi ini sedikit sebanyak mempamerkan sikap responsif umat Islam yang perlu dipuji. Dalam pada itu, sebenarnya wujud golongan manusia yang tidak ambil endah dengan isu ini. Oleh itu, mereka ini perlu diberi kesedaran dan tunjuk ajar, supaya tidak tergolong dalam manusia yang munafik.

MOHD HILMI BIN RAMLI
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
212, Anjung Rahmat, Bt. 6. Jalan Gombak,
53100, Kuala Lumpur.

Monday, January 30, 2006

PKPIM MENUNTUT AGAR SEGERAKAN PINDA AUKU

PKPIM MENUNTUT AGAR SEGERAKAN PINDA AUKU


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan media Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri pada 26 Januari mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, yang tidak akan dimansuhkan, akan tetapi dipinda dari peringkat ke peringkat. Kenyataan beliau ini menunjukkan komitmen dan sikap terbuka beliau dalam menerima pandangan dan suara pelajar. Malah PKPIM merujuk kepada kenyataan akhbar Dato’ Seri Dr. Shafiee Mohd Salleh, Menteri Pengajian Tinggi pada13 Disember bahawa jawatankuasa khas menilai peraturan dalam AUKU supaya disegerakan.

PKPIM merasakan sudah tiba masanya AUKU dinilai dan disemak kembali. Setelah pindaan terakhir dibuat pada 1983, kesan AUKU telah menyebabkan berlaku beberapa fenomena kurang sihat. Ini berlaku walaupun pada tujuan asalnya ingin mengekang dan mengawal mahasiswa daripada terjebak dengan gejala negatif mahupun kurang sihat.

Berdasarkan pemerhatian PKPIM, AUKU telah menyuburkan beberapa budaya kurang sihat di kalangan mahasiswa. Antaranya ialah:

Suburnya nilai- nilai individualistik dan materialistik di kalangan mahasiswa, apabila mereka beranggapan universiti hanya tempat mereka mendapatkan ijazah dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik. Akhirnya, mereka mati rasa dengan isu- isu masyarakat di luar.

Timbulnya budaya takut apabila didapati melanggar AUKU. Akhirnya pinjaman dipotong, dimarahi ibu bapa, tiada peluang menyambung pelajaran dan sebagainya. Mereka dibayangi oleh undang- undang yang mencengkam mereka dan menatijahkan hilang rasa berani bersuara, mengkritik dan mengemukakan gagasan baru dalam masyarakat.

Mahasiswa hanya menumpukan kepada aktiviti dalam kampus sahaja, yang kadang bersifat rekraesi dan hedonistik. Hanya segelintir sahaja yang berminat dengan kegiatan intelektual dan ilmiah yang mencerahkan akal.

Mahasiswa hilang minat mengetahui dan menganalisis isu semasa yang berlaku di luar universiti. Ini kerana mereka dibayangi oleh AUKU yang mencengkam. Akhirnya, slogan 'Mahasiswa Jurubicara Masyarakat' hilang begitu sahaja.

PKPIM berpandangan, isu kelesuan mahasiswa yang berlaku hari ini amat serius, berpunca dari AUKU ini. Sebagai contoh, mahasiswa yang malu bertanya dalam kelas, tidak kompetitif dalam pekerjaan, tidak kritikal dan malas berpersatuan adalah gejala real yang berlaku hari ini. Malah kelesuan mahasiswa ini akhirnya akan merugikan negara jua, kerana merekalah aset negara yang bakal memimpin kelak. Sekiranya banyak tekanan dan budaya kurang sihat diikat, maka dikhuatiri kita menempah masa depan yang tidak menentu bagi generasi akan datang.

MOHD HILMI BIN RAMLI
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)