Tuesday, March 15, 2005

Saudara Anwar Ibrahim

Berikut adalah sajak yang dinukilkan oleh Usman Awang khusus kepada sdr. Anwar Ibrahim.

Usman Awang, sasterawan negara dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Menerima beberapa anugerah seperti Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982),Ijazah Doktor Kehormat UM (1983) dan Anugerah Sastera Negara (1983)

Beliau meninggal pada Khamis 29 November 2001 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, KL.

Berikut adalah sajak beliau yang mampu membangkitkan roh perjuangan bagi sesiapa yang menghayati butir- butir mutiara kata- kata tersebut.




Saudara Anwar Ibrahim
(Selamat Hari Lahir)

Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tangan mu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang

Sekali tangan mu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suara mu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyambutnya

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah



Image Hosted by ImageShack.us

No comments: