Tuesday, August 02, 2005

SIRI BUDAYA 2

THE PROBLEM OF MUSLIM MIND...


PULAU PINANG 1 Ogos - Kerajaan memandang serius kemunculan rancangan-rancangan hiburan realiti di stesen-stesen televisyen yang dikhuatiri boleh mengancam budaya masyarakat Timur dan meruntuhkan akhlak rakyat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat.

``Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,'' katanya.

Ini merupakan pendirian rasmi pertama kerajaan berhubung rancangan hiburan realiti yang kini sudah menjadi trend di kalangan stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kebanyakan rancangan realiti tempatan itu dicedok konsepnya dari luar negara.

(Utusan Malaysia, 2 Ogos 2005, Selasa)




Image Hosted by ImageShack.us

(Apakah Mawi menjadi bahan komoditi konspirasi syarikat gergasi hiburan yang anti- moral?)





Secara umumnya, ramai rakyat Malaysia yang pro- moral merasa lega dengan kenyataan ini. Saya mengatakan pro- moral kerana ada juga rakyat yang anti- moral. Ini kita boleh perhatikan perlakuan mereka apabila menentang 'pasukan amal ma'aruf dan nahi munkar', mengadakan program hiburan tanpa memikirkan soal pembinaan akhlak, manusia yang sibuk mengejar duit sampai tidak masa mendidik anak dan ramai lagi. Hakikkatnya, dua golongan 'kutub utara dan kutub selatan' ini tidak akan berdamai antara satu sama lain. Manakan air hendak bercampur dengan minyak? Bukankah yang benar itu susah jelas dan yang salah itu sudah jelas.

Kebanjiran rancangan realiti TV ini sepatutnya memberi keinsafan kepada kita. Walaupun pada hakikatnya ada juga elemen positif yang ditunjukkan. Contohnya, dalam Akademi Fantasi, sekurang- kurangnya imej 'budak Melayu, teguh jati diri, pandai baca Al-Quran, minat lagu- lagu nasyid' menjadi faktor dominan dalam rancangan itu. Ini juga menunjukkan, remaja sudah mahu mereka yang mempunyai ciri- ciri seperti budak muda yang bernama 'Mawi'. Mereka tidak mahukan mereka yang terkinja- kinja macam 'ber*k', pakai seksi, rambut merah, hidung bertindik dan segala macam perangai yang tidak serupa manusia lagi.

Secara keseluruhan juga apabila banyaknya rancangan realiti TV ini ditayangkan di kaca mata TV, menunjukkan kita masih jauh ketinggalan. Malah hampir 50 tahun merdeka sebenarnya kita masih tidak boleh berdikari lagi. Kita masih menceduk produk Barat secara langsung tanpa ada rasa malu- malu kucing, malah bangga pula dengan pencapaian kita. Perkembangan 'positif' ini memang mengembirakan golongan yang tidak mahu melihat rakyat mempunyai idea yang kritikal, pandai, ada jati diri, beragama teguh dan lain- lain. Hakikatnya, ini akan membantutkan perancangn dan usaha- usaha membina jati diri yang telah dipelopori oleh generasi awal dahulu. Ibarat 'mahu membina Tembok China mengorbankan berjuta nyawa, mahu meruntuhkannya memerlukan satu hari sahaja'.

Ibn Khaldun sudah mengatakan, "Bangsa yang dijajah akan sentiasa menggunakan budaya mereka yang menjajah". Oleh itu, jika benar kita sudah merdeka, maka siaran 'Malaysian Idol, Mencari Cinta, Akademi Fantasia' tidak akan wujud dalam alam TV kita.

No comments: