Tuesday, June 07, 2005

DIARI DI KOTA ISTANBUL

DIARI DI KOTA ISTANBUL






(Di selat Bostphorus, belakang adalah Kubu Remili yang dibina oleh Al-Fatih sebelum masuk ke Konstantinople.)


Jika pada 26 Mei 2005, pasukan Liverpol berjaya menggamatkan bumi Istanbul kerana mengalahkan Ac Milan dalam Juara Liga- Liga, pada 29 Mei 1453 Muhammad Al- Fatih berjaya menawan kota Constantinople yang ditukar Istanbul.

Penulis bersyukur kerana berada di Istanbul, Turki pada sambutan 29 Mei baru- baru ini. Pengalaman menghadiri sambutan Pembukaan Kota Konstantinople dan mesyuarat International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO) mengkayakan pengalaman penulis mengenai sejarah tamadun Islam. Penulis mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama En. Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berada di Istanbul pada 27 Mei - 3 jun 2005.

Turki, sebuah negara ekstrem sekular, dahulunya adalah tapak kerajaan Uthmaniah. Pada 1924, kerajaan Uthmaniah tumbang akibat tekanan luar dan masalah dalaman lalu diganti oleh Mustafa Kamal Attaturk.Kamal Attaturk dikenali sebagai Father of Turk, membawa perubahan yang drastik terhadap negara Turki. Bahasa Uthmaniah ditukar kepada bahasa Latin, azan ditukar kepada bahasa Turki, pusat pentadbiran negara berpindah dari Istanbul ke Ankara, Islam diasingkan dari pentadbiran negara, tudung tidak dibenarkan dan bermacam- macam lagi.

Dalam sejarah Istanbul, sebelum dimasuki oleh umat Islam, ianya adalah pusat pentadbiran kerajaan Byzantine. Janji Rasul SAW bahawa Konstantinople akan dibuka tercatat dalam hadisnya yang bermaksud,"Konstantinople akan dibuka oleh sebaik- baik tentera dan sebaik- baik ketua". Seorang sahabat Nabi bernama Ayub Al- Ansari mencuba nasib untuk terpilih dalam golongan hadis itu. Akan tetapi takdir sudah menentukan bahawa bukan beliau, akan tetapi pemuda yang gagah perkasa iaitu Muhammad Al- Fatih.Al-Fatih berumur 21 tahun ketika membuka kota Konstantinople. Beliau memimpin beribu angkatan tentera.

Perancangan Al-Fatih untuk menakluk Istanbul merupakan suatu yang di luar imaginasi kita (out of our imagination).Al-Fatih mengalihkan berpuluh- puluh kapal perang melalui kawasan darat. Ini kerana Byzantine memasang rantai- rantai besi yang panjang untuk menghalang mana- mana kapal. Rantai- rantai itu mampu untuk menghancurkan kapal- kapal yang melaluinya. Al--Fatih, oleh kerana kurnia hikmah dan berani yang diberi Allah menyebabkan beliau mampu untuk mengemudi tentera Islam dan berjaya memasuki Konstantinople. Proses mengangkat kapal- kapal hanya berlaku selama satu malam sahaja!

Apabila kerajaan Byzantine bangun pagi, tentera Al-Fatih sudah muncul dengan persiapan perang. Byzantine mengalunkan serombong perang dan Al- Fatih dengan yakin dan semangat menyerang kota itu dan akhirnya berjaya memasuki kota Konstantinople yang ditukar kepada Istanbul.



(Gambaran laluan kapal- kapal Al-Fatih)


Penulis akan menyambung kembali Diari di kota Istanbul insyallah...
Gambar2 ada di sini: Hilmi's fotopages

No comments: