Thursday, March 17, 2005

Pengganas Di 'Taman Ilmu dan Budi'? [Bahagian 1]

Pengganas Di 'Taman Ilmu dan Budi'? [Bahagian 1]
Mohd Hilmi Ramli
www.suaraanum.com (Suara Anak Muda)
Edisi April 2001



Terletak di kawasan perkampungan Gombak Batu 8, bersebelahan dengan Lebuhraya Kuantan, iaitu sebuah universiti yang bertaraf antarbangsa. Itulah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), satu-satunya universiti Islam yang universal peribadinya di rantau Asia. Ia bukannya terletak di Jordan, ataupun Indonesia, atau Mekah, tetapi bumi bertuah Malaysia.

Universiti ini menyediakan tempat kepada seluruh penduduk dunia untuk menuntut ilmu. Kini ada berbagai-bagai manusia dari pelbagai kaum, negara, etnik yang belajar di sini. Antaranya Uzbekistan, India, Afghanistan, Amerika Syarikat, Senegal, satu nama yang popular ketika Piala Dunia, Algeria, Sierra Leone dan banyak lagi,hampir 100 negara. Di kalangan negara-negara jiran juga meramaikan penduduk Universiti Islam ini,antaranya dari Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja dan Filipina.




(www.iiu.edu.my)



Sejak akhir-akhir ini,nama Universiti Islam Antarabangsa meniti di mulut-mulut masyarakat tempatan dan antarabangsa. Ianya bermula dari kejadian seorang pelajar bernama Ahmad Ibrahim Bilal, 24 yang menjadi buruan Amerika Syarikat kerana dituduh mempunyai kaitan dengan rangkaian Al Qaeda. Dalam itu juga, Wan Aisyah, waris keturunan lagenda Mahsuri yang terkenal itu,yang kini belajar di Tingkatan Enam di Phuket,meluahkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di UIA. Beliau berhasrat untuk mengambil jurusan perakaunan jika diterima masuk nanti. Berita mengenai minat beliau itu menghiasi dada-dada akhbar baru-baru ini.

Tidak dilupakan juga sebenarnya nama Nik Nor Ermiza yang lebih dahulu merintis nama UIA di media massa. Nik Nor Ermiza,pelajar yang menghidap penyakit tulang rapuh dengan gembira berjaya mencatat nama sebagai pelajar UIA dalam sejarah pentadbiran UIA. Beliau yang mendapat 5 prinsipal dalam peperiksaan STPM lalu pada mulanya kurang berjaya melanjutkan pelajaran di UIA. Akhirnya dengan inisiatif warga UIA yang cukup prihatin dengan kesungguhan intelektual Nik Ermiza, maka pada 18 Julai lalu, beliau diterima sebagai warga UIA secara rasmi. Perasaan bangga menyelubungi hati apabila Rektor,Prof. Kamal Hassan sendiri yang memakaikan kad matrik kepada beliau ketika hari pendaftaran.

Sejak dari itu,UIA mula mendapat publisiti. UIA sekali lagi membuat kejutan dengan berita pemburuan Ahmad Bilal oleh pihak Amerika Syarikat yang kononnya beliau terlibat dengan rangkaian pengganas. Kejadian yang menimpa itu melibatkan bukan sahaja pentadbiran UIA, bahkan terbabit sama kerajaan Malaysia, kerajaan Amerika, FBI dan CIA.

Andaian demi andaian menghantui warga UIA, apakah pemuda yang bernama Ahmad Bilal itu seorang pengganas? Atau Amerika sekarang memang gila dalam memburu pengganas?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Ahmad Bilal adalah seorang kelahiran California, Amerika yang mendaftar di UIA pada bulan April lalu. Beliau mengambil jurusan Al Quran dan Sunnah. Beliau juga adalah seorang tahfiz Al Quran dan fasih dalam bahasa Arab dan Inggeris. Peribadi beliau tidaklah seselekeh seperti mana yang digambarkan oleh FBI. Perwatakan beliau yang ramah dan sederhana membuatkan kawan-kawan beliau sentiasa rapat dan mesra.

Memang benarlah kini rupanya Amerika itu sendiri pengganas antarabangsa.Selepas satu demi satu dibomnya, dibunuhnya, rupanya nafsu serakahnya tidak habis di situ.

Kebodohan Amerika dalam protokol amat menyedihkan Bukan setakat orang biasa yang ada kaitan dengan Arab seperti Sheikh atau Syed, ataupun berkaitan dengan Osama Laden, seperti Usamah, Ladin dan macam-macam lagi yang ditahan, tetapi yang tidak ada kaitan pun ditahan.Contohnya baru-baru ini, Perdana Menteri sebagai wakil negara, diperiksa seluruh badannya dan diperintah buka kasut, takut disimpan bom. Ini makin menampakkan dasar luar negara Amerika yang mewujudkan diskriminasi keji dengan negara-negara Islam. Ulama macam Dr Yusof Al Qardawi sudah lama diharamkan memasuki negara Uncle Sam itu.




(www.iiu.edu.my)


Perasaan Islamophobia yang terlalu tebal di kalangan rakyat Amerika sebenarnya ditiup oleh Presidennya sendiri, George Bush dan konco-konconya yang bersifat kebinatangan dan terang-terang anti-Islam. Perasaan bencikan Islam juga disemai oleh paderi ortodoks, Jerry Falwel,yang yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad s.a.w. secara terbuka. Walaupun kita tahu kenyataan beliau bukan mewakili golongan Kristian seluruhnya. Kenyatan beliau lebih bersifat menjaga kepentingan perut dan jahil tentang agama Islam itu sendiri. (...bersambung)

No comments: