Tuesday, February 08, 2005

SINAR PASTI MENJELMA







Pertamanya, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita berada di penghujung tahun Islam iaitu 1425, dan ini menunjukkan bahawa Allah masih mengasihani kita umat manusia dengan memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan tahun baru Islam yg jatuh pada hari Khamis (10/2) ini.


Dengan hadirnya tahun baru 1426 ini, sememangnya kita umat Islam menanti2 akan khabar gembira yg boleh menceriakan umat. Banyak tragedi, bencana, kepincangan umat dan pembantaian umat berlaku ketika kita ingin memasuki tahun baru ini. Tragedi tusnami yang melanyak umat Islam kebanyakannya di Acheh dan Sri Lanka, di samping peperangan antara umat Islam dan Israel di bumi Baitul Maqdis tiada tanda2 penamat, bencana Iraq diserang Amerika masih buntu lagi, walau pilhanraya negara mereka telah dilangsungkan.


Semua peristiwa besar ini yang menimpa umat membawa tema besar yang menghantui kita iaitu, 'Umat Islam Lemah'. Kita lemah bukan kerana pihak musuh kuat, tetapi kita lemah kerana memang dalaman kita lemah. Dalaman yg kita perlu bangkitkan ialah rasa kasih kepada agama sendiri yg diterjemahkan melalui amal perbuatan kita yang bersifat Islami secara holistik. Buku Syed Hassan Al-Nadwi: "Kerugian yg Dialami oleh Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam" sudah memberi mesej yang jelas kepada kita bahawa bukan sahaja umat Islam sendiri yang menderita akibat Islam tidak dipraktikan dengan sebenarnya, akan tetapi seluruh alam yang meliputi haiwan, tumbuhan, planet dan sebagainya turut menderita. Itulah gambaran yang kita boleh dapat mengenai umat Islam hari ini.


Justeru, tahun baru Islam yang bakal menjelma ini seharusnya diraikan dengan rasa penuh insaf dan tekad yang besar untuk membina satu kehidupan umat yang baru. Sememangnya juga roh hijrah nabi Muhammad saw dari Kota Mekah ke Madinah menjadi titik tolak kepada kita untuk memperbaiki mutu iman kita, walau seringkali kita menyambutnya saban tahun.

No comments: